Suami Terlanjur

  • Sharebar

(Berikut adalah soalan yang dikemukan oleh seorang wanita kepada saya serta respon saya terhadap soalanya itu secara umum dengan merahsiakan identiitinya; untuk kita berkongsi ilmu atau sekurang-kurangnya pendapat bagi mencari penyelesaian yang diredhai Allah s.w.t.)

Soalan:

“Nak tanya ustaz. Kalau suami dah terlanjur dengan seorang perempuan, apa harus saya buat? Suami memang nak menikahi perempuan tu, tapi perempuan tu kafir dan suami tak mampu.”

Jawaban:

Puan yang dikasihi. Insya Allah, saya akan menjawab soalan puan, berasaskan butiran-butiran yang puan berikan di dalam soalan yang puan kemukakan.

Soalan yang puan kemukakan itu sebenarnya mengandungi empat persoalan ceraian.

  1. Bernikah, berkahwin atau mendirikan rumah tangga kerana telah terlanjur.
  2. Hukum berkahwin dengan perempuan bukan Islam.
  3. Hukum berpoligami di dalam keadaan tidak mampu
  4. Apakah sikap yang perlu puan pegang serta tindakan yang perlu puan ambil di dalam keadaan ini.

Bernikah, berkahwin atau mendirikan rumah tangga kerana telah terlanjur.

Saya tidak melihat bahawa bernikah, berkahwin atau mendirikan rumah tangga kerana telah terlanjur adalah sikap yang benar-benar tepat untuk apa yang dianggap sebagai penyelesaian masalah ini.

Mendirikan rumah tangga, mestilah berdasarkan asas yang suci. Supaya rumah yang dibina itu kekal hingga ke syurga. Bukankah Nabi (s.a.w) di dalam hadisnya ada menggesa supaya memilih pasangan yang memahami agama Islam serta mengamalkannya.

Keterlanjuran, bukanlah asas yang kuat untuk suatu ikatan yang sangat suci dan mulia. Malah, ia suatu asas yang sangat rapuh, sangat tidak selamat dan melencong jauh dari asas perkahwinan yang digariskan oleh Islam.

Agama Islam dengan sangat jelas menunjukkan apa yang sebenarnya kita patut buat apabila berlaku keterlanjuran yang dipanggil `zina’ itu; iaitulah sebat seratus rotan bagi yang belum berkahwin; dan rejam, bagi yang sudah berkahwin. Nastaghfurllahi wal `iyazu billah.

Namun, di dalam keadaan di mana hukum Islam tidak dilaksanakan, apa yang sebenarnya patut dilakukan oleh mereka yang telah terlanjur melakukan dosa adalah bertaubat kepada Allah dengan taubat yang benar-benar suci.

Dalam erti kata lain, si yang bertaubat;

  1. Benar-benar menyesali perbuatan salah yang pernah dilakukan itu, sehingga merasa gelisah dan benci setiap kali teringatkannya.
  2. Menambah ilmu di dada, agar terbit keazaman yang kuat untuk tidak lagi melakukan sebarang perbuatan dosa terhadap Allah; dan bukan sahaja hanya berhenti dari dosa zina itu sahaja.
  3. Melengkapkan taubat dengan memperbanyakkan amalan, agar terbukti di sisi Allah bahawa kita benar-benar telah sesal dan insaf.

Hukum berkahwin dengan perempuan bukan Islam.

Di dalam kes suami puan; yang melibatkan perempuan bukan Islam, mengahwininya bukan sahaja tindakan yang tidak tepat, malah ianya tidak dibenarkan oleh agama pun.

Adalah ijma’ di kalangan ulama’, mengharamkan bagi seorang lelaki mengahwini perempuan musyrik melainkan setelah dia beriman; dan begitulah juga sebaliknya.

Usaha memujuknya masuk Islam juga, pun tidak tepat, jika ianya hanyalah kerana dia telah terlanjur dan bukan kerana dia melihat kebenaran dan keindahan Islam itu sendiri. Saya bimbang, ia lebih mengundang fitnah; dari hikmah.

Hukum berpoligami di dalam keadaan tidak mampu

Malah, di sudut kemampuan suami puan juga menjadikan langkah mengahwini wanita pasangan zinanya, sangat tidak relevan. Syari’at Islam meletakkan bahawa haram hukumnya berpoligami bagi lelaki yang `zhon’ atau yakin bahawa dia tidak akan mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Sekali lagi saya nak menyebutkan bahawa saya bimbang, ia lebih mengundang fitnah; dari hikmah.

Apakah sikap yang perlu puan pegang serta tindakan yang perlu puan ambil di dalam keadaan ini?

Pertama

Minta fasakh, jika tidak benar-benar kelihatan rasa insaf yang mendalam pada diri suami puan dan ternyata bahawa dia tidak bersungguh-sungguh di dalam bertaubat.

Di dalam keadaan sebegini, terus hidup bersama suami puan hanya akan membawa kepada keburukkan.

Walau bagaimana pun, soalan yang puan berikan, sudah menggambarkan sikap keinsafan suami puan. Namun, apa yang puan perlu pastikan bahawa adakah suami puan benar-benar insaf dan bersungguh di dalam keinginannya bertaubat. Dalam ertikata lain, merasa bersangatan takut terhadap kemurkaan Allah (s.w.t).

Apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa apa yang berlaku ini, tidaklah hanya mahu digunakan sebagai alasan untuk berkahwin lain.

Kedua

Memaafkan dan memberikan suami puan peluang, jika sekiranya dia benar-benar merasa insaf dan mahu bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Lebih-lebih lagi, jika perbuatan zina itu; serta juga lain-lain perbuatan dosa dan maksiat, bukanlah menjadi perkara biasa bagi suami puan. Sebagaimana yang puan sendiri sebutkan bahawa suami puan telah `terlanjur’. Saya memahamkan bahawa maksud terlanjur adalah perbuatan `zina’ yang dilakukan itu; atau lain-lain maksiat, bukanlah `amalan kebiasaan’ suami puan.

Bukan sahaja menyesali serta berazam meninggalkan dosa yang telah dilakukan, tetapi juga menghidupkan suasana beragama di dalam diri dan rumah tangga.

Antara perkara yang sangat penting adalah memastikan bahawa suami, puan sendiri dan anak-anak juga sentiasa mengikuti kuliah-kuliah dan ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau atau di mana sahaja kita boleh memperolehinya.

Termasuk di dalam ertikata taubat dari perbuatan zina itu juga adalah menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita terjebak di dalam perbuatan zina itu.

Perbualan telefon, ber`SMS’, ber`chating’, ber`twitter’, bertemu secara berduaan, bertemu tanpa sebab yang benar-benar perlu, yang sememangnya pula ada kecenderongan untuk tujuan memadu kasih dan sebagainya; hendaklah ditinggalkan sama sekali; samada dengan perempuan yang telah suami puan terlanjur dengannya; atau mana-mana perempuan lain yang bukan muhrimnya.

Ketiga

Puan perlu membuat pemeriksaan kesihatan, terutamanya suami, bagi memastikan keselamatan kesinambungan hubungan sebagai suami isteri dan masa depan zuriat yang bakal dilahirkan.

Keempat

Muhasabah diri puan sendiri. Adakah puan juga menjadi punca keterlanjuran suami. Maksudnya; adakah kemungkinan puan sendiri lalai dan gagal di dalam melayani suami. Walaupun itu bukanlah alasan si suami untuk berbuat jahat, tetapi ianya tetap suatu kelemahan yang sepatutnya diperbaikki.

Puan yang bertanya, inilah apa yang dapat saya berikan atas soalan yang puan kemukakan setelah meneroka beberapa prinsip dan ketetapan yang ada di dalam Islam dari pendapat-pendapat para ulama’ yang terpercaya.

Boleh diperbaikki mana yang patut. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah (s.w.t).

Bersama-samalah kita mencari jalan pulang dengan meniti denai-denai Islam, yang telah ditinggalkan jejaknya oleh Rasulullah (s.a.w.)

Kita semua adalah insan yang pernah berdosa terhadap Allah. Apa yang penting adalah keinsafan dan taubat yang suci.

Wallahu a’lam.

Ikhlas dari insan yang dha’if;

Hishamuddin bin Abdul Aziz

Tel: 012-940-5964

Email: tinta_kaseh@yahoo.com

Incoming search terms:

  • hukum suami berzina
  • suami berzina
  • hukum berzina dengan suami orang
  • doa supaya suami bertaubat
  • suami terlanjur
  • suami terlanjur dengan perempuan lain
  • suami berzina bertaubat
  • doa agar suami tidak berzina
  • hukum berzina dengan pelacur
  • suami berzina dengan wanita lain

No related posts.

4 thoughts on “Suami Terlanjur

  1. Salam ustaz.

    Saya dalam dilema teramat sgt…
    Saya dilema dengan dosa besar yang telah saya lakukan…
    Saya telah mengenali seorg lelaki hampir 4 tahun yang lalu..kami telah terlanjur dan selalu melakukan maksiat dan kami pernah tinggal serumah sebelum ni..
    Sekarang saya dan pasangan nak berubah..saya dah bertudung, kami dah mula sembahyang, dah mula baca buku-buku agama, pasangan pn mengajar saja mengaji.. Tapi saya bersama pasangan masih tak boleh berhenti melakukan maksiat.. tapi saya nak bertaubat…Saya takut andai Allah mengambil nyawa saya dalam keadaan begini..
    Ustaz, keluarga kami merestui hubungan kami, Alhamdulillah..itulah doa saya setiap kali sembahyang, agar hubungan direstui..
    Kami merancang untuk berkahwin kerana ingin hidup bersama dan mahukan keberkatan dari Allah serta mahu terus mengelak dari terus melakukan maksiat….tapi satu lg masalah yang kami hadapi…pasangan saya sebelum ni kehilangan pekerjaan hampir setahun, dia baru saja dapat kerja dalam sebulan. Duit simpanan habis dibelanjakan sepanjang tempoh menganggur… Malah saya juga baru kerja dlm tempoh 3 bulan. Kami menghadapi masalah kewangan yang kritikal..Sekarang ni dengan keadaan kewangan yang baru nak terbentuk, kami rancang nak tinggal bersama sebab lebih jimat dari segala segi tapi belum bernikah pula..
    Telah saya maklumkan pada keluarga untuk bernikah dulu…nanti bila dah ada duit dalam hujung tahun depan baru buat kenduri…tapi keluarga tak mahu, katanya malu nanti saudara-mara tanya kenapa tak kenduri, keluarga suruh pasangan saya simpan duit dulu..Saya faham keluarga nak lakukan yang terbaik untuk saya, saya merupakan anak sulung dan cucu pertama dalam keluarga…
    Keluarga tak tahu apa kami dah buat selama ni… keluarga tak tahu kami pernah tinggal serumah…apa yang kami dah buat…saya tak mahu keluarga kesal dan malu..
    Ustaz, saya nk bertaubat, saya tak mahu teruskan kehidupan macam ni..saya nak sgt berhenti, pasangan pun hasrat mcm tu juga…macam-macam masalah berlaku pada kami mungkin disebabkan Allah melaknati kami disebabkan dosa-dosa kami…. kami nk bernikah untuk menghenti maksiat, nak dirahmati Allah, kami takut dgn azab Allah nanti tapi takkan nak tunggu duit cukup juga baru blh nikah…..
    Kami pernah terfikir untuk bernikah dulu tanpa pengetahuan keluarga…nanti dah lama..baru beritahu..tapi serba-salah..kami nak jaga hati keluarga tp agama,keredhaan Allah lebih penting…kami nak nikah, beriman, mendalami ilmu agama yg dah lama tinggalkan..
    Kami dalam dilema…tak tahu apa perlu dilakukan…kalau diikutkan hati, dah lama kami bernikah tp selalu kami terfikir macam mana nak nikah, nak rujuk siapa, tak mengapa ka kawin dulu tanpa beritahu keluarga, nak tunggu duit cukup lambat lagi habis tu mcm mana, keluarga tak kecil hati ke, tapi keadaan macam ni lebih berdosa…
    Ustaz…apa yang perlu kami lakukan sekarang? untuk pengetahuan ustaz, ayah saya pula tinggal di luar negara… ayah pula sehingga kini masih minum arak, macam mana nak jd wali saya…adik lelaki pun sama juga ikut jejak langkah ayah..boleh ke guna wali hakim…
    Saya perlukan bantuan ustaz…

    [Reply]

  2. Salam ustaz.

  3. Assalamualaikum ustaz,
    saya nak tanya kalau kawan saya,seorang lelaki dah terlanjur berzina dengan pelacur dan dier ingin bertaubat, dari segi hukum hudud, ada beberapa yang saya kurang fasih dan masih memerlukan tunjuk ajar ustaz
    1)di mana dia boleh mendapatkan hukuman 100 sebatan itu? adakah dier masih perlu menjalani hukuman tersebut walaupun dia sudah bertaubat nasuha

    2)perlukah dier menerangkan ke atas bakal isterinya atau ahli keluarganya tentang dosa silamnya? pada pendapat saya x perlukan.tapi saya tetap nak tanya pendapat ustad

    3)hukuman sebatan 100 kali tu perlu disaksikan orang ramai supaya menjadi pedoman kepada mereka. tapi memikirkan maruah insan yang ingin kembali bertaubat tu, berapa bilangan saksi yang minimum perlu ada ketika saksi menjalani hukuman tersebut? setahu saya 4 orang kan….

    4) kalau saya sarankan dia pergi ke JAWI or Badan ISLAM yang lain, saya khuatir dier akan didenda dengan hukuman duniawi seperti denda rm3000-rm5000 (seperti yang penah saya baca sebelum ini di dalam akhbar) sedangkan hukuman duniawi seperti itu setahu saya tidak ada dalam hukum hudud. So, macam mana saya nak sarankan kepada dier sedangkan dier pun bukanlah golongan yang berada?

    5)saya tengok dalam youtube, selepas dirotan ustad tu kata penzina tu akan dibuang negeri/wilayah selama setahun? benarkah? dan jika benar, wilayah mana yang dier kene buang?

    6)ketika sebatan dilakukan, perlukah lelaki tersebut menangglkan baju atau boleh berpakaian seperti biasa

    7)dier juga selalu mengatakan kepada saya, alang2 nak kene hukuman nanti, elok dier pergi skali lagi ke rumah pelacuran tu….apa yang saya boleh nasihat kat dier? ada beza x hukuman sebatan tu jika dier pergi kali kedua? means hukuman tu jadi 200 kali sebatan ke?

    Saya harap ustad dapat memberikan bimbingan kepada saya dan rakan saya. Semoga taubat kita sume diterima Allah S.W.T

    [Reply]

  4. Assalamualaikum,
    saya pun terlanjur dengan perempuan yang dah tiga kali bertukar teman lelaki
    niat nak tolong tapi lain pulak jadinya, buat keputusan nak bernikah dengan pasangan keluarga tidak restui, sekarang ni pasangan pula dah berubah hati, apa yang patut saya buat

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>