Soal & Jawab

Soalan tentang ujian dan kifarah…

Soalan tentang ujian dan kifarah
Iklan

Soalan tentang ujian dan kifarah

Soalan:-

1. Ujian dan kifarat bagaimana nak membezakannya…

2. Apa hukum rasa bosan dgn ujian..

3. Apa hukum kita menduga ini ujian.. yg ini kifarah….

 

Jawapan:-

 

Ujian, musibah, bala dan perkataan yang seumpamanya adalah subjek yang sama. Bila kita bersabar dengan ujian yang Allah datangkan, maka ujian itu menjadi kafarah kepada kita. Ujian, kadang-kadang Allah datangkan kerana dosa dan ada juga kerana nak menguji iman kita. Sebagai orang yang beriman kita diperintahkan bersabar dan sama sekali mesti menghalang rasa bosan dari menghuni hati kita. Kita boleh memuhasabah diri untuk meletakkan diri kita di mana, namun tidak akan dapat kepastian. Sebagai manusia biasa, tentu sahaja ada terlanjur melakukan dosa. Samada ujian yang datang itu kerana dosa atau iman, apa yang penting adalah ujian yang datang itu dapat lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Wallahu a’lam…

 

Untuk jawapan atau bacaan tambahan, sila klik link di bawah;

Di Antara Sebab Kenapa Allah Mendatangkan Musibah (Siri 1/2)

 

 

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment