Umum

Tanggungjawab menyembunyikan kecantikan…

Iklan

Wanita muslimah yang mendedahkan bahagian kepala atau dadanya, maka sudah jelas dia bukan dari seorang hamba yang menghormati suruhan Tuhannya dan dengan sikap itu dia pasti akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak…

“Dan hendaklah mereka (wanita-wanita yang beriman) melabuhkan tudung hingga menutup dada mereka…” (Ayat 31 Surah An-Nur)

Ada wanita muslimah yang mahu dianggap sebagai seorang hamba yang mentaati perintah Tuhannya dan dalam masa yang sama pula mahu dipandang menarik serta pandai menyesuaikan diri dengan fesyen semasa serta tidak mahu terlepas menggayakan fesyen-fesyen pakaian yang mengikut keadaan zaman; mengenakan ke atas diri mereka tudung atau pakaian dengan fesyen-fesyen yang tidak patuh syariat. Itu, sebenarnya suatu tindakan menipu diri sendiri kerana mereka tetap termasuk ke dalam golongan wanita yang bertabarruj…

Apabila Islam melarang zina, maka segala sumber-sumber yang membawa kepada perbuatan zina itu juga dilarang.

Seorang wanita muslimah adalah seorang wanita yang sederhana di luar rumah dan sebaliknya dia adalah seorang peraqawati dirumahnya sendiri.

Allah mengizinkan wanita muslimah mendedahkan muka dan ke dua tanganya, jika keduanya tidak ditabarruj.

Wanita yang bertabarruj di depan ramai lelaki, sebenarnya telah melakukan penganiayaan ke atas mereka. Sebagai mana kita mempamir atau menghidangkan makanan yang enak tetapi tidak boleh dimakan. Hanya dapat dilihat.

Kadang-kadang, seseorang wanita yang dirogol itu, telah terlebih dahulu merogol minda kaum lelaki dengan menjamu mata mereka dengan pameran kecantikan wajah dan tubuh badan mereka.

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment