Hadis Rasulullah (s.a.w) Umum

Kita Dan Ular (Siri 1/2)

Kita Dan Ular
Iklan
Kita Dan Ular

gambar hiasan

Kedua-duanya, manusia dan ular; adalah makhluq ciptaan Allah subhanahu wa ta’ala. Setiap ciptaaNya itu, mempunyai bentuk kejadian yang penuh berhikmah dariNya. Sesungguhnya, makhluq ciptaanNya selain manusia adalah untuk menjadi ujian bagi manusia itu. Ular adalah sejenis makhluq yang berbahaya kepada kita manusia.

Perintah Bunuh Ular

Kita, diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w), membunuh ular kerana ia boleh mencederakan, malah membunuh kita. Ini, disabdakan oleh Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam di dalam hadis yang berikut;

عن ابن عمرَ قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: اقْتُلوا الحياتِ واقتلوا ذا الطُفْيَتَيْن . . .

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullahi sallahu alaihi wa sallam: Bunuhlah ular-ular, dan bunuhlah ular yang berjalur putih sepanjang belakangnya

Sabdanya sallalahu alaihi wa sallam lagi;

. . . و الأبترَ . . .

Maksudnya: “…dan ular yang seakan kudung ekornya, bagaikan kena kerat...”

Al-Marbawi menyebutkan; ular yang ekornya pendek, atau hampir tidak berekor. Ad-Dawudi berkata: al-Abtar adalah sejenis ular panjangnya satu jengkal atau lebih.

Bersabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam lagi;

فإنهما يلتمسان

Maksudnya: “…kerana kedua-duanya menyambar…”. Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam lagi;

البصر

Maksudnya: “…pandangan mata…”

Maknanya, apabila berenang mata keduanya dengan mata manusia, disambar oleh bisanya yang menjadikannya menjadikan kelam.

Akhirnya Nabi sallallahu alaihi wa sallam menamatklan sabdanya dengan;

و يُسقِطانِ الحبلَ.

Maksudnya: “…kedua-duanya, menjadikan keguguran perempuan yang mengandung.”

Dalam erti kata lain; menjadikan kebuangan anak, akan orang yang bunting. Pada ghalibnya ia bermakna, apabila terpandang kepada perempuan yang bunting dengan ketakutannya, jadilah gugur anak yang dikandungkannya itu.

Perbezaan pandangan para ulamak berkenaan penyebab buta dan keguguran

Pendapat Pertama: 

Penyebabnya, hanyalah dengan melihat langsung kepada ular jenis tadi kerana kelebihan dan kekhususan yang ada pada ular jenis ini, yang menyebabkan seseorang yang melihatnya kehilangan penglihatan dan perempuan yang melihatnya ditimpa keguguran, tanpa disengat atau digigit.

Al-Qadi Iyadh berkata tentang pendapat pertama ini: ”Pendapat inilah yang lebih kuat”[1], demikian juga al-Qurtuby dalam al-Mufhim[2] dan Imam an-Nawawy dalam Syarah Muslim[3] serta al-Munawy dalam Faidhul Qadir[4].

Abu Khairah berkata: “Al-Abtar adalah sejenis ular yang berwarna biru yang ekornya terputus, tidaklah seorang hamil melihatnya melainkan dia akan keguguran”[5].

Pendapat Ke Dua: 

Ada pun sebab kebutaan dan keguguran yang disebut dalam hadis di atas adalah kerana disengat atau digigit serta adanya bisa yang berpengaruh pada sengatan dan gigitan itu. Imam az-Zuhry meriwayatkan dari Salim dari Ibnu Umar dia berkata: “Yang demikian itu (buta dan keguguran) menurut kami disebabkan oleh bisa yang ada pada kedua jenis ular itu”[6].

Imam al-Khattaby berkata: “Dua jenis ular ini boleh menyebabkan buta.” Mengenai hal ini ada dua pendapat: Salah satunya mengatakan: dua jenis ular ini menghilangkan penglihatan disebabkan tabi’at dan kekhususan yang ada padanya yang menyebabkan pandangan jadi hilang ketika melihat dua jenis ular ini, yang kedua mengatakan: bahwasanya dua jenis ular ini menggigit dan menyengat seseorang lalu mengakibatkan penglihatannya hilang”[7]. Lalu al-Khattaby tetap merajihkan pendapat yang pertama.

Pendapat Ke Tiga: 

Keguguran yang menimpa perempuan disebabkan oleh kerana rasa takut yang timbul padanya akibat melihat ular yang menyeramkan dari jenis ini, pendapat ini disebutkan oleh Qadi Iyadh walaupun beliau merajihkan pendapat pertama, beliau mengatakan: “Hal ini terjadi kerana rasa takut atau kerana kekhususan yang ada pada keduanya dan yang terakhir ini lebih kuat, kerana kalau rasa takut itu terdapat pada semua ular ketika melihatnya”[8].

 SAMBUNGAN – KLIK SINI

Kita Dan Ular

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment