Uncategorized

Tafsir Surah Baqarah Ayat 1 hingga 5

Iklan

Memulakan surah yang mulia dengan menyebut sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa; dan memulakan surah dengan huruf yang terpotong-potong…

الم

Apa yang dimaksudkan dengan huruf-huruf hija’iyah ini untuk menarik pemerhatian orang-orang yang berpaling dari Quran ini. Apabila ia mengetuk pendengaran mereka untuk kali pertama dan sekilas lafaz-lafaz selain yang biasa dikenali dalam pertuturan mereka, maka mereka memberi perhatian kepada apa yang dilontarkan kepada mereka dari ayat-ayat yang jelas, dan pada huruf-huruf ini dan yang sepertinya menarik perhatian kepada kemukjizatan al-quran. Sesungguhnya kitab ini tersusun dari sumber yang tersusun dari pertuturan mereka. Maka apabila mereka lemah dari mendatangkan apa yang sepertinya. Maka yang demikian itu lebih besar dalil ke atas mukjizat al-quran.

Berkata al-‘Allamah Ibnu Katsir rahimahullah: Adapun disebut huruf-huruf ini di awal-awal surah menjelaskan kemukjizatan al-Quran. Bahawasanya makhluk lemah dari mendatangkan sesuatu sepertinya. Bersama bahawasanya gabungan dari huruf yang terpotong-potong inilah yang mereka bertutur dengannya. Ia adalah perkataan seluruh dari para muhaqiqin. Dan mengulang-ulangnya akan az-Zamkhusyairi di dalam tafsirnya al-Kasyaf, dan kepadanya jualah menuju Imam Ibnu Taimiyah, kemudian dia berkata: Dan untuk tujuan inilah semua surah-surah yang dimulai dengan huruf-huruf, maka tidak boleh tidak bahawa menyebut padanya kejayaan bagi al-Quran dan menyatakan kemukjizatan dan kebesarannya, seperti;

الم ذلك الكتاب
المص كتاب انزل اليك
الم تلك آيات الكتاب الحكيم
حم والكتاب المبين

…dan selain itu dari ayat-ayat yang menunjukkan kemukjizatan al-Quran.

Kemudian Allah taala berfirman;

ذلك الكتاب لا ريب فيه…

Maksudnya, inilah dia al-Quran yang diturunkan kepada engkau wahai Muhammad adalah kirab yang tidak setaraf dengannya mana-mana kitab…

لا ريب فيه…

Maksudnya, tiada keraguan pada bahawasanya ia dari sisi Allah bagi yang memikirkan dan yang mentadabburkannya.

هدي للمتقين

Menjadi petunjuk bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa; iaitulah orang-orang yang memelihara diri dari kemurkaan Allah dengan menjunjung titah perintahNya dan menjauhkan diri dari larangannya, dan menolak azabnya dengan mentaatinya.

Berkata Ibnu Katsir: Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang menghindari diri daripada syirik. Dan mereka melakukan perkejaan atau amalan yang denganya mereka dapat mentaati Allah.

Berkata Hassan Basri: Mereka menghindari apa yang diharamkan ke atas mereka serta menunaikan apa yang difardhukan ke atas mereka.

Kemudian Allah taala menerangkan sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa itu maka dia bersabda;

الذين يؤمنون بالغيب…

Maksudnya, mereka membenarkan apa yang tiada dalam penglihatan mereka dan tidak dapat menyentuhnya oleh anggota tubuh mereka dari hari kebangkitan, syurga, neraka, as-sirat, al-hisab dan selain dari itu dari setiap apa yang mengkhabarkan tentangnya oleh al-Quran atau Nabi alais solatu waa salam.

و يقيمون الصلاة…

Maksudnya, menunaikannya atas wajah yang sempurna dengan syarat-syaratnya dan rukun-rukunnya. Khusyu’nya dan adab-adabnya.

Berkata Ibnu Abbas: Membangunkannya; penyempurnaan ruku’, sujud, bacaan dan kekhusyu’an.

ومما رزقناهم ينفقون…

Maksudnya, Dan dari apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda, mereka menafqahkannya dan mensadaqahkannya dalam aspek-aspek yang baik. Dan ayat, umum, meliputi zakat, dan sadaqah dan lain-lain nafaqat. Dan ini, pilihan Ibnu Jarir.

Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa yang dikehendakki dengannya adalah zakat harta.

Berkata Ibnu Katsir; kebanyakkan apa yang Allah gabungkan di antara solat dan menafqahkan harta, kerana solat adalah haj Allah dan ianya meliputi ke atas tauhid, pengmuliaan dan puji-pujian terhadapnya. Dan infaq adalah kebajikan kepada seluruh makhluk dan ia adalah hak para hamba.

والذين يؤمنون بما أنزل إليك

Maksudnya, membenarkan dengan setiap apa yang didatangkan dengannya dari Allah taala.

وما أنزل من قبلك

Maksudnya, dengan apa yang telah didatangkan dengannya rasul-rasul dari sebelum Nabi Muhammad, tidak membezakan di antara kitab-kitab Allah dan antara rasul-rasulNya.

وبالآخرة هم يوقنون

Maksudnya, mereka percaya dengan kepercayaan yang mutlak. Tidak diselubungi keraguan terhadap hari akhirat dengan apa yang ada padanya daripada hari kebangkitan, syurga, neraka, hisab, mizan; semuanya dipanggil akhirat kerana ia nya selepas dunia.

أولئك علي هدي من ربهم

Maksudnya, mereka yang disifatkan sebelum ini dari sifat-sifat yang mulia, atas cahaya dan keterangan dan pengetahuan dari Allah

وأولئك هم المفلحون

Merekalah orang-orang yang menang dengan darjat yang tinggi di dalam syurga an-Na’im….

 

HISHAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ
0173498466
Maybank – 12168020073576
Bank Islam Malaysia Berhad – 164799034703
Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment