Sirah Nabi Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Al-Kahfi

Kisah Musa & Khadhir (4)

Kisah Musa & Khadhir (4)
Iklan

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا 68

As-Sa’adi, mengertikan ayat ini dengan: “Bagaimana engkau akan bersabar di atas urusan yang engkau tidak diberikan ilmunya secara batin dan zahir dan engkau tidak mengetahui tujuannya dan ketentuannya?”

Al-Wasit pula mengertikan: “Bagaimana engkau akan bersabar ke atas apa yang tidak engkau ketahui secara menyeluruh.”

Ini adalah suatu penjelasan akan adanya kemungkinan Musa tidak dapat bersabar bersama Khadhir.

Dalam ertikata lain, bagaimana engkau akan bersabar wahai Musa, ke atas perkara yang akan engkau lihat dari ku. Perkara-perkara ini zahirnya munkar yang tidak boleh diam ke atasnya. Dan batinnya tidak kamu ketahui kerana Allah tidak memberitaunya kepada engkau?

Maka ‘الخبر’ membawa makna ilmu.

Adalah Khadhir mahu dengan perkataan yang mulia ini bahawasanya dia berkata kepada Musa: Sesungguhnya aku yaqin dari bahawasanya engkau tidak akan mampu bersabar dengan ku, kerana apa yang akan aku lakukannya akan melanggari hukum-hukum yang zahir dan juga logik aqal; dan berlainan dari yang kebiasaan pada engkau; dan aku diwajibkan melakukan apa yang akan aku lakukan; kerana kebaikan yang tersembunyi pada yang demikian itu. Sedangkan, ianya tersembunyi ke atas engkau…

Al-Qurtubi pula mengertikan dengan: “Bagaimana engkau boleh sabar di atas perkara yang ilmunya tidak diberikan kepada engkau, sedangkan nabi-nabi itu tidak akan mengakui atau membiarkan kemunkaran. Tidak harus bagi mereka sikap membiarkan itu. Maknanya, engkau tidak akan dapat berterusan diam di atas adat engkau dan hukum engkau tahu.

Perkataan ‘خبرا’ menggabungkan; apa yang disampaikan (tersurat) dengan apa yang dibuat (tersirat).

Ayat ini juga bermaksud: “Bagaimana engkau akan sabar wahai Musa ke atas apa yang kau lihat dari ku; dari perbuatan-perbuatan yang tiada ilmu bagi engkau dengan wajah yang tepatnya (detail atau menyeluruh); dan bagaimana kamu menilai ke atasnya bersama ku. Kamu menghukum kebenaran dan kebatilan secara zahir yang ada di sisi engkau dan pencapaian ilmu engkau. Perbuatan-perbuatan ku tidak berasaskan dalil yang zahir sebagaimana mata engkau melihat dengan kebenaran, kerana ia berpunca dengan sebab di mass dihadapan dan bukan masa sekarang. Tiada ilmu bagi engkau dengan pengalaman darinya kerana ia tak dapat dilihat; dan tiada engkau diberi ilmu ghaib secara detail.

قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا 69

Ini adalah keazaman darinya sebelum didapati sesuatu yang diuji dengannya. Keazaman itu suatu pihak, dan adanya kesabaran itu dipihak yang lain. Namun kerana Musa ingin sangat untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dia menegaskan keazamannya untuk bersabar itu. Maka dia berkata kepadanya dengan lembut dan beradab dan berlandaskan kehendak Allah.

Di sini, Musa berkata kepada Khadhir: “Aku tidak akan membantah engkau dan tidaklah aku menderhakai bagi engkau tugasan dari tugas-tugad yang engkau perintahkan kepada aku dengannya.

Mempersembahkan Musa (a.s) kemahuan Allah sebagai adab kepada Penciptanya dan memohon pertolongan dengannya akan kesabaran dan ketiadaan melanggar arahan Khadhir dengan menegaskan: “Sesungguhnya aku telah mengikat diriku mentaati engkau

Sabar adalah urusan akan datang dan tidak diketahui bagaimana keadaannya. Menafikan bahawa dia akan membantah adalah suatu keazaman ke atasnya. Maka jika dia membuat pengecualian padanya, maka dia menafikan keazaman ke atasnya.

سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا

Insya Allah, aku akan bersabar atas apa yang aku lihat dari engkau dan jika pun bercanggah dengan kebenaran yang ada di sisi ku.

وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Dan aku akan berhenti kepada apa yang engkau perintahkan kepada ku, jika tidak bermuafakat dengan kemahuan ku.

Kisah Musa & Khadhir (4)

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment