Hadis Rasulullah (s.a.w) Tafsir Al-Quran

Jawapan Tentang Ruh (2)

Iklan

Darinya juga: القوة dan الثابت sebagaimana terdapat dalam firmanNya ta’ala;

أُولئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ

Maksudnya: “Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya…”

Darinya juga: Jibril, sebagaimana terdapat pada firmanNya ta’ala;

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ. عَلى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ

Maksudnya: “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).”

Darinya: القران sebagaimana terdapat pada firmanNya;

وَكَذلِكَ أَوْحَيْنا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنا

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dari perintah Kami…”

Darinya juga: Isa anak Maryam, sebagaimana terdapat pada firmanNya;

إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقاها إِلى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ

Ada pun majoriti ulamak-ulamak (menegaskan) bahawa apa yang dikehendaki dengan ruh pada firman Allah ta’ala adalah;

وَيَسْئَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ

Adalah apa yang menghidupkan dengannya tubuh badan manusia, dan dengannya, kejadian hidupnya, dan dengan pemisahannya dari jasad matilah manusia. Dan bahawa soalan itu adalah haqiqat ruh, sebagaimana mengenali hakikat sesuatu didahului dengan mengenal keadaan sekitarnya.

Dikatakan apa yang dikehendaki dengan ruh di sini: al-Quran al-Karim. Dan dikatakan: Jibril. Dan dikatakan: Isa, dan yang seumpamanya dari perkataan-perkataan yang lebih dari sepuluh perkataan.

Memulakan bagi kami apa yang pergi kepadanya majoriti para penafsir, lebih utama untuk diikuti. Ini adalah kerana Allah berfirman;

قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي

…menguatkan wajah ini.

Berkata al-Alusi: Apa yang nyata di sisi wajah majoriti ini bahawa persoalan ini adalah tentang haqiqat ruh yang ia merupakan pusat kegiatan tubuh badan, dan rukun kehidupannya. Oleh kerana itu, ia adalah dari urusan yang sangat halus. Semua dahagakan pengetahuan tentangnya. Hampir tidak mengetahuinya, melainkan dengan wahyu.

Dan dari dalam firmanNya;

قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي

Makna ayat: Bertanya kepada engkau sebahagian manusia – wahai Rasul – dari haqiqat ruh, katakan kepada mereka atas sebab membimbing dan mematahkan celaan;

الروح شيء من جنس الأشياء التي استأثر الله- تعالى- وحده بعلم حقيقتها وجوهرها

Berkata al-Qurtubi: Dan firmanNya ta’ala:

قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي

Dalil atas penciptaan ruh, Maksudnya: Ia adalah urusan yang sangat bagus, dan kehendak yang hebat dari urusan Allah ta’ala, (Dia menerangkan yang) samar-samar baginya dan meninggalkan perinciannya, untuk memberi-tahu manusia atas sebahagiannya lemah dari pengetahuan hakikat dirinya bersama ilmu dengan kewujudannya. Jika manusia dalam mengenali dirinya begitu, adalah melemahkannya dari mendekati hakikat yang benar. Hikmat kepada melemahkan aqal itu dari dapat mengenali dengan terperinci tentang suatu kejadian yang hampir kepadanya adalah petunjuk ke atas bahawasanya untuk mengenali penciptanya, jauh lebih lemah.

FirmanNya:

وَما أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dari ayat jawab; yang Allah ta’ala memerintahkan RasulNya (s.a.w) bahawa memberikan respon dengannya ke atas penyoal-penyoal dari hakikat ruh. Maksudnya: Dan apa yang diberikan kepada kamu – wahai penyoal-penyoal tentang ruh – dari ilmu melainkan ilmu yang sedikit, dengan perbandingan kepada ilmunya – ta’ala – yang melangkaui setiap sesuatu, dan tidak tersembunyi ke atasnya sesuatu pun, dan sesungguhnya ilmu kamu semua, banyak mana pun, maka sesungguhnya tidak memungkinkannya memperolehi hakikat ruh dan hal-ehwalnya, kerana itu sesuatu yang Allah mempertanggungjawabkan dengan dirinya sendiri, dan keperluan hikmatnya – Azza wa Jalla – bahawa dia menjadikan mengatasi tahap aqal kamu.

Berkata pengarang az-Zilal di sisi tafsirnya bagi ayat ini: Dan sistem atau methodogi yang berjalan atasnya al-Quran – dan ia adalah sistem yang tepat – bahawa memberi jawapan kepada manusia dari apa yang mereka perlukan, dan apa yang mereka sebagai manusa mampu mencapainya dan mengenalnya. Maka jangan rugikan tenaga aqal yang dikurniakan Allah kepada mereka pada apa yang tidak memberi hasil dan tiada menfaat. Dan pada lain lapangannya yang dimiliki caranya. Sebahagian mereka ketika apa yang ditanyakan kepada Nabi (s.a.w) tentang ruh, Allah memerintahkan dia menjawab kepada mereka bahawa ruh adalah dari urusanNya. Bukanlah pada ruang yang beku ini atas aqal manusia bekerja, tetapi padanya bimbingan bagi aqal ini untuk bekerja dalam batas-batasnya, dan pada lapangannya yang dia dapat mendekatinya.

Dan ruh adalah perkara ghaib dari Allah yang bersifat ghaib yang tidak menyedarinya selainnya.

Dihadapan itu, metod yang halus – roh – tidak tahu tentangnya? Tidak tahu bagaimana ia datang? Bagaimana ia pergi? Dan sebagainya; melainkan apa yang diberitahu dengannya oleh Allah dalam al-Quran.

Maka Allah mempertanggung-jawabkan ke atas dirinya dengan ilmu ruh, dan tidak ditambah ke atasnya akan nabi-nabinya (apa yang telah diajarkan), dan tidak mengizinkan bagi mereka dengan menyoal darinya, dan tiada pengkajian tentang hakikatnya, sebagai kelebihan dari umat mereka yang mengambil teladan dengan mereka.

_________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment