Uncategorized

Ayat 3 Surah Al-Baqarah Versi 2

Iklan

Firman Allah:

الذين يؤمنون

Dalil bahawasanya amalan-amalan itu, bahagian dari iman.

ما أخبرنا أحمد بن عبد الله الصالحي أنا أبو القاسم إبراهيم بن محمد بن علي بن الشاه ثنا أبو أحمد بن محمد بن قريش بن سليمان ثنا بشر بن موسى ثنا خلف بن الوليد عن جرير الرازي عن سهل بن أبي صالح عن عبد الله بن دينار عن أبي صالح عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ّ(الإيمان بضع وسبعون شعبة أفضلها قول لا إله إلا الله وأدناها إماطة الأذى عن الطريق والحياء شعبة من الإيمان).

Dikatakan: perkataan ‘الإيمان’ diambil dari perkataan ‘الأمان’ yang membawa maksud keselamatan, keamanan dan kedamaian. Maka dipanggil orang-orang beriman itu, mukmin (مؤمن) kerana aman atau selamat dirinya dari azab Allah. Dan Allah ta’ala itu ‘mukmin’ kerana Dia menyelamatkan atau mengamankan hambanya dari azabnya.
Allah berfirman:

بالغيب

Perkataan ‘الغيب’ merujuk kepada apa yang tidak muncul pada pandangan mata. Berkata Ibnu Abbas : Kata al-ghaib disini adalah setiap apa yang diperintahkan kita beriman dengannya pada apa yang tidak tersembunyi dari penglihatan engkaulah umpama malaikat, hari kebangkitan, syurga, neraka, sirat dan mizan.

Dikatakan al-ghaib disini: Allah ta’ala. Dikatakan: Al-Quran. Berkata al-Hassan: “Akhirat”. Berkata Zar bin Hubaisy dan ibnu Juraih: “Al-Wahyu”. Berkata ibnu Kaisan: “Al-Qadr”.

Allah ta’ala berfirman:

ويقيمون الصلاة

 

Maksudnya, mengekalkannya dan memelihara ke atasnya di dalam waktu-waktunya dengan hukum-hukumnya, rukun-rukunnya dan formatnya.

Dan yang dikehendaki dengannya solat lima waktu. Solat pada lughah: Doa. Pada syari’ah: Nama bagi perbuatan-perbuatan yang dikhususkan dari qiyam, ruku’, sujud, duduk, doa dan puji-pujian.
Dikatakan tentang firman Allah ta’ala:

إن الله وملائكته يصلون على النب

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi” (Al-Ahzab:56)

 

Sesungguhnya ‘الصلاة’ dari Allah pada ayat adalah ‘الرحمة’. Dari malaikat adalah ‘الإستغفار’. Dari orang-orang yang beriman adalah ‘الدعاء’.

Allah ta’ala berfirman :

ومما رزقناهم

“dari apa yang Kami rezqikan kepada mereka”

ينفقون

Mereka menyumbang…

Qatadah berkata: Mereka menyumbang pada jalan Allah dan mengikutinya.

 

__________________________

Salurkan sumbangan anda untuk bersama membantu Warga OKU dalam perkongsian Ilmu dan Dakwah:-

Nama : HISHAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ
Akaun No: 164799034703
Bank: Maybank
Tel : 017-3498466

 

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment