Politik Umum

Baju Sedondon ?

Di antara perangai dan sikap yang amat buruk pada orang-orang Yahudi, sebagaimana ada disebutkan di dalam al-Quran adalah sikap suka memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh dan sebaliknya meninggalkan perhatian terhadap perkara atau persoalan yang lebih besar dan penting.

Kenyataan di atas, dapat dilihat dalam hadis di bawah;

كنتُ معَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في حرثٍ بالمدينةِ، وهو يتوكأ على عسيبٍ، فمر بنفرٍ من اليهودِ، فقال بعضهم : سلوهُ عن الروحِ، وقال بعضهم : لا تسألوه، لا يُسمعُكم ما تكرهون، فقاموا إليه فقالوا : يا أبا القاسمِ، حدِّثنا عن الروحِ، فقام ساعةً ينظرُ، فعرفتُ أنه يوحى إليه، فتأخرتُ عنه حتى صعِدَ الوحيُ، ثم قال : { وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي } .
الراوي:عبدالله بن مسعود المحدث:البخاري المصدر:صحيح البخاري الجزء أو الصفحة:7297 حكم المحدث:[صحيح]

Bermaksud: “Adalah aku berjalan bersama Nabi s.a.w, di sebuah kebun di Madinah, dan dia sedang bersandar dengan tongkat. Lalu di situ, sekumpulan dari orang-orang Yahudi. Berkata sebahagian dari mereka: “Bagaimana jika kita tanya dia soalan?” Berkata sebahagian yang lain: “Jangan tanya, tidak diperdengarkannya kepada kamu, melainkan apa yang kamu tidak akan suka”. Mereka berdiri kepadanya dan berkata: “Wahai Aba al-Qasim, ceritakan kepada kami tentang ruh”. Maka berdiri Nabi (s.a.w) beberapa lama. Kebiasaannya, didatangkan wahyu kepadanya. Lama juga, sehingga turunnya wahyu. Kemudian dia membaca firman Allah: “Mereka bertanya kepada kamu tentang ruh. Katakanlah bahawa Ruh itu adalah dari urusan Tuhan Ku…”

Metod jawapan yang Allah perintahkan Nabi (s.a.w) menjawab dengannya menunjukkan bahawa bukan semua persoalan yang dibangkitkan mesti dijawab. Ini juga termasuk untuk menghalang mereka yang bertanya isu-isu kecil; yang tidak bertujuan dengannya melainkan menghina dan melemahkan dan meninggalkan persoalan yang penting.

Sebagai contoh terkini adalah sikap sesetengah pihak yang suka membangkitkan persoalan warna baju yang dipakai oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan Dato Seri Najib Tun Razak, tetapi meninggalkan isi ucapan yang amat penting; yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di dalam program Multaqa Alumni Al-Azhar semalam.

Mereka, Yahudi di dalam hadis yang telah tersebut, bertanya tentang ruh yang ianya adalah urusan tersembunyi; yang tidaklah kukuh (pengetahuan) tentang sifatnya dan kaifiatnya setiap satunya.

Sebagai mana pihak yang telah membangkit tentang warna baju; yang ianya adalah urusan remeh; dan ianya tidaklah kukuh untuk menjadi hujjah bahawa telah berlaku apa yang diwiridkan sebagai UG di antara PAS dan UMNO.

Dalam hal Yahudi dan soalannya itu, Allah memerintahkan RasulNya menjawab dengan firmanNya:

قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي

Maksudnya: (Roh itu) adalah dari kalangan makhluqnya, yang Dia memerintahkan jadi, maka jadilah ia. Maka bukannya besar faedah dari soalan itu, bersama ketiadaan ilmu kamu selain darinya.

Berdasarkan asas yang sama, PAS yang dihadapkan dengan persoalan remeh, tidak perlulah melayannya dan hendaklah berpaling dari melayannya dan menunjukkan kepada perkara yang lebih penting; menunjukkan mereka kepada apa yang bermanfaat, seperti isi ucapan TGHH yang mantap dan amat bernas.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment