Fikrah Haraki Sirah Nabi Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Abasa

Surah Abasa Ayat 2

Surah Abasa Ayat 2 Hingga 3

أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ 2

Al-Wasit menyebutkan bahawa tujuan dengan penyifatan (buta) ini adalah untuk pengenalan. Bukannya untuk menyatakan kekurangan dari kemampuan Abdullah bin Ummi Maktum (radhi Allahu anhu). Sebagai yang demikian itu, pada penyifatan ini isyarat kepada bahawa baginya keuzuran pada memintas Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) ketika perbualannya bersama pembesar-pembesar Quraisy. Dia tidak boleh nampak Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) berbual dengan mereka dan mendakwahi mereka kepada Islam.

Telah datang hadis tentang kisah ini dengan lafaz hikayat, dan dengan dhamir ghaib; dengan isyarat bahawa kisah ini adalah dari perkara yang tidak disukai Allah ta’ala menghadapkannya kepada Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) sebagai cara mengekalkan kemuliaan-nya, berlembutan ke atasnya dan berkasih-sayang dengannya.

Dalam mengulas dua ayat ini, al-Qurtubi ada menyebutkan bahawa: kemudian datang kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam, Abdullah bin Ummi Maktum dengan cara berdepan, maka katanya: “Dan apa yang engkau ketahui atau apa yang diajarkan kepada engkau, ajarkan-lah kepada ku.”

Maknanya Ibnu Ummi Maktum mahu mensucikan diri dengan memanggil engkau mengajarinya apa-apa dari al-Quran dan agama agar dia dapat menambah kesucian di dalam agamanya dan melenyapkan kegelapan jahil dari dirinya.

Dan dikatakan: Dhamir dalam kata ‘لعله’ untuk orang kafir, maknanya sesungguhnya engkau berkeinginan sangat pada mensucikan mereka dengan Islam atau memberi peringatan, maka engkau menghampirkan peringatan kepada menerima kebenaran dan dia tidak mengetahui apa yang engkau inginkan padanya.

At-Tobari pula, memetik dari Mujahid pada firman Allah:

 أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى

Katanya: (Datang kepadanya) lelaki dari Bani Fihr (فهر), dikatakan dianya adalah: Ibnu Ummi Maktum.

Dalam menjelaskan siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini, Qatadah menyebut;

( عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى )

Dia adalah Abdullah bin Zaidah, dan dia adalah Ibnu Ummi Maktum. Dia mendatanginya untuk memintanya membaca ayat Quran, sedangkan dia sedang berbual-bual dengan Umayyah bin Khalaf, lelaki dari bangsawan Quraisy, maka Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) berpaling darinya maka Allah menurunkan padanya apa yang kamu semua dengar;

( عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى )

Sehinggalah kepada firmanNya;

فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى

Disebutkan kepada kami bahawa Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) melantiknya selepas itu dua kali ke atas Madinah dalam dua peperangan mengimamkan solat kepada penduduknya.

Daripada Qatadah, dari Anas bin Malik, bahawasanya dia melihatnya pada hari peperangan Qadisiyah bersamanya sepanduk hitam dan ke atasnya perisai.

Dari Qatadah, katanya: Telah datang Ibnu Ummi Maktum kepada Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) dan dia bercakap dengan Ubayy bin Khalaf, maka dia berpaling darinya, maka Allah menurunkan ke atasnya;

( عَبَسَ وَتَوَلَّى )

Maka adalah Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) selepas itu memuliakannya.

Diberitakan dari al-Hussain, dia berkata: Aku mendengar Aba Muaz berkata: menyebutkan kepada kami Ubaid, dia berkata: aku mendengar adh-Dhahhak berkata pada firman Allah;

( عَبَسَ وَتَوَلَّى )

Menyimpan Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) untuk seorang lelaki dari musyrikin Quraisy harta yang banyak dan dia mengharapkan supaya dia beriman, dan telah datang aeorang lelaki dari kaum Ansar yang buta, Abdullah bin Ummi Maktum, maka jadilah dia menyoal Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) maka Nabi membencinya dan memalingkan tubuh darinya. Dia menghadap kepada yang mempunyai harta itu. Maka Allah menasihatkan NabiNya, maka Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) memuliakannya. Melantiknya sebagai ganti dirinta di Madinah dua kali peperangan.

Surah Abasa Ayat 2 Hingga

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment