Tafsir Surah Maryam

Surah Maryam Ayat 3 Hingga 4

Surah Maryam Ayat 3 Hingga 4
Surah Maryam Ayat 3 Hingga 4

Surah Maryam Ayat 3 Hingga 4

KEMBALI KE AYAT 1 HINGGA 3 – KLIK SINI

Ayat 3 (sambungan tafsiran)

إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

Maksudnya: “(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara sembunyi.”

Berkenaan ayat ini, Al-Qurtubi menyebutkan bahawa Nabi Zakaria (a.s) bermunajat dengan Tuhannya itu di dalam mihrabnya. Dalilnya, firman Allah pada ayat lain di dalam surah Ali Imran ayat 39;

فنادته الملائكة وهو قائم يصلي في المحراب

Maksud: “Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab…” (Ali Imran: 39)

Berselisih ulamak tentang kenapa dia menyembunyikan doanya ini. Maka dikatakan: Dia menyembunyikan dari qaumnya agar jangan dicela kerana masalah tidak memperolehi anak, walaupun usia sudah melanjut tua.

Telah didahului bahawasanya yang dituntut dari doa yang tersembunyi pada surah al-A’raf dan ayat ini nas pada yang demikian itu; kerana Allah memuji yang demikian itu ke atas Nabi Zakaria (a.s).

Al-Wasit, menyebutkan; Dan yang dikehendaki dengan `النداء’ adalah do’a yang Nabi Zakaria (a.s) pohonkan kepada Tuhannya. Inilah yang Allah (s.w.t) bacakannya ke atas Nabi Muhammad (s.a.w) pada awal surah ini, Allah (s.w.t) sebutkan kepadanya. Waktu ketika mana dia menyeru Allah (s.w.t) di dalam keadaan tersembunyi, meminta kepadaNya, zuriat yang soleh. Nabi Zakaria (a.s) menyembunyikan do’anya kerana menyembunyikannya, menjauhkan dirinya daripada riyak dan mendekatkannya dengan ikhlas. Dan sesungguhnya, Allah telah memerintahkan dengannya;

ادعوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ المعتدين

Maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dalam keadaan merendah diri dan tersembunyi…

Dan nampaknya, doa ini yang di dalamnya, Nabi Zakaria (a.s) merendahkan diri kepada Tuhannya, diulang-ulangnya di dalam banyak waktu .

Ayat 4

 . . . قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا

Maksudnya: “Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku…”

Di sini, Imam al-baghawi, menyebutkan bahawa Nabi Zakaria (a.s.) mengadu kepada Allah (s.w.t) bahawa keadaan dirinya lemah dan tidak berdaya kerana tuanya dia. Al-baghawi juga menyalin perkataan Qatadah yang menyebutkan bahawa Nabi Zakaria (a.s) mengadu gigi gerahamnya gugur serta rambut di kepalanya memutih dan beruban.

Bagi as-Sa’adi, di dalam ayat ini, Nabi Zakaria (a.s) mengadu bahawa dia lemah tulang; dan apabila lemah tulang dan tulang itu adalah tiang kepada badan, maka menjadi lemahlah bahagian-bahagian lain pada tubuh badannya. Beruban itu, dalil kepada lemah dan tua, utusan kepada mati serta perintisnya dan menjadi peringatan untuknya, maka dia merayu kepada Allah Ta’ala dengan lemahnya dia dan berkurang kemampuannya. Dan ini adalah cara yang lebih disukai Allah, kerana ia menunjukkan ke atas kelepasan dari keupayaan dan kekuatan. Dan terlekat di hati dengan keupayaan Allah dan kekuatanNya.

 . . . وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Maksudnya: “…dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.”

Di dalam kata-katanya ini, Nabi Zakaria (a.s) menyatakan bahawa tiadalah pada masa yang telah lalu dari umurnya; yang mengecewakannya dari doa-doa yang selama ini dipanjatkannya kepada Allah. Sesungguhnya dia memohon lagi agar Allah (s.w.t) menunaikan doanya. Selama mana pun masa yang Allah suka, maka Allah boleh memaqbulkan doanya pada masa akan datang dari umurnya, sebagaimana Allah menjawab doa-doanya pada masa-masa yang telah lalu darinya. Maka, kamu wahai Muhammad dapat melihat dan mengambilo iktibar, bagaimana Zakaria (a.s) sesungguhnya, telah menzahirkan di dalam doanya, warna-warna adab bersama penciptanya; dia mengemis kepadaNya dengan kelemahan tubuhnya dan pertambahan umurnya; dan amalan dia mengulang-ulangnya bagi mendapat pemaqbulan bagi doanya pada masa hadapan.

Surah Maryam Ayat 3 Hingga 4

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment