Fikrah Haraki

Ancaman Allah Terhadap Mereka Yang Mengkhianati Bai’ah…

Ancaman Allah Terhadap Mereka Yang Mengkhianati Bai'ah...

Ancaman Allah Terhadap Mereka Yang Mengkhianati Bai'ah...

Ibnu Khaldun, di dalam Kitab karangan beliau,Muqaddimah, cetakan Mustafa Mohd, Mesir, muka surat 209, ada memberikan makna bi’ah, iaitulah;

البيعة هي العهد علي الطاعة كأن المبايع يعاهد أميره على أن يسلم له النظر في نفسه فيما يكلفه به من الأمر على المنشط والمكره

Maksudnya: “Bai’ah ialah perjanjian di atas ketaatan, seperti pembaiah memberi janji setia kepada pemimpinnya bahawa ia bersedia menerima segala tanggungjawab yang dipertanggungjawab ke atas dirinya samaada dalam keadaan cergas atau pun tidak (dalam keadaan suka ataupun tidak suka).

Di dalam Al-Fikru As-Siasi ‘indal Mawardi, cetakan Darus Saqafah, muka surat 189 pula, ada menyebutkan;

البيعة إذن عقد بين طرفين أشبه بِما بين البائع والمشتري فالإمام طرف والجماعة الاسلامية الطرف الآخر.والخلافة هي موضوع البيع

Maksudnya: “Baiah ialah aqad (perjanjian) antara dua pihak, menyerupai aqad yang dilakukan antara penjual dan pembeli. Justeru itu Imam (pemimpin) di satu pihak dan Jamaah islamiyyah di pihak yang kedua. Sementara Khilafah merupakan “tempat letak”nya baiah.”

Dr Mohd Ab. Qadir Abu Faris An-Nizam, di dalam As-Siasi fil Islam, Beirut, muka surat 229 ada juga mencatitkan;

البيعة تعني إعطاء العهد من المبايع على السمع والطاعة للأمير في المنشط والمكره والعسر واليسر وعدم منازعة الأمر وتفويض الأمور إليه

Maksudnya: “Baiah memberi maksud perjanjian oleh pembaiah atas tanggungjawab dengar dan taat terhadap pemimpin dalam situasi cergas dan lemah, sukar dan mudah tanpa mewujudkan pertelingkahan dan gangguan kelicinan arahan yang diberi.”

Di sana, ada janji serta ancaman Allah kepada mereka yang mengkhianati bai’ah. Firman Allah [s.w.t];

فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ

Maksudnya: “Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri…”

Bai’ah merupakan sunnah Rasulullah (s.a.w) dalam masa hidupnya. Bai’ah terus berlaku setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w). Umat Islam telah memberi bai’ah kepada pemimpin-pemimpin mereka.

Junaidah bin Abi Umaiyah meriwayatkan bahawa Ubadah bin as-Samit mengatakan: “Rasulullah (s.a.w) telah memanggil kami. Kami pun telah berbai’ah kepadanya. Di antara perkara yang baginda meminta kami berjanji adalah kami mestilah mendengar dan taat kepadanya dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan susah dan senang, tidak mengutamakan diri sendiri, tidak mencanggahi pihak yang memikul amanah kecuali kami melihat kekufuran yang nyata terhadap Allah dengan bukti yang jelas dan nyata.” (Al-Bukhari)

Al-Faqih Sadiq Hussain Khan mengatakan bahawa dalam hadis ini terdapat bukti yang menunjukkan bahawa meminta bai’ah dari sahabat adalah sunnah; bai’ah yang diberikan oleh sahabat juga adalah sunnah. Menunaikan bai’ah itu adalah wajib dan mencabulinya dengan sengaja adalah maksiat.

Ahli bagi sesebuah jamaah Islam yang memberi bai’ah kepada pemimpin mereka (yang menepati syari’at), mereka sebenarnya telah memberikan ba’ah kepada Allah. Oleh itu, mana-mana ahli yang tidak menyempurnakan bai’ahnya maka bahaya dari sikap tidak menyempurnakan itu hanya akan menimpa dirinya sendiri dan mana-mana ahli yang menyempurnakan bai’ahnnya, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

[Suraا Al-Fath : 10]

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”

Ancaman Allah Terhadap Mereka Yang Mengkhianati Bai’ah…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment