Uncategorized

Surah Al-Humazah Ayat 1

Iklan

Tafsir Surah Al-Humazah

Muqaddimah dan pengantar

 

Surah Al-Humazah dari surah Makkiyah, turunnya selepas surag Qiyamah dan sebelum surah Mursalar. Bilangan ayatnya 9.

Di antara tujuannya yang utama: ancaman yang bersangatan bagi mereka yang mengaibkan orang lain, mengejek dan menjejaskan nama baik kerana kesombongan di atas banyaknya harta mereka dan kerana mereka menentang kebenaran.

Sesungguhnya, mereka (ahli tafsir – penterjemah) menyebut bahawa surah yang mulia ini, turun turun berkenaan satu kumpulan dari orang-orang musyrikin yang kaya, di antaranya; al-Walid ibnul Mughirah, Umayyah bin Khalaf, Ubay bin Khalaf… Mereka menyakiti Nabi (s.a.w) dan dan sahabat-sahabatnya. Mereka menyebarkan gosip-gosip jahat terhadap Nabi dan para sahabat.

Perkataan ‘wail’ (الويل): Lafaz yang menunjukkan kepada kecaman dan menuntut azab dan kecelakaan terhadap si pelaku. Dikatakan nama bagi ‘wadi’ di neraka Jahannam.

Perkataan ‘al-lumazah’ dari ‘al-lamaz’; dengan makna ejekan dengan cara istarat tangan atau mata atau selain keduanya.

Berkata al-Jamal: ‘al-humazah dan ‘al-lumazah’: adalah mereka yang menjalankan gosip.

Dikatakan: ‘al-humazah’ adalah yang mencela engkau di belakang dan ‘al-lumazah’ adalah yang mencela engkau, berdepan.

 

Hasil dari perkataan-perkataan ini merujuk kepada asas yang satu, iaitumencemarkan dan dan menzahirkan keaiban. Termasuk di dalam yang demikian itu sesiapa yang menceritakan tentang orang lain pada perkataan-perkataan mereka, perbuatan-perbuatan mereka dan suara mereka untuk mentertawakan.

 

Perkataan ‘wail’, membawa makna azab yang bersangatan, penghinaan yang besar bagi setiap yang mencemarkan kehormatan orang lain, menghina pekerjaan dan sifat mereka dan menisbahkan terhadap mereka apa yang memalukan.

Pengajaran dengan firmanNya:

‘همزة لمزة’

…adalah menunjukkan bahawa sifat-sifat keji itu adalah kebiasaan yang tak terpisahkan dari diri mereka.

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment