OKU (Orang Kurang Upaya)

Santunan Islam Terhadap OKU

Iklan

Muqaddimah

Santunan Islam Terhadap OKU

Sesungguhnya Islam menuntut para penganutnya menyantuni dengan sempurna golongan yang lemah dan mereka yang mempunyai keperluan-keperluan yang khusus, jika pun kita merasakan bahawa mereka hanya terdiri dari jumlah yang kecil dari kalangan masyarakat. Sesungguhnya, bagi golongan yang sedikit ini, di bawah sistem Islam dan perlindungannya, kita akan menemukan bahawa di sana akan ada yang berdiri dipihaknya dan menolongnya.

Dan di atasnya telah ada ayat-ayat yang mulia di dalam kitab Allah taala untuk mengesahkan atau menegaskan kepada semua bahawa Allah Taala menuntut kita memenangkan golongan yang lemah ini dan menolong mereka mengikut kemampuan.

Mereka yang suka merenung pada ayat-ayat Allah taala akan mendapati bahawa di depannya ada ayat- ayat yang banyak, diwahyukan untuk perkara ini.

Firman Allah;

ليس على الضعفاء ولا على المرضى ولا على الذين لا يجدون ما ينفقون حرج إذا نصحوا لله ورسوله ما على المحسنين من سبيل والله غفور رحيم (التوبة:٩٩)

Maksudnya: “Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat di atas menunjukkan dengan terang ke atas bahawasanya mereka yang tiada keupayaan dan sakit, tiadalah ke atas mereka sebarang kesalahan jika tidak berperang bersama saudara-saudara mereka yang sihat.

Sesungguhnya telah berulang-ulang dalam al-Quran ayat:

ليس على الأعمى حرج ولا على الأعرج حرج ولا على المريض حرج

Maksudnya: “Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian).”

Ayat di atas, di antaranya terletak di dalam ayat 61 dari Surah An-Nur membawa makna, tiada tempelakan bagi mereka yang kurang keupayaan di dalam persoalan makan dan minum di rumah-rumah saudara mara.

Ayat yang sama, juga terletak pada ayat 17 dari surah al-Fath membawa maksud, tiada tempelakan bagi mereka yang kurang keupayaan itu, ketika tertinggal dari perang kerana sesungguhnya mereka itu berada di dalam keadaan uzur yang diterima di sisi Allah.

Tidaklah kami melebih-lebih apabila kami mengatakan bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz sesungguhnya mengarahkan kepada menghitung (mendaftarkan) bilangan golongan kurang keupayaan di dalam negara Islam pada masa pemerintahannya itu.

Imam Abu Hanifah menguatkuasakan satu perundangan bahawa Baitul Mal bertanggungjawab mengeluarkan nafkah untuk golongan kurang upaya itu.

Adapun Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik adalah seawal-awal Khalifah yang telah membina hospital untuk pesakit-pesakit kusta, pada tahun 88 Hijriyah. Beliau juga memberikan setiap orang yang lumpuh, seorang jururawat dan setiap orang buta, seorang pembimbing.

Kerajaan Umayyah secara umumnya menubuhkan hospital-hospital untuk mereka yang lemah aqal. Khalifah al-Makmun, menubuhkan tempat perlindungan bagi orang-orang buta dan wanita kurang upaya di Bahgdad dan di bandar-bandar besar.

Bahkan sesungguhnya ramai dari kalangan ulamak Islam, mereka yang mengalami kecacatan dan dalam keadaan ini tidak memberi kesan ke atas mereka bahkan mereka menjadi panji-panji yang banyak menolong agama ini dengan perkataan dan perbuatan. Dan mereka itu di antaranya:

1. Abban bin Uthman yang lemah pendengaran tetapi mampu menjadi seorang alim lagi faqih.

2. Muhammad bin Sirrin yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk tetapi dia adalah seorang perawi hadis dan penta’bir mimpi.

3. Da’bal al-Khuza’i

4. Al-Qadhi As-Salimani

5. Abdur Rahman bin Harmaz al-A’raj (lumpu)

6. Hatim al-Asam (pekak).

7. Sulaiman bin Mahran al-A’masy (الأعماش).

8. Abul Abbas al-Asam.

Di zaman ini, kita dapati contoh-contoh yang banyak. Dari kalangan mereka: Samahah Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah yang walaupun telah kehilangan penghilatannya sehingga menjadi buta sepenuhnya, namun dia adalah seorang Imam yang zahid dan wara’; yang menjadi penolong bagi agama Islam ini.

(Akan bersambung, insya Allah…)

Penggabungan OKU ke dalam masyarakat menurut al-Quran dan as-Sunnah Nabi

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment