إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
▪ Muqaddimah Ayat
Selepas Allah (s.w.t) menerangkan hukum qazaf terhadap orang yang terplihara kehormatannya, Allah mengikuti itu dengan cerita jahat orang-orang Munafiq terhadap Aisyah (r.a).
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu;”
Berkata Imam Ibnu Kasir: Ayat-ayat ini turun pada perkara Aisyah – r.a – ketika dilemparkan kepadanya golongan pencerita bohong dari kalangan munafiqin dengan apa yang mereka mengatakannya dari pendustaan semata-mata, dan kebohongan yang Allah – taala – mencela baginya dan bagi Nabi s.a.w. Maka Allah menurunkan pembebasan dan pemeliharaan untuk Aisyah bagi pandangan Rasul s.a.w.
Telah didatangkan dalam as-Sahihain dan selain dari keduanya dari hadis Aisyah bahawa dia berkata: Adalah Rasul s.a.w apabila baginda mahu berjalan jauh maka baginda mecabut undi di antara isteri-isterinya; siapa yang keluar anak panahnya, keluar baginda dengannya bersamanya. Maka baginda mengundi di antara kami pada peperangan yang baginda berperang padanya. Maka keluar anak panahku – dan adalah itu pada peperangan Bani al-Mustaliq di atas yang rajih – , maka aku keluar bersama Nabi s.a.w, dan itu selepas penurunan ayat hijab, dan aku dibawa di dalam haudaj (هودج) dan duduk di dalamnya.
Maka kami bergerak sehingga apabila Rasul s.a.w selesai dari peperangannya itu, dan rombongan sudah hampir dengan Madinah, maka diizinkan berehat. Aku bangun ketika itu, ketika mereka semua berehat, sehingga tentera berlepas. Maka setelah aku selesai dari menunaikan keperluan ku, aku menyentuh dada ku, tiba-tiba rantai ku putus, maka aku kembali mencari rantai ku, maka tertahan aku mencarinya, dan aku mengambil sepanjang malam yang adalah mereka meninggalkan ku, maka mereka membawa haudaj ku, lalu mereka membawanya ke atas unta ku. Mereka menyangka aku di dalamnya, adalah aku perempuan yang ringan, tidak tertimbang daging ku, maka mereka tidak dapat mengesan bahawa haudaj itu amat ringan ketika mengangkatnya, maka mereka membawanya. Adalah aku pada masa itu di dalam usia yang masih muda. Maka mereka membangunkan unta, sedangkan aku mendapati rantai ku selepas bergeraknya tentera. Aku mendatangi tempat turun mereka. Tiada seorang pun padanya. Aku yakin bahawa bila mereka sedar akan kehilangan ku maka mereka akan kembali kepada ku. Ketika aku duduk di tempat ku, mengalahkan aku mata ku, maka aku tidur. Adalah Safwan bin Muattal as-Sulami, sesungguhnya telah tertinggal di belakang tentera, maka menjadilah dia di sisi tempat ku maka dia melihat dalam kegelapan ada orang yang tidur, maka dia mendatangi ku, dia mengenali ku bila ia nampak aku, sesungguhnya dia melihat aku sebelum diperintahkan ke atas kami berhijab maka aku bangun kerana istirja’nya sehingga dia mengenali ku, maka bertutup wajah ku dengan jilbab ku, demi Allah aku tidak bercakap sepatah perkataan pun, dan aku juga tidak mendengar darinya perkataan selain istirja’nya, ketika dia merendahkan tunggangannya, maka dia melangkah ke depannya (tunggangan) maka dia menunggangnya, maka berangkat dan mengemudi tunggangan. Sehingga datang kepada kami tentera, selepas tengahari. maka celakalah sesiapa yang celaka pada perkara aku, adalah yang mengambil peranan besarnya Abdullah bin Ubai bin Salul.
(Sekian hadis)
Perkataan الإفك: membawa makna pembohongan yang paling keji.
Perkataan العصبة: membawa makna sekumpulan orang dari sepuluh ke empat puluh. Setiap seorang darinya mengukuhkan yang lain dan memperpanjangkan.
▪ Orang mukmin juga boleh termakan fitnah…
Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang berkata dari kedustaan yang keji ke atas saidatina Aisyah -r.a- mereka adalah sekumpulan yang dinisbahkan kepada kamu -wahai muslimun – sebahagian mereka telah digelincirkan oleh syaitan. Umpama, Mistah bin Usasah – dan sebahagian mereka menzahirkan Islam sedangkan batin mereka kufur dan nifaq – sebagaimana Abdullah bin Ubai bin Salul – dan pengikutnya.
Pada istilah, perkataan (عصبة): adalah berupa suatu pemberitahuan bahawa mereka adalah suatu golongan yang bagi mereka ada tujuan yang keji; yang berpakat atas menerbitkannya (fitnah). Bahu membahu atas desas-desus perancangan dan niat yang jahat.
لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ
“…janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu…”
Hiburan untuk Nabi (s.a.w) dan sahabatnya yang benar dengan iman mereka, di atas apa yang menimpa mereka dari rasa sesal atau duka akibat cerita keji ini.
▪Fitnah berperanan menapis di antara mukmin yang kuat jiwanya dan yang lemah sehingga mudah terpedaya dengan rencana jahat musuh Islam
Maksudnya: Jangan kamu sangka – wahai orang yang beriman – bahawa fitnah ini buruk bagi kamu, bahkan dia baik bagi kamu. kerana dia mengesan atau menapis dari mereka yang kuat imannya berbanding mereka yang lemah.
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ
“Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu,”
Maksudnya: Bagi setiap seorang dari mereka yang memainkan peranan dalam cerita bohong yang disusun dari desas-desus itu, akibat yang layak dengan sebab peranan yang dimainkan dari dosa pembohongan itu, dan komitmen dari keburukan.
وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“..dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”
Kenyataan kepada keburukan akibat dari sesiapa yang memainkan peranan yang besar di dalam merumorkan cerita bohong ini.
Maksud ayat: Sesiapa yang memainkan peranan besar dalam menggali atau menyelidik terhadap cerita bohong ini, dan memotivasikan ke arah pengrumorannya, baginya azab yang besar yang tidak sanggup mereka menanggungnya dari Allah taala.
▪Abdullah bin Ubay, Ketua Pengarang TMI (The Madinah Insider)…
Dan maksud;
تولى كبره
… adalah Abdullah bin Ubai bin Salul, kepala Munafiq dan pemimpin mereka, maka dialah yang memimpin kempennya, dan memainkan peranan dengan bahagian yang besar untuk berita rumors itu.
Diriwayatkan bahawasanya ketika datang Safwan bin Mu’attal memimpin tunggangannya dan di atasnya ada Aisyah – r.a – berkata Abdullah bin Ubai bagi orang yang ada di sekelilingnya: Siapa ini? Mereka berkata: Aisyah maka dia berkata -Allah melaknatnya-: “Perempuan Nabi kamu bermalam bersama lelaki sehingga pagi kemudian memandunya demi Allah, dia (Aisyah) tidak selamat darinya, dan tidaklah pula dia (Safwan) selamat darinya.”
Berkata Ibnu Jarir:
الذى تولى كبره
… Abdullah bin Ubay bin Salul, dan itu, bahawasanya tiada khilaf di antara ahli ilmu, bahawa dialah yang memulakan menyebut pembohongan itu. Adalah dia menghimpunkan ahlinya dan menceritakan cerita bohong itu kepada mereka.
▪Hukuman sebat untuk pembuat dan penyebar cerita fitnah…
Berkata al-Alusi:
والذى تولى كبره . . .
Sebagaimana di dalam sahih Bukhari dari az-Zuhri dari Urwah dari Aisyah: Dia adalah Abdullah bin Ubai – laknat ke atasnya – dan sesungguhnya berjalan atas itu kebanyakkan ahli hadis. At-Tabarani dan Ibnu Mardawaih dari Ibnu Umar: bahawa selepas turun ayat-ayat ini dalam membebaskan sayidatina Aisyah, Rasul Allah s.a.w memanggil Aba Ubaidah bin al-Jarah. Maka dia mengumpulkan manusia. Kemudian membacakannya ke atas mereka. Kemudian diutuskan kepada Abdullah bin Ubai. Maka datang kepadanya, maka dia memukulnya sebagai hukuman. Kemudian diutus kepada Hassan bin Thabit, Mistah dan Hamnah binti Jahsyin, maka mereka dipukul dengan pukulan sebagai hukuman dan mendidik.
Dan dikatakan, sesungguhnya Ibnu Ubay tidak dihukum, sebab dia tidak mengaku, tidak dapat dibangunkan bukti ke atasnya kerana menangguhkan pembalasannya ke hari qiyamat.
[AWLT]
_________________________________________
Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576
Maybank – 164799034703