Sirah Nabi Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Al-Kahfi

Siapakah OKU Buta yang layak duduk di atas kain serban Nabi

Siapakah OKU Buta yang layak duduk di atas kain serban Nabi
Written by omar

Siapakah OKU Buta yang layak duduk di atas kain serban nabi
Surah Abasa

Abasa

Pendahuluan

Al-Wasit li Tantawi memberikan muqaddimah untuk surah ini sebagai yang tertera dibawah.

1, Surah `عبس’ adalah dari surah al-Makkiyah dan juga digelar dengan surah `الصاخة’ dan surah `السفرة’ kerana realiti lafaz-lafaz padanya.

2. Bilangan ayat-ayatnya; empat puluh dua dalam mashaf al-kufi, empat puluh satu dalam al-Basri dan empat puluh dalam syami.

Adalah turunnya surah ini selepas surah `النجم’ dan sebelum surah al-Qadar. Maka dia dianggap surah yang ke dua puluh tiga dalam susunan penurunan dan di dalam susunan mashaf dia terletak pada senarai yang ke lapan puluh.

Dan sesungguhnya surah ini diturunkan dengan panduan ke atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam kepada apa yang wajib ke atasnya mengenai orang-orang yang lemah dikalangan muslimin. Dan dengan meletakkan aturan yang wajb ke atas kaum muslimin agar mengikutnya ketika bergaul kepada sesama manusia.

Dan pujian ke atas orang-orang yang beriman yang membenarkan ajaran Islam, walau pun ketika dalam keadaan ketidak upayaan atau lemah; dan juga peringatan dari mengabaikan urusan umat Islam.

Kemudian surah ini juga memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman dengan jauhnya mereka dari nikmat Allah jika mengabaikan perintah Allah; dan supaya bertambah rasa syukur kepadanya.

kemudian memberi peringatan kepada mereka juga hal keadaan hari qiyamat dan keadaan manusia padanya.

Seunggunya para penafsir ada menyebutkan dalam asbab nuzul ayat ini beberapa riwayat-riwayat, ringkasannya: Bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa sallam duduk pada suatu hari, bersama jamaah dari para pemimpin Quraisy menyeru mereka kepada Islam, memberi penerangan kepada mereka, maka datang Abdullah bin Ummi Maktum – dan adalah dia buta – maka dia berkata: Bacakan kepada ku dan ajarkan aku dari apa yang Allah telah ajarkan kepada kamu, wahai Rasulullah. Dia mengulangnya. Dia tidak mengetahui bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam sibuk dengan urusan berdakwah kepada para pemimpin Quraisy itu kepada Islam kerana mengharapkan mereka masuk Islam. Juga kerana dengan sebab Islamnya mereka akan ramai lagi yang masuk Islam.

Maka apabila Abdullah bin Ummi Maktum asyik bertanya-tanya dan meminta-minta, Nabi sallallahu alaihi wa sallam berpaling daripadanya, maka turunlah ayat ini yang Allah menempelak Nabi sallallahu alaihi wa sallam ke atas perbuatan memalingkan muka ini. Maka adalah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam selepas itu memuliakannya. Apabila melihat Abdullah bin Ummi Maktum, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam berkata kepadanya: “Selamat datang kepada orang yang kerananya Allah menempelak aku,” dia lantas membentangkan kain selindangnya.

Berkata al-alusi: dan Abdullah bin Ummi maktum adalah anak kepada bapa saudara khadijah, dan namanya Amru bin Qais dan Ummi Maktum adalah panggilan dan nama sebenarnya adalah Atikah binti Abdullah Al-Makhzumiyah.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lebih banyak menggantikan Abdullah bin Ummi Maktum sebagai Imam semasa ketiadaan baginda di Madinah berbanding Murrah. Abdullah bin Ummi Maktum juga adalah dari kalangan muhajirin yang awal (kumpulan yang awal berhijrah).

Dan lafaz `عبس’ diambil dari kata `العبوس’, dan ianya wajah kemarahan, dan berubah tubuhnya dari apa yang menunjukkan ke atas kemarahan itu.

Dan firmanNya (وتولى) diambil dari `التولى’ dan asalnya, perubahan manusia dari tempatnya yang dia berada padanya ke tempat lain, dan yang dikehendakki dengannya disini adalah berpaling dari orang yang bertanya dan tiada menerimanya.

As-Sa’adi di dalam memberikan muqaddimah terhadap surah ini ada menyebut: dan sebab nuzul ayat-ayat yang mulia ini adalah bahawasanya telah datang seorang lelaki buta dari kalangan orang-orang mukmin meminta Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkannya tentang Islam. Telah datang juga kepadanya lelaki yang kaya dan adalah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam inginkan sangat bahawasanya dia mendapat hidayah maka cenderong Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam kepada yang kaya dan menolak dari yang buta dan faqir, mengharapkan yang kaya itu mendapat hidayah maka Allah menempelaknya dengan peringatan yang halus.

 

About the author

omar

Leave a Comment