Umum

Di Antara Sebab Kenapa Allah Mendatangkan Musibah (Siri 1/2)

Di Antara Sebab Kenapa Allah Mendatangkan Musibah (Siri 1/2)
Iklan

Muqaddimah

Di Antara Sebab Kenapa Allah Mendatangkan Musibah (Siri 1/2)

Musubah Banjir

Kata `musibah’ berasal dari bahasa Arab yang berarti setiap kejadian atau peristiwa yang tidak disukai. Secara mudahnya musibah bermaksud kejadian atau peristiwa menyedihkan yang menimpa.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim dinyatakan sabda Rasulullah (s.a.w) yang menyebutkan sejumlah jenis musibah, antara lain: rasa lelah, sakit, resah, sedih, derita, hingga tertusuk sebatang duri sekali pun.

Selalunya, difahami bahawa musibah didatangkan oleh Allah (s.w.t) akibat dari dosa-dosa yang kita lakukan terhadapNya. Namun hendaklah difahami bahawa ada juga kalanya, musibah itu didatangkan oleh Allah (s.w.t) kerana persoalan iman para hambaNya kepadaNya.

Musibah yang turun di atas dasar dosa, terbahagi kepada dua. Pertama; kerana sikap menentang dan melawan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi (s.a.w), dan kedua; adalah kerana sikap tidak mencegah kemungkaran, sedangkan kita mampu mengubahnya.

Manakala musibah yang di datangkan oleh Allah (s.w.t) di atas dasar iman, terbahagi kepada dua juga. Pertama; musibah di datangkan sebagai ujian; untuk Allah mengukur ketebalan iman hamba-hambaNya, dan kedua; kedatangan musibah itu adalah sebagai pendahuluan kepada ganjaran besar yang hendak dikurniakan oleh Allah (s.w.t).

1. Musibah kerana faktor kedosaan

Adapun sebab-sebab musibah yang didatangkan oleh Allah (s.w.t) kerana kedosaan kita kepadanya adalah sebagai berikut:-

1.1. Disebabkan oleh sikap mendustakan atau mengengkari ajaran Nabi yang diutuskan.

Firman Allah (s.w.t);

وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِّن نَّبِيٍّ إِلَّا أَخَذْنَا أَهْلَهَا بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَضَّرَّعُونَ

(الأعراف: 94)

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t) menfirmankan bahawa jika penduduk di suatu tempat itu mendustakan ajaran yang dibawa oleh Nabi yang diutuskan kepada mereka, maka Allah akan mendatangkan ke atas mereka kesengsaraan, berupa kemiskinan, kesempitan hidup, derita peperangan; dan kemudharatan, berupa penyakit, suasana kehidupan yang menakutkan, kesempitan ekonomi dan sebagainya.

1.2. Musibah didatangkan oleh Allah (s.w.t) disebabkan sikap kita tidak berusaha mencegah kemungkaran, walaupun sekadar kemampuan yang kita ada.

Firman Allah (s.w.t) :-

واتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.” (Surah al-Anfal: ayat 25)

Al-Baghawi, di dalam mengulas ayat di atas telah menyalin kata-kata Ibnu Abbas berhubung dengan ayat sama yang menyebutkan bahawa Allah Azza wa Jalla memerintahkan orang-orang yang beriman agar jangan membiarkan kemungkaran kekal di antara mereka kerana ianya akan menyebabkan Allah meratakan azabNya menimpa orang yang berbuat dosa dan juga yang tidak berbuat dosa.

Al-Baghawi juga ada membekalkan sebuah hadis yang berbunyi;

إن الله لا يعذب العامة بعمل الخاصة حتى يروا المنكر بين ظهرانيهم وهم قادرون على أن ينكروه فلا ينكروه، فإذا فعلوا ذلك عذب الله العامة والخاصة

Hadis diatas, bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai kerana perbuatan segelintir orang, sehinggalah apabila mereka telah melihat kemungkaran dihadapan mata mereka, sedangkan mereka mampu menyangkalnya, tetapi mereka tidak menyangkalnya, maka apabila mereka bersikap demikian, Allah mengazab orang awam (yang tidak melakukan maksiat) dan juga golongan yang khusus melakukan maksiat.

Sambungan, bahagia (2/2) Klik Sini

Di Antara Sebab Kenapa Allah Mendatangkan Musibah (Siri 1/2)

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

1 Comment

Leave a Comment