Tafsir Al-Quran

LINDUNGI DIRI DARI SYAITAN (Tafsir Surah An-Nas [Volum 1])

Iklan

SURAH AN-NAS

Muqaddimah dan Kelebihan

Surah An-Nas diturunkan selepas surah Al-Falaq, dan digelar surah المعوذتين (Memohon Perlindungan) yang ke dua, dan kedua-dua surah bersama-sama dengan gelaran المعوذتين , sebagaimana telah kami catitkan terdahulu. Bilangan ayat-ayatnya, enam.

Diriwayatkan at-Turmuzi dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani dari Nabi – s.a.w – : “Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat-ayat yang yang aku tidak pernah melihat sepertinya:

قل أعوذ برب الناس

… hingga ke akhir surah, dan;

قل أعوذ برب الفلق

… hingga ke akhir surah

Hadis Hassan Sahih. Dan meriwayatkannya oleh Muslim.

Pembukaan surah ini menyerupai dengan pembukaan surah al-Falaq melainkan surah al-Falaq memohonkan pertolongan dari kejahatan makhluq-makhluq dari binatang dan manusia, dan surah an-Nas memohon pertolongan dari kejahatan makhluq halus dan ianya adalah syaitan.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Katakanlah – wahai Rasul yang mulia – aku mohon perlindungan, mohon melepaskan diri, mohon berharap dengan Rabb manusia. Maksudnya: dengan Rabb mereka dan yang memperbaikan urusan mereka, dan Yang mengendalikan urusan mereka.

Maksudnya, Pemerintah mereka dan Yang memperbaiki urusan mereka. Adapun Dia menyebut bahawa Dia sebagai Rabb manusia, sedangkan Dia adalah Rabb kepada seluruh makhluq, kerana dua perkara: Salah satu darinya: kerana manusia adalah makhluk yang terbesar dan terutama. Kedua: kerana perintah beristiazah itu dari kejahatan mereka.

Ini adalah surah yang mengandungi permohonan perlindungan dengan Rab manusia, Pemilik mereka dan Ilah mereka dari syaitan yang dia itulah asal segala kejahatan, yang dari tipu-dayanya dan kejahatannya, dia membisikkan dalam dada manusia, maka dia membaguskan bagi mereka kejahatan, dan memperlihatkan ianya dalam gambaran baik, dan membangunkan kemahuan mereka untuk melakukannya, dan mengejikan bagi mereka kebaikan dan meremehkan mereka darinya, dan memperlihatkan kepada mereka kebaikan itu dalam rupa yang lain dari rupa atau gambaran sebenarnya, dan dia sentiasa dengan keadaan ini, membisik-bisik dan melunak-lunakkan.

Maksudnya: Dia (syaitan) menjauhkan diri apabila seseorang itu mengingati Tuhannya dan meminta perfolongan atas menolaknya.

Berfirman Allah taala mengingatkannya bagi Nabinya Muhammad -s.a.w- : Katakanlah wahai Muhammad bermohonlah untuk mendapatkan pertolongan;

بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ

… dengan Rabb manusia dan Pemerintah manusia. Dan Dia pemerintah seluruh makhluq: manusia dan jin dan selain itu, sebagai pemberitahuan darinya dengan yang demikian itu bahawa Dia mengutamakan manusia maka hendaklah manusia mengagongkan Rabb mereka. Bahawa seluruhnya berada di bawah kerajaanNya, mengalir ke atasnya kekuasaanNya. Bahawa Dia lebih utama dengan pengagongan, dan lebih berhak untuk pengabdian diri kepadanya.

Suatu pendidikan Rabbani, bahwa semua makhluk Allah subhanahu wata’ala adalah hamba yang lemah, perlu akan pertolongan-Nya subhanahu wata’ala. Termasuk Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, beliau adalah manusia biasa yang perlu akan pertolongan-Nya. Sehingga beliau adalah hamba yang tidak boleh disembah, bukan tempat untuk meminta pertolongan dan perlindungan, dan bukan tempat bergantung.

Maka harus baginya (manusia) meminta tolong dan meminta perlindungan dan meminta pertahanan dengan Rububiyyah Allah atas manusia seluruhnya dan makhluq seluruhnya masuk ke bawah Rububiyah dan Mulukiyah Allah, kerana bagi setiap makhluq, Dia lah yang memegang ubunnya.

Syaitan itu, sentiasa mahu memutuskan hubungan mereka (manusia) dengan Allah; dan memindahkan di antara mereka kepadanya, dan mahu menjadikan mereka dari ‘parti’nya yang akan menghuni neraka. Dan bisikan (was-was) adalah dari jin dan manusia, dan kerana itu Dia berfirman:

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

[S]

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment