Duhai Isteri...

Anugerah Terbaik Selepas Ibu Ayah…

Iklan

Setiap kali kedua mata mu berlabuh, melepas tirai, menyimpan seri cahayanya yang menambah damai hidupku, hati ku dipanjat rasa hiba yang amat mendalam. Juga digenangi rasa terima kasih tak terhingga kerana menjadi isteri ku. Engkau adalah kurniaan terbaik Allah untuk ku, selepas ayah dan ibu. Wajah mu yang sedang melayari bahtera malam itu, menterjemahkan lelah. Lelah mengurus suami, anak dan kehidupan yang kita kongsikan bersama. Dengkuran mu, menjadi lagu-lagu syahdu yang mendendang jasa bakti mu sebagai seorang isteri.

Mendahului fajar sadiq, kau mengkahiri rehat mu, walau masih banyak tersisa kelelahan di siang hari.

Di sini aku memahami agungnya seorang isteri. Pada senyumannya ada bait-bait lagu indah. Tawa hilainya seolah terambil dari kicauan burung. Suaranya bagai sulaman dari desiran ombak. Marahnya umpama angin gelora. Redhanya umpama kedamaian di pagi hari. Rayunya bagai bayu berlari lembut.

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment