Fikrah Haraki Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 70 Surah Al-Kahfi Kisah Nabi Musa dan Khadhir

Tafsir Ayat 70 Surah Al-Kahfi Kisah Nabi Musa dan Khadhir
Iklan

Tafsir Ayat 70 Surah Al-Kahfi Kisah Nabi Musa dan Khadhir

Firman Allah Subhanahu wa Taala;

قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِى فَلَا تَسۡـَٔلۡنِى عَن شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرً۬ا

Maksudnya: Menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

Huraian ayat;

Kemudian Khadhir, berkata kepada Musa: Jangan dimulai dengan soalan dari engkau dan penyangkalan sehingga aku menerangkan kepada engkau perkaranya pada waktu yang patut. Maka Khadhir menegah musa menyoal dan berjanji akan menjelaskan kebenaran perkara.

Di sini al-Quran menceritakan bahawa Khadhir mempertegaskan apa yang telah disebutkan sebelumnya oleh Musa. Menjelaskan syarat-syarat, apabila mahu bersahabat dengannya. Jika Musa melihat dari Khadhir perbuatan-perbuatan yang menimbulkan tanda tanya kerana zahirnya kontra dengan kebenaran, maka janganlah Musa keberatan ke atasnya dan janganlah Musa mendebatinya padanya, bahkan biarkan dia sehingga dia menerangkan pada waktu yang sesuai. Hingga dia yang menafsirkan kepada Musa.

Mereka berkata: Ini adalah dari Khadhir, mendisplinkan dan memberi panduan apa yang diperlukan untuk mengekalkan kebersamaan. Maka, jika Musa bersabar dan berdisiplin, nescaya dia akan melihat keajaiban. Kemudian as-Surah menceritakan, selepas tiga peristiwa yang dilakukan oleh Khadhir, tetapi Musa tidak bersabar. Bahkan dia membantah dan mendebatkan.

Tafsir Ayat 70 Surah Al-Kahfi Kisah Nabi Musa dan Khadhir

Di dalam kitab tafsir, ada disebutkan bahawa bersabda Rasulullah: Allah mengutuskan seekor burung, maka menjadikan ia minum darinya dengan paruhnya.

Berkata Khidhir kepada Musa: “Berapakah banyakkah kamu lihat burung ini mengurangkan dari air ini.”

Berkata Musa: Tidak sedikitpun, tidak berkurang!

Berkata Khadhir kepada Musa: “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu aku dan kamu pada ilmu Allah sekadar apa yang telah diminum burung ini dari air.”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Firman Allah;

لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ‌ۗ مَا كَانَ حَدِيثً۬ا يُفۡتَرَىٰ وَلَـٰڪِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Kulih di atas telah disampaikan di surau Hidayah Saujana Utama. Jadual sebulans sekali pada hari Sabtu yang ke tiga setiap bulan jika ustaz tiada berkeuzuran.

________________________________________________________________________

Bank Islam: 12168020073576

Maybank: 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment