Feqah Perkahwinan

Hukum, Rukun & Syarat…

Perkahwinan: Hukum, Rukun & Syarat...
Iklan

Hukum Perkahwinan

Perkahwinan (Nikah) kembali ke atasnya lima hukum: wajib, haram, makruh dan `السنية’; atau `الندب’; atau `الإباحة’.

Asy-Syafi’iyyah

Asal pada hukum nikah, harus (الإباحة). Maka diharuskan bagi seseorang berkahwin dengan tujuan berlazat-lazatan dan bernikmat-nikmat maka apabila dia meniyatkan dengannya kegadisan atau penghasilan ke atasnya anak maka sesungguhnya harus.

Dan diwajibkan nikah apabila menolong kepada menolak yang haram. Sebagaimana apabila seseorang perempuan itu takut ke atas nafsunya dari orang yang jahat yang tidak dapat dia menolaknya melainkan dengan perkahwinan maka sesungguhnya wajib ke atasnya berkahwin.

Dan dimakruhkan, apabila seseorang itu takut tidak dapat mendirikan hak-hak pasangannya seperti; perempuan yang tiada baginya keinginan pada perkahwinan, tiada berhajat kepadanya dan tiada takut kepada perbuatan zina, maka sesungguhnya makruh baginya perkahwinan. Dan begitu juga lelaki yang tiada keinginan baginya pada perkahwinan dan tiada baginya kemampuan ke atas mahar dan nafqah, maka sesungguhnya baginya makruh berkahwin. Maka jika adalah dia mampu atas sara pernikahan dan tiada dengannya alasan yang menghalangnya dari persembahan perkahwinan, dalam keadaan seperti ini, jika adalah dia seorang yang menetapkan diri untuk beribadah, maka adalah lebih utama baginya bahawasanya dia tidak berkahwin, sebagaimana tidak menggangunya akan perkahwinan itu dari ibadat-ibadat yang biasa dia melakukannya. Dan jika tidak ia menetapkan diri untuk beribadah, maka adalah utama baginya berkahwin sebagai memelihara dirinya daripada ditolak syahwatnya kepada yang haram pada bila-bila masa. Adapun, apabila adalah baginya keinginan pada nikah dan dia mampu ke atas perbelanjaannya, maka harus baginya.

Ringkasan:-

  1. Harus
    • Tujuan
      1. Berlazat-lazatan (Bernikmat-nikmat)
      2. Mendapatkan anak
  1. Wajib
    • Menolong kepada menolak yang haram.
  2. Makruh
    • Takut tidak dapat mendirikan hak-hak pasangannya

Rukun Nikah

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Sighah

Dan sesungguhnya menghitung para imam dalam mazhab syafi’i, dua saksi itu adalah dari syarat-syarat nikah dan bukannya dari rukun-rukun nikah. Dan sesungguhnya mereka memberi alasan bagi yang demikian itu dengan kerana keduanya keluar dari dasar aqad dan ianya amat jelas.

Syarat-Syarat Nikah

Syarat-syarat nikah, sebahagian daripadanya berkaitan dengan sighah, dan sebahagian darinya berkaitan dengan wali, dan sebahagian darinya berkaitan dengan suami dan isteri, dan sebahagian darinya berkaitan dengan persaksian.

Sighah

Disyaratkan sahnya dengan tiga belas syarat. Tiga belas syarat sah bagi sighah nikah ini, sama dengan tiga belas syarat sah sighah jual beli, sebagaimana berikut:-

  1. Ucapan yang akan diucapkan tiap-tiap dari yang berjanji.
  2. Bahawa adalah ucapan itu realitinya atas ayat si penerima seperti dia berkata kepadanya: “Aku nikahkan kepada engkau.”
  3. Bahawa menyebut orang yang memulakan dari keduanya dengan perkataan harga dan barang yang dihargakan, seperti dia berkata: “Aku jualkan barang ini dengan harga sekian,” atau; “Aku beli dari engkau barang ini dengan harga sekian.”
  4. Penjual dan pembeli memahami dan bersetuju dengan makna lafaz yang diucapkan. Maka apabila diucapkan oleh lidah si penjual atau pembeli, tanpa ada maksud menjual dan membeli (yang membawa makna berlaku persetujuan untuk pertukaran hak milik), maka tidak sah.
  5. Bahawasanya tidak bercampur ke dalam perkataan-perkataan ijab dan perkataan-perkataan qabul dengan perkataan yang asing.
  6. Bahawasanya tidak bercampur ijab dan qabul diam yang panjang, dan ianya adalah apa yang dapat dirasakan sebagai keengganannya dari qabul.
  7. Bahawa tidak berubah perkataan yang awal sebelum perkataan yang kedua; dengan makna bahawa orang yang mengucapkan ijab misalnya tidak mengubah perkataannya, sebelum yang lainnya mengucapkan qabul. Maka apabila dia berkata baginya: “Aku jual kepada engkau dengan lima ringgit”, kemudian dia berkata: “Tetapi dengan sepuluh ringgit”; sebelum perkataan qabul, maka tidak sah aqad.

[Bersambung…]

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment