Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 2- Kisah Isteri Abu Lahab

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 2- Kisah Isteri Abu Lahab

Rakaman video, Kuliah Maghrib, Ulasan Tafsir, Ayat 4, Surah Al-Lahab, Kisah Isteri Abu Lahab, Versi 2, oleh Ustaz .

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 2- Kisah Isteri Abu Lahab

Qurtubi

Firman Allah:

وامرأته …

…Ummu Jamil. Berkata Ibnul Arabi: Al-Aurak (العوراء), ibu kekejian. Berkata Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah dan as-Sudyi: Adalah dia berjalan dengan berita bohong di antara manusia.

Berkata Aksam bin Saifi kepada anaknya: Berhati-hatilah kamu terhadap pemberitaan bohong. Sesungguhnya ia api yang membakar. Sesungguhnya tukang fitnah itu melakukan kerjanya dalam satu jam, apa yang tidak sapat dilakukan oleh tukang sihir dalam sebulan.

وثبت عن النبي – صلى الله عليه وسلم – : لا يدخل الجنة نمام.

وقال عليه الصلاة والسلام: من شر الناس ذو الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه، وهؤلاء بوجه.

وقال كعب الأحبار: أصاب بني إسرائيل قحط، فخرج بهم موسى – عليه السلام – ثلاث مرات فلم يستسقوا.

Telah menimpa ke atas Bani Israel kemarau panjang, maka Nabi Musa (a.s) keluar dengan mereka tiga kali, tetapi masih tidak dikurniakan hujan.

فقال موسى: “إلهي عبادك”

Tuhan ku, (kami ini) hamba-hamba Mu.

فأوحى الله إليه: “إني لا أستجيب لك ولا لمن معك لأن فيهم رجلا نماما، قد أصر على النميمة”.

Maka Allah mewahyukan kepadanya: Aku tidak memustajabkan, bukan kerana engkau; dan tidak juga kerana mereka yang bersama engkau; tetapi kerana terdapat di kalangan mereka lelaki pembawa fitnah; yang masih meneruskan kerja-kerja fitnahnya.”

فقال موسى: “يا رب من هو حتى نخرجه من بيننا”؟

فقال: “يا موسى أنهاك عن النميمة وأكون نماما”

Maka Allah berfirman: “Wahai Musa, Aku tegah engkau dari namimah; kemudian aku sendiri melakukan?”

قال: فتابوا بأجمعهم، فسقوا.

Berkata Ka’ab bin al-Ahbar: Maka mereka seluruhnya bertaubat dan diberi hujan…

والنميمة من الكبائر، لا خلاف في ذلك؛ حتى قال الفضيل بن عياض: ثلاث تهد العمل الصالح ويفطرن الصائم، وينقضن الوضوء: الغيبة، والنميمة، والكذب.

Namimah adalah dari dosa-dosa besar. Tiada khilaf pada yang demikian itu. Sehingga Fudhail bin Iyadh berkata: 3 perkara yang mensia-siakan amal saleh, meluputkan pahala puasa, menghapuskan pahala berwudhuk; mengumpat, menyebar berita palsu dan berbohong.

وقال عطاء بن السائب: ذكرت للشعبي قول النبي -صلى الله عليه وسلم-: لا يدخل الجنة سافك دم، ولا مشاء بنميمة، ولا تاجر يربي فقلت: يا أبا عمرو، قرن النمام بالقاتل وآكل الربا؟ فقال: وهل تسفك الدماء، وتنتهب الأموال، وتهيج الأمور العظام، إلا من أجل النميمة.

Berkata Ato’ bin as-Saib: Aku sebut pada kaum ku, sabda Nabi (s.a.w): Tidak masuk syurga, mereka yang menumpahkan darah.. pedagang riba…terhubung… rompakan harta… tukang ganggu perkara-perkara yang besar… dari sebab namimah…

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 2- Kisah Isteri Abu Lahab

Berkata Ibnu Zaid dan adh-Dhohhak: Adalah dia membawa duri dan dia menaburkannya di waktu malam di atas laluan Nabi (s.a.w) dan sahabat-sahabatnya; turut berkata begitu, Ibnu Abbas.

Berkata ar-Robi’: Maka adalah Nabi (s.a.w) memijaknya sebagai mana dia memijak sutera.

Berkata Murrah al-Hamdani: Adalah Ummu Jamil setiap hari datang dengan seikat dari tulang ikan, maka dia menaburkannya atas laluan umat Islam, sementara suatu hari dia membawa bungkusan yang memenatkan, dia duduk atas batu untuk berehat. Maka menariknya malaikat dari belakangnya dan membinasakannya.

Berkata Sa’id bin Jubir: Pembawa kekeliruan dan dosa; dalilnya firman Allahu ta’ala:

وهم يحملون أوزارهم على ظهورهم

“Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; “Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!” Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.” (Al-An’am:31)

Dikatakan: Makna pembawa kayu api, di neraka. Frasa;

وامرأته

…adalah ‘al-mubtada’, dan frasa;

حمالة الحطب

…adalah khabarnya. Dan;

في جيدها حبل من مسد

…adalah khabar yang ke dua. Atau adalah;

حمالة الحطب

…sifat, bagi isterinya.

Berkata Asim, (frasa);

حمالة الحطب

…(datang dengan) menegaskan kecelaan, seolah-olah dia masyhur dengan yang demikian itu, maka ia datang dengan sifat untuk dicela bukan untuk diistimewakan, sebagai mana firman Nya

ملعونين أينما ثقفوا…

لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لَا يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا * مَلْعُونِينَ ۖ أَيْنَمَا ثُقِفُوا أُخِذُوا وَقُتِّلُوا تَقْتِيلًا

Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja, serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan. [Surat Al-Ahzab 60 – 61]

وقرأ أبو قلابة ( حاملة الحطب )

Ke ayat 5:

Tafsir Ayat 5 Surah Al-Lahab Siri 1

_____________________________________________

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment