Tafsir Al-Quran

Penulisan, Ayat 2 Surah Al-Falaq

Iklan

Surah Al-Falaq Ayat 2

 

من شر ما خلق

As-Saadi:

Dan ini meliputi seluruh apa yang Allah ciptakan, dari manusia, jin, haiwan-haiwan, maka dimintakan pertolongan dengan yang menciptakannya dari kejahatan atau keburukan yang ada padanya.

 

Al-Waseet:

Katakanlah, aku mohon pertolongan dengan Tuhan yang maha besar dari kejahatan apa yang Dia ciptakan. Maksudnya: dari kejahatan setiap yang mempunyai kejahatan dari ciptaan-ciptaan Nya itu, kerana tiada yang memelihara dari kejahatannya, selain dari yang menciptanya – Azza wa Jalla – Dialah pemerintah baginya, dan yang mengendalikan pada urusannya, dan yang memegang ‘ubun’nya, dan yang mampu mengubah situasinya, menukar apa yang mereka kehendaki.

Ibnu Kasir:

Dari kejahatan seluruh makhluq yang diciptakannya. Berkata Sabit Al-Banani dan al-Hassan al-Basri, neraka jahannam, iblis dan keturunannya.

Qurtubi:

Dikatakan: Ia Iblis dan zuriatnya. Dan dikatakan: Neraka Jahannam. Dikatakan: Ia, umum; maksudnya dari kejahatan setiap yang mempunyai kejahatan yang Allah Azza wa Jalla ciptakan.

 

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3)

As-Saadi:-

Kemudian mengkhususkan selepas menyebut secara umum, maka Allah berfirman:

وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ

Maksudnya: Dari kejahatan apa yang ada di waktu malam, ketika mana manusia tidak sedarkan diri, dan tersebar padanya ramai dari roh-roh yang jahat, haiwan-haiwan yang berbahaya.

Al-Wasit:-

Kemudian Allah ta’ala berfirman:

وَمِنْ شَرِّ غاسِقٍ إِذا وَقَبَ

Dan ‘الغاسق’: Malam ketika bersangatan gelapnya, dan darinya firman Nya ta’ala:

أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلى غَسَقِ اللَّيْلِ….

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam…

Perkataan ‘غسق اليل’ maksudnya: hingga kepada gelapnya.

Dan firmanNya: ‘وقب’ dari perkataan ‘الوقوب’, dan ianya adalah kemasukan.

Maksud (ayat): dan katakanlah aku mohon perlindungan dengan Nya, dari kekahatan malam bila ia bersangatan gelap, dan menerjunkan tirainya ke atas tiap-tiap sesuatu dan hilang di bawah sayapnya, apa yang sebelumnya kelihatan. Di dalam kegelapan yang seperti itu, boleh sahaja ada bahaya yang tersembunyi.

Al-Qurtubi:-

Firman Allah ta’ala:

ومن شر غاسق إذا وقب

Berselisih padanya; maka dikatakan: Ianya adalah malam. Dan ‘الغسق’: Awal kegelapan malam. Berkata Ibnu Abbas: Bacaan-bacaan mentera.

Dan ‘وقب’: Menjadi gelap; mengatakannya Ibnu Abbas. Dan Adh-Dhahhak: Memasuki. Qatadah: Telah pergi. Yaman bin Ri Ab: tenang. Dan dikatakan: Turun.

Berkata Az-Zajjaj: Kerana pada waktu malam keluar binatang liar dan orang-orang yang keji dari tempatnya, dan ahli kejahatan mengeluarkan kerosakan.

Dan dikatakan: Ia adalah matahari apabila ia terbenam (disebelah barat); mengatakannya Ibnu Syihab. Dan dikatakan: Ia bulan. Berkata ‘القتبى’: Apabila masuk pada (waktu) sahurnya, dan ia umpama penutup baginya, dan yang demikian itu apabila hilang dengannta. Dan setiap sesuatu yang menghitamkan maka ia adalah ‘غسق’.

Berkata Qatadah: Apabila menghilang (dari penglihatan). Dan ia yang lebih sahih; kerana dalam Turmuzi dari Aishah:

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – نظر إلى القمر، فقال: “يا عائشة، استعيذي بالله من شر هذا، فإن هذا هو الغاسق إذا وقب.”

Bahawa Nabi (s.a.w) melihat ke arah bulan, maka baginda bersabda: “Wahai Aishah, minta perlindunganlah dengan Allah dari kejahatan ini, maka sesungguhnya, ia ini adalah:

الغاسق إذا وقب.

Berkata Abu Isa: Hadis ini Hassan Sahih.

Danbdikatqkan: ‘الغاسق’: Ular apabila ia menyengat. Seolah-olah ‘الغاسق’ itu, gigi taringnya; kerana masuk daripadanya; maksudnya menyembur. Dan ‘وقب’ gigi taringnya: Bila masuk ke dalam sengatan. Dan dikatakan: ‘الغاسق’: Tiap-tiap serangan yang memudharatkan, umpama bisul apabila mengalir nanahnya.

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment