Fikrah Haraki Sirah Nabi

‘Jus Haraki’ Dari Peperangan Hunain…..

Iklan

1. Peraturan dalam perjuangan Islam amat jelas. Kita sepatutnya sedar bahawa kemenangan yang diperolehi boleh menjadi sebab Tuhan memurkai; sebab kita tidak menghubungkan suatu hasil usaha dengan keizinannya.

2. Dalam gelombang undur; yang melarikan diri itu tidak semuanya. Kebanyakkannya itu hanya ribut sebab tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di garisan depan sekali. Sebab itu, setelah Abbas memanggil orang-orang Ansar dan penyerta-penyerta Hudaibiyah semuanya maju kembali ke depan, ibarat banjir yang hebat sekali dan sebentar kemudian musuh pun pecah perangnya lalu diikat dan ditawan sepenuhnya…

3. Dalam perang Hunain, kenderaan Nabi Muhammad (s.a.w) adalah baghal. Baghal adalah kenderaan ‘biasa’ dan bukan kenderaan orang-orang mulia dan besar-besar di zaman itu. Mungkin Nabi guna baghal untuk merasa lebih tawadhu’ kerana baru lepas menang perang dan akan berperang lagi…

4. Ada pendapat yang kuat di antara semua ahli sejarah mengenai pukulan yang terjadi pada hari Hunain ini, iaitu kesalahan yang diucapkan oleh orang-orang Islam: “Pada hari ini, kita tidak akan kalah kerana sedikit itu.” Allah hendak meletakkan tanggung jawab kesalahan segolongan mereka kepada keseluruhan angkatan perang; supaya mereka dapat memahami sebagaimana Futuh Mekah itu adalah pemberian Allah yang telah dijanjikan Allah sejak dari tahun 6, demikian kemenangan-kemenangan yang lain pun adalah pemberian Allah juga bukanlah dengan semata-mata usaha atau besarnya jumlah angkatan perang dan sebagainya. Sebab telah biasa di dalam sejarah, angkatan perang yang besar dikalahkan oleh angkatan-angkatan perang yang kecil. Oleh itu jangan terpengaruh dengan jumlah yang besar dan sebagainya; tapi, ingatlah akan dasar-dasar perjuangan dan cita-citanya serta tata-tertib perjuangan.

5. Segala kebaikan orang yang berbuat baik, diserahkan kepada Allah dan kepada orang itu, akan tetapi perintah Nabi harus berjalan dan tidak boleh terhalang sedikit pun jua. Merujuk kisah Ibni Dughunah membunuh Duraid bin Shimmah. Hati dan Iman Ibnu Dughunah tidak terpengaruh oleh keterangan-keterangan Duraid bin Shimmah yang sebenarnya berat dan besar itu. Kepadanya, cita-cita agama tidak boleh diimbangi oleh keadaan-keadaan lainnya.

6. Syarat kemenangan dalam perang:-

6.1. Sabar/ Tabah
6.2. Punya kelengkapan
6.3. Ketaqwaan: patuh dan ikatan hati yang hidup dengan Allah.

7. Sepanjang masa, umat Islam di mana pun berada, janganlah putus hubungan dengan Allah dan setelah memenuhi semua syarat-syarat yang wajar dalam setiap perjuangan; janganlah kesatuan umat Islam yang kecil takut menghadapi musuh yang besar asalkan ada hubungan yang baik dengan Allah…

8. Dalam perjuangan, orang yang berada di barisan hadapan, hendaklah orang yang telah kuat Islamnya, termasuk pengetahuan agamanya; dan janganlah orang yang baru kerana mereka ini mudah tertipu dan terpesona dengan keadaan yang berbagai rupa dan belum mempunyai pendirian yang kukuh dan pengetahuan yang baik.

9. Allah berjanji dengan Nabi (s.a.w) bahawa selepas menguasai Mekah, berduyun-duyun orang akan masuk Islam, tetapi masih menahan hati orang-orang Hawazin dan rakan-rakan mereka. Hal ini sengaja demikian, kerana Allah mahu memperlihatkan pekerjaanNya dan hendak menyempurnakan pertolongannya kepada Rasul dan hendak memberikan sejumlah besar harta rampasan perang kepada umat Islam agar bertambahlah rasa syukur mereka di atas futuh Mekah yang dikurniai Allah itu.

10. Jumlah yang ramai dan kelengkapan yang cukup, belumlah menjamin kemenangan jika tidak dengan izin Allah.

11. Semua kekalahan di pihak Islam, bukan kerana musuh lebih kuat atau sebagainya, hanya kerana kaum muslimin yang kurang pergantungannya kepada Allah.

12. Dalam urusan perjuangan Islam, hendaklah kita mengikuti dengan benar akan Rasulullah (s.a.w). Dalam perjuangan, kita jangan mengikuti atau mengambil teladan dari orang lain. Kita tidak akan menang jika tidak menjadikan Rasulullah (s.a.w) teladan yang utama dan pertama dalam segala urusan perjuangan…

___________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment