Uncategorized

Dr. Ka’ab – Lim Kit Siang lebih benar dari Haji Hadi?

Iklan

 

 

Allah (s.w.t) berfirman;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا

Maksudnya: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). [Surat An-Nisa’ 51]

Al-Wasit Li Tantawi, di dalam menafsirkan ayat ini menuliskan: Para penafsir meriwayatkan beberapa sebab penurunan ayat ini, di antaranya: Apa yang telah didatangkan oleh Ibnu Abbas bahawa Huyaiy bin Akhtab dan Ka’ab bin al-As’raf pergi ke Mekah dalam kumpulan dari Yahudi untuk berpakatan dengan Quraisy dalam menentang Nabi (s.a.w).

Maka turun Ka’ab kepada Abi Sufyan. Mereka turun di perkampungan Quraisy. Berkata penduduk Mekah kepada Yahudi: Sesungguhnya kamu pemegang kitab (Yakni, kitab Taurat) dan Muhammad (s.a.w) juga pemegang kitab (al-Quran) maka kami tidak menjadi aman bahawa jika ini adalah suatu perancangan halus dari kamu.

Maka jika kamu menghendaki bahawa kami menyertai (ke dalam gabungan atau pakatan) bersama kamu, maka sujudlah kepada dua berhala ini dan mengimani keduanya maka kami akan bergabung bersama kamu.

Kemudian berkata Ka’ab: Wahai penduduk Mekah, marilah kita membahagi-bahagikan hati-hati kita dengan Ka’bah dan berjanji kepada Tuhan Ka’bah bahawa kita akan membunuh Muhammad, maka kami akan buat begitu.

Maka bila telah selesai Abu Sufyan berkata kepada Ka’ab: Sesungguhnya kamu seseorang yang membaca kitab dan mengetahui, dan kami buta huruf tiada pengetahuan, maka mana yang lebih mendekati petunjuk dan lebih hampir kepada kebenaran, kami atau Muhammad?

Ka’ab berkata: Jelaskan tentang agama kamu.

Maka berkata Abu Sufyan: Kami memberi makan kepada para penziarah Ka’bah dengan tangan yang terbuka, kami beri mereka minum susu, kami menguruskan tetamu, kami menghubungkan silaturrahim, kami memakmurkan rumah tuhan kami dan bertawaf mengelilinginya, kami mendiami tanah haram dan Muhammad telah meninggalkan agama bapanya, memutuskan hubungan silaturahim, dan meninggalkan tanah haram dan juga meninggalkan agama yang terdahulu dan agama Muhammad adalah agama yang baru.

Berkata Ka’ab: Demi Allah, jalan kamu lebih benar dari jalan Muhammad, maka Allah menurunkan ayat; “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).”
……………………………….

Apa yang kita baca di atas adalah apa yang berada di dalam lipatan sejarah perjuangan Islam semasa dipimpin oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Kita melihat bagaimana orang-orang Yahudi, khususnya Ka’ab bin al-Asyraf, mengkhianati keyakinan yang mereka anuti semata-mata untuk mendapatkan kerjsama musyrikin Quraisy dalam mencapai hasil yang mereka hajatkan.

Bukankah pada hari ini, kita dapat melihat bahawa terdapat dari kalangan orang-orang Islam yang tinggi dalam pembelajaran agamanya; sehingga ke tahap PHD; sehingga mendapat gelaran ‘Dr’, di bidang ilmu agama yang dipelajari bersikap dengan sikap yang sama sebagaimana Ka’ab bin al-Asyraf.

Ka’ab bin al-Asyraf, ‘memiliki PHD’ dalam pengajian kitab Taurat. Mereka yang mendalami kitab Taurat, sepatutnya dapat lebih mengenali Nabi Muhammad (s.a.w). Dalam ertikata lain, dapat mengetahui kebenarannya. Ini dinyatakan di dalam firman Allah;

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). [Surat Al-Baqarah 146]. Namun, Ka’ab tidak amanah terhadap ilmu yang diperolehinya kerana dengki kepada Nabi Muhammad (s.a.w).

Kita dapat melihat hari ini mereka yang belajar Islam tinggi sehingga ke Mesir, Yaman, Jordan dan seumpamannya; sehingga mencapai anugerah ‘phd’; mendapat gelaran ‘Dr’ dalam bidang hadis dan sebagainya, tetapi bersikap seperti Ka’ab bin al-Asyraf itu.

Jika Ka’ab bin al-Asyraf ‘pemegang PHD’ atau ilmuan kitab Taurah, memandang bahawa musyrikin Quraisy lebih benar daripada umat Islam, maka pada hari ini ada ilmuan Islam yang memandang DAP lebih benar dari PAS.

Jika Ka’ab bin al-Asyraf ‘pemegang PHD’ atau ilmuan kitab Taurah, memandang bahawa Abu Sufyan (semasa masih musyrik) lebih benar dari Nabi Muhammad (s.a.w), maka hari ini ada ilmuan Islam yang memandang Lim Kit Siang, atau Lim Guan Eng lebih benar dari Tuan Guru Hj. Abdul Hadi bin Awang dan Dato Haji Ahmad Yaakub.

Jika Ka’ab bin al-Asyraf ‘pemegang PHD’ atau ilmuan kitab Taurah, memandang bahawa dasar pemikiran yang dianuti oleh musyrikin Quraisy lebih benar daripada aqidah yang dianuti oleh umat Islam; kerana musyrikin Quraisy dilihat banyak melakukan kerja-kerja kebajikan seperti memberi makan kepada para penziarah Ka’bah, memberi minum, menguruskan tetamu, menghubungkan silaturrahim dan sebagainya, maka pada hari ini ada ilmuan Islam yang memandang bahawa mereka yang berpegang dengan fahaman liberalisma yang melampau dan mereka yang mempertahankan fahaman LGBT lebih baik dari perjuangan memperkasakan undang-undang syari’ah dan perlaksanaan Hudud di dalam negara kita ini.

Mereka inilah, ‘pewaris’ Ka’ab bin al-Asyraf yang menganut fahaman politik kedengkian dan mengkhianati prinsip untuk mencapai tujuan.

Wallahu a’lam…

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment