Apakah hukum berzikir ketika bersetubuh, kencing dan berak?

Menurut Imam Nawawi, ulama’ memakruhkannya. Oleh itu, janganlah mengucapkan; “subhanallah”, “la ila ha ilallah”, janganlah mengucapkan “Alhamdulillah” ketika dia bersin, janganlah memberi salam, jangan menjawab bersin orang lain, jangan mengucapkan azan, menjawab azan dan sebagainya.

Begitu juga, janganlah menyebut mana-mana nama Allah, ketika sedang bersetubuh dengan suami atau isteri. Jika kita bersin ketika dalam ketiga-tiga keadaan yang tersebut, maka ucapkanlah “Alhamdulillah,” di dalam hati, tanpa menggerakkan lidah. Semua tegahan di atas tadi, adalah tegahan makruh; dan bukanlah tegahan haram.

Incoming search terms:

  • hukum berzikir ketika bersetubuh
  • berdzikir saat bersetubuh
  • itip memek berak dan kencing
  • zikir bersetubuh
  • berzikir hukumnya
  • berzikir semasa bersetubuh boleh atau tidak
  • mengucapkan asma allah ketika bersetubuh
  • hukum jimak ketika azan
  • hukum mengucap asma allah saat bersetubuh
  • hukum menyebut asma alloh ketika berjima

Hukum Niat & Lafaznya

Segala amal, mahulah dengan niat. Berdasarkan hadis:-

إنما الأعمال بالنيات

Tiada sah mengambil wudhu’ dan tayammum melainkan dengan niat dan begitu juga solat dan zakat dan puasa dan haji dan i’tikaf dan sekelian ibadat, semuanya hendaklah dengan niat. Ada pun seperti perbuatan menghilangkan najis; yang masyhurnya di sisi mazhab kita Shafi’e, tiada berhajat kepada niat; kerana ia termasuk di dalam perkara meninggalkan. Telah ada naqal ulamak akan ijma’ padanya.

Walau bagaimana pun, untuk mendapatkan pahala di dalam meninggalkan perbuatan dosa atau maksiat, hendaklah berniat juga dengan niat bahawa meninggalkan perbuatan-perbuatan itu kerana hendak menjunjung perintah Allah agar berbeza dengan perbuatan adat. (Misalnya, tak minum arak kerana tak ada duit nak beli). Kepentingan niat di dalam beramal itu, sebahagiannya kerana meng`sah’kan ibadat dan mencapai pahala. Manakala, sebahagiannya lagi hanya untuk mencapai pahala sahaja.

Ada pun me`lafaz’kan niat, hukumnya adalah disunatkan, supaya menolong lidah akan hati; kerana bahawasanya tiada syak akan wudhuk yang diniatkan bersama lafaz dengannya lebih afdhal. Telah mengqias perkara ini oleh setengah ulamak atas apa yang terdapat di dalam As-Sohih, daripada hadis Anas bahawasanya mendengar ia akan nabi (sallallahu alaihi wasallam) mengucap talbiah ia dengan haji dan umrah.

 

Incoming search terms:

  • niat ambil wudhu
  • hukum bacaan niat wudhu
  • cara solat qiamullail
  • hkm mnjahrkn niat
  • hukum niat (pemaaf)