Umum

Anjing dan Beberapa Hukum Berkaitan…

Iklan

Anjing dan Beberapa Hukum Berkaitan

Beberapa buah hadis Bukhari tentang anjing…

 

عن أبي بكر بن عبد الرحمن عن أبي مسعود الأنصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغى وحلوان الكاهن

“Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman dari Abi Mas’ud Al-Ansari bahawasanya Rasulullah (s.a.w) melarang hasil dari jual-beli anjing, duit bayaran pelacur, dan upah tukang tenung.” HR. Bukhari: 2237

عبد الله بن عمر يقول سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول من اقنى كلبا إلا كلبا ضاربا لضيد أو كلبا ماشية فإنه ينقص من أجره كل يوم قيراطان

“Abdullah bin Umar berkata bahawasanya saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali untuk berburu atau sebagai penjaga kebun atau ternak, maka pahalanya berkurang setiap harinya sebesar dua qirat”. HR. Bukhari: 5481.

Beberapa buah hadis Bukhari tentang anjing…

 

Dari ‘Abdullah (r.a) katanya: “Rasulullah (s.a.w) memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu kami pergi ke seluruh pelosok kota melaksanakannya, sehingga tidak seekor anjing pun yang ketinggalan; kami bunuh semuanya. Bahkan seekor anjing yang selalu mengikuti tuannya, iaitu seorang wanita dusun, kami bunuh pula.” – riwayat Muslim hadis no.1538

Dari Ibnu ‘Umar (r.a) katanya: “Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) memerintahkan kami membunuh anjing. Kecuali anjing pemburu, atau anjing penjaga ternak gembala.” Riwayat Muslim hadis 1539

Dari Jabir Bin ‘Abdillah (r.a), katanya: “Rasulullah (s.a.w) membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu, sehingga seekor anjing milik seorang wanita, yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah (s.a.w) melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi Sabda beliau: “Bunuhlah (bila-bila dan di mana saja) anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya, kerana anjing itu adalah Syaitan.” Riwayat Muslim Hadis No. 1540

Dari Ibnu Mughaffal (r.a) katanya: “Rasulullah (s.a.w) memerintahkan supaya membunuh anjing. Kemudian beliau bersabda: “Kenapa semuanya?” lalu beliau kecualikan anjing pemburu dan anjing penjaga ternak.” Riwayat Muslim Hadis No. 1541

Dari Ibnu ‘Umar (r.a) katanya: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Siapa memelihara anjing selain anjing penjaga ternak atau anjing pemburu, maka berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar dua qirath.” Riwayat Muslim Hadis No. 1542.

Dari Abul Hakam (r.a) katanya: “Dia mendengar Ibnu ‘Umar menyampaikan hadis Rasulullah (s.a.w) sabdanya: “Siapa memelihara anjing selain untuk menjaga tanaman (kebun atau sawah ladang), penjaga ternak, atau anjing pemburu, berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar satu qirat.” Riwayat Muslim Hadis nombor 1543.

Dari Abu Hurairah (r.a) katanya: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Siapa memelihara anjing selain untuk penjaga ternak, atau untuk berburu, atau untuk penjaga kebun, berkurang pahala amalnya setia hari satu qirat. Kata Az-Zuhri; kemudian hadis Abu Hurairah itu disampaikan kepada Ibnu ‘Umar. Lalu kata Ibnu ‘Umar; “semoga Allah memberi rahmat bagi Abu Hurairah. Mudah mudahan dia punya kebun.” Riwayat Muslim Hadis nombor 1544.

Beberapa buah hadis Turmuzi tentang anjing…

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا مَنْصُورُ بْنُ زَاذَانَ وَيُونُسُ بْنُ عُبَيْدٍ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْلَا أَنَّ الْكِلَابَ أُمَّةٌ مِنْ الْأُمَمِ لَأَمَرْتُ بِقَتْلِهَا كُلِّهَا فَاقْتُلُوا مِنْهَا كُلَّ أَسْوَدَ بَهِيمٍ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَجَابِرٍ وَأَبِي رَافِعٍ وَأَبِي أَيُّوبَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَيُرْوَى فِي بَعْضِ الْحَدِيثِ أَنَّ الْكَلْبَ الْأَسْوَدَ الْبَهِيمَ شَيْطَانٌ وَالْكَلْبُ الْأَسْوَدُ الْبَهِيمُ الَّذِي لَا يَكُونُ فِيهِ شَيْءٌ مِنْ الْبَيَاضِ وَقَدْ كَرِهَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ صَيْدَ الْكَلْبِ الْأَسْوَدِ الْبَهِيمِ

“Sekiranya anjing-anjing itu bukan suatu umat, sungguh aku akan perintahkan untuk membunuh mereka semua. Maka bunuhlah semua anjing yang berwarna hitam pekat.” Abu Isa berkata, Hadis Abdullah bin Mughaffal darjatnya hasan sahih.

Dalam sebagian hadis diriwayatkan bahawa anjing yang berwarna hitam pekat adalah syaitan dan anjing yang berwarna hitam pekat adalah anjing yang tak memiliki warna putih sedikitpun. Dan sebagian ulama memakruhkan hasil buruan dari anjing yang berwarna hitam pekat. [HR. Tirmidzi No.1406].

Huraian

Berdasarkan dari semua hadis-hadis yang telah tersebut di atas, dapat diambil kesimpulan iaitu; memelihara anjing dengan tujuan untuk berburu dan sebagai penjaga kebun atau ternak maka diperbolekan. Manakala, menjaganya, tanpa tujuan-tujuan yang telah tersebut adalah tidak diharuskan.

Di sana, terdapat sebuah hadis;

عن عاءشة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: خمس من الدواب كلهن فاسق يقتلن في الحرم الغراب و الحدأة و العقرب و الفأرة و الكلب العقور

Diriwayatkan dari Aisyah (r.a) bahawasanya Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Lima dari haiwan tunggangan yang mereka semua adalah fasiq, maka diperbolehkan untuk dibunuh ketika ihram iaitu; burung gagak, burung rajawali, kalajengking, tikus, dan anjing penggigit.”

Imam Nawawi berkata fasiq secara bahasa artinya keluar, maka semua binatang diatas dinamakan fasiq karena keluar dari hukum yang berlaku pada haiwan lain, iaitu haram dibunuh, kecuali binatang diatas diwajibkan untuk dibunuh.

Imam Bukhari menjelaskan diperbolehkannya membunuh haiwan diatas bukan hanya bagi orang yang sedang ihram saja, tetapi juga berlaku kepada yang lain.

Menurut Imam Al Harmain Abu Ma’ali Al Juwaini dalam kitab Nihayatul Matlab fi Dirayati Mazhab, dia memberikan penjelasan anjing yang tidak boleh dimanfaatkan tetapi tidak berbahaya tidak boleh dibunuh.

Hukum membunuh Anjing menurut perspektif Fiqh adalah ditafsil sebagai berikut:

✔ Apabila jenis Anjing tersebut merupakan jenis Anjing yang garang (suka menggigit), maka hukum membunuhnya adalah boleh baik keberadaan Anjing tersebut bermanfaat atau tidak.

✔ Apabila jenis Anjing tersebut bukan merupakan jenis Anjing yang garang dan bermanfa’at, maka hukum membunuhnya adalah haram.

✔ Apabila jenis Anjing tersebut bukan merupakan jenis Anjing yang galak tapi tidak bermanfa’at, maka sebagian Ulama’ menyatakan boleh dibunuh sedang sebagian Ulama’ yang lain menyatakan tidak boleh dibunuh.

Berdasarkan hadis-hadis yang telah tersebut juga, perintah membunuh anjing dinaskh dengan dilarangnya membunuh anjing kecuali hanya anjing hitam karena itu adalah syaitan. Pendapat ini disamakan dengan haramnya berburu menggunakan anjing yang berwarna hitam, karena itu adalah syaitan yang diperbolehkan untuk dibunuh. Sedangkan membunuh anjing yang merugikan, seperti anjing penerkam maka diperbolehkan, bahkan tidak hanya anjing, mana-mana haiwan yang merugikan selain anjing juga diperbolehkan untuk dibunuh. Sedangkan anjing yang dipelihara untuk sebuah kemaslahatan tidak boleh untuk dibunuh, karena boleh menimbulkan maslahat. Sedangkan anjing yang tidak berbahaya, yang hanya dipelihara dan tidak diambil manfaatnya tetap tidak boleh dibunuh, tetapi bagi orang yang memeliharanya akan terkurang pahalanya seperti hadis yang telah disebutkan diatas.

Kesimpulan

Dari paparan diatas dapat diambil kesimpulan bahwasanya membunuh anjing diperbolehkan untuk jenis anjing berwarna hitam dan anjing penerkam, atau anjing yang boleh mendatangkan mudharat, maka selain anjing jenis tersebut dilarang untuk dibunuh, walaupun anjing tersebut tidak menimbulkan manfaat apa-apa.

Penutup

Allah menguji iman kita, melalui anjing dan kucing. Kucing yang yang kebiasaannya bersifat manja dan memiliki rupa yang comel, diharuskan untuk kita menggosok, memeluk, mencium dan seumpamanya. Kucing, tidak dikaitkan dengan najis mughollazah. Semanja dan secomel mana pun anjing, tidak mudah bagi kita untuk menggosok, memeluk, mencium dan seumpamanya; sebagaimana kucing. Jika pun kita ada sebab untuk menyentuhnya, kita akan berdepan dengan kewajipan menyamak dan lain-lain. Ini pula tidak bermakna, anjing boleh dizalimi dan disakiti. Dalam keadaan yang memerlukan, tak mengapa ia dibantu atau dirawat. Kita hanya dibenarkan memeliharanya untuk berburu, menjaga rumah, menjaga kebun dan seumpama. Jika kita memeliharanya juga tanpa tujuan-tujuan yang seumpama tersebut, boleh mengurangkan pahala kita setiap hari. Menunjukkan kepada kita bahawa yang comel, tak semestinya dipeluk dan dicium melainkan apa yang dibenarkan syara’…

……………………………………………………………

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment