Tafsir Al-Quran

Tafsir Sebahagian Dari Ayat 1 Surah Al-Kafirun

Iklan

Tafsir Ayat 1 Surah Al-Kafirun

AYAT 1

Al-Qurtubi

قل يا أيها الكافرون

Menyebut Ibnu Ishak dan selainnya dari Ibnu Abas: Bahawa sebab penurunannya adalah berhubung dengan al-Walid bin al-Mughirah, al-`As bin Wail, al-Aswad in Abdul Mutalib dan Umayyah bn Khalaf; berjumpa dengan Rasulullah (s.a.w). Mereka berkata: Wahai Muhammad, marilah, kami sembah apa yang kamu sembah, dan kamu sembah apa yang kami sembah, dan kita berkongsi di dalam semua urusan. Maka Allah menurunkan:

قل يا أيها الكافرون

Berkata Abu Saleh dari Ibnu Abbas: Bahawa mereka berkata kepada Rasulullah (s.a.w): Jika kamu menerima sebahagian tuhan-tuhan ini, nescaya kami akan membenarkan engkau; Maka turun Jibril ke atas Nabi (s.a.w) dengan surah ini. Maka berputus asa mereka darinya. Kemudian, mereka menyakiti Nabi dan para sahabat.

Al-Wasit

Maksudnya: Katakanlah wahai Rasul yang mulia, kepada kaum musyrikin yang datang kepada mu, berunding agar engkau menyembah tuhan mereka suatu masa, dan mereka menyembah tuhan engkau suatu masa yang lain… Katakan kepada mereka atas jalan yang teguh dan tegas;

لا أعبد

…aku tidak akan menyembah apa yang mereka sembah dari tuhan-tuhan yang palsu, dan tidak kamu menjadi penyembah Tuhan yang sebenar, yang aku menyembahnya kerana kejahilan, keraguan dan dedikasi kamu atas apa yang kamu ambil atas bapa-bapa kamu dari kesesatan. Dan pembukaan surah yang mulia dengan perbuatan menyuruh: “Katakanlah”; untuk meminta perhatian bagi apa yang akan datang selepasnya dari perkataan  dimaksudkan darinya, untuk disampaikan kepada mereka dan pesanan untuk mereka kerjakan. Dan di seru dengan sifat atau panggilan kafirin kerana itulah mereka. Pada seruan ini terdapat penghinaan dan merendahkan mereka.

————————————————————————————–

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment