Tafsir Al-Quran

Menyadur Fitnah: Dosa dan Hikmah…

Iklan

SURAH AN-NUR, AYAT 11…

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Muqaddimah Ayat

Sebagaimana yang telah disebut ayat terdahulu adalah pembentangan tuduhan zina secara umum. Maka jadilah itu, seolah-olah pendahuluan bagi kisah ini, yang terjadi ke atas semulia-mulia perempuan, ibu orang-orang yang beriman (r.a.), dan ayat-ayat ini, turun pada kisah bohong yang masyhur dan sabit di dalam riwayat-riwayat yang sahih.

Suatu ketika, Nabi (s.a.w) berada di dalam sebahagian peperangan-peperangannya, dan bersamanya isterinya Aisyah yang benar, anak perempuan kepada lelaki yang benar. Maka dia meninggalkan tempatnya kerana dia terperangkap di dalam tuntutannya, maka bergerak untanya, ada sedikit tentera yang kelewatan, dan dia datang ke tempat mereka, Dia tahu jika mereka kehilanganya, mereka akan kembali kepadanya. Adalah Safwan bin Muattal as-Silmi dari seafdhal-afdhal sahabat (r.a), maka dia nampak Aisyah (r.a) dan dia mengenalinya, dia merendahkan untanya maka Aisyah menunggangnya tanpa berkata-kata dengannya. Ketika sebahagian munafiq yang mengikut serta Nabi dalam perjalanan itu melihat Safwan yang datang dengan Aisyah di dalam peristiwa yang tersebut, tersebarlah cerita, sehingga tertipu dengan yang itu, sebahagian orang-orang yang beriman maka menularlah cerita ini. Tertahan wahyu dalam tempoh masa yang panjang dari Rasulullah (s.a.w). Sampai berita Aisyah selepas itu beberapa tempoh. Maka Aisyah sangat berduka, maka Allah menurunkan pelepasan dirinya pada ayat ini. Allah menasihatkan orang-orang yang beriman, membesarkan yang demikian itu. berpesan kepada mereka dengan pesanan yang berguna.

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu…

Maksudnya: pembohongan amat keji, iaitu menuduh jahat, ibu orang-orang yang beriman.

عُصْبَةٌ مِنْكُمْ

…ialah segolongan dari kalangan kamu…

Maksudnya: kelompok yang dinisbahkan kepada kamu wahai orang-orang Quraisy. Dari mereka ada orang mukmin yang benar (pada imannya tetapi tertipu dengan dokongan orang-orang munafiq) dan dari mereka juga orang-orang munafiq.

لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ

Terkandung di dalamnya itu, pembebasan ibu orang-orang yang beriman dan pengiktirafan kejujurannya, hingga mendapat pujian dari lain-lain isteri Nabi (s.a.w). Setiap dari ini adalah kebaikan yang besar. Jika tidak kerana artikel dar pakar-pakar pembohongan ini, tidaklah berhasil yang demikian. Apabila Allah mahukan sesuatu perkara, Dia jadikan baginya sebab.

Dia mengkhabarkan bahawa perbuatan mencela sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah umpama mereka mencela diri mereka sendiri. Maka sepatutnya orang-orang beriman itu, hendaklah berkasih sayang sesama mereka dan rasa simpati sesama mereka, berbincang untuk kepentingan bersama. Seperti jasad yang satu. Dan orang beriman bagi yang lain seperti bangunan menguatkan sebahagian akan sebahagian yang lain. Maka bagaimana mereka membenci sehingga mencela seseorang sesama sendiri. Perasaan benci yang ada pada setiap seorang sehingga mencela saudaranya yang berima; yang seperti dirinya. Tidak sampai seseorang hamba itu kepada keadaan ini, selain dari kerana kurangnya iman.

لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ

Ini adalah ancaman untuk mereka yang membawa berita bohong, mereka akan dihukum atas apa yang mereka katakan itu…

وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ

Mereka yang besar pembohongannya, iaitulah si munafiq yang keji; Abdullah bin Ubai bin Salul yang dilaknati Allah.

لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dia kekal di tingkatan yang terkebawah sekali dari api neraka.

 

_________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment