Tafsir Surah Abasa

Utbah diterkam serigala [Abasa:17]

Abasa17-17: Utbah diterkam serigala

AYAT 17

قُتِلَ الْإِنسَانُ مَا أَكْفَرَهُ

Maksudnya: “Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?”

As-Sa’adi:-

Dia, manusia yang engkar dengan Allah itu, binasa kerana kekufurannya terhadap nikmat Allah. Lebih bersangatanlah sikap ingkarnya itu, apabila dia tetap menolak terhadap kebenaran selepas dia mendapat penjelasan. Dia tetap dia juga…

Al-Wasit:-

Berkata Imam ar-Razi: Ketahuilah bahawasanya selepas Allah Ta’ala memulakan menyebut kisah yang terkandung di dalamnya perbuatan meninggikan mereka yang mulia dari kalangan Quraisy atas kaum Muslim yang faqir. Merasa hairanlah hamba-hambanya yang beriman dari yang demikian itu, seolah-olah dikatakan: apa sebab merasa hairan pada sikap peninggian itu? Bersama bahawa awalnya air mani yang keji, dan akhirnya bangkai yang hancur, dan pada apa yang di antara dua waktu itu, pembawa (حمال) yang lemah.

Maka janganlah hairan. Allah menyebut apa yang elok sebagai jawapan kepada kehairanan mereka; dan apa yang elok sebagai jawapan bagi kekufuran mereka. Sesungguhnya penciptaan manusia menunjukkan kepada wujudnya pencipta; di atas firmanNya tentang kebangkitan, perhimpunan dan kehidupan semula selepas mati.

Dan yang dikehendaki dengan insan di sini: insan kafir yang menolak nikmat Tuhannya.

Makna ‘قتل’; dilaknat, dibuang dari rahmat Allah. Benar bahawa adalah yang dikehendaki dengannya ‘klasifikasi’ dan masuk ke dalamnya, insan yang kafir.

Maksudnya: dilaknat, dibuang dari rahmat Allah insan yang bersangatan kufurnya dan menentang terhadap nikmat Allah.

Dan doa ke atasnya dengan laknat dari Allah ta’ala, maksud dengannya: ancaman dan penghinaan terhadap insan yang melawan ini. Sebagai maklum, Allah subhanahu wa ta’ala tempat manusia menghadapkan hajatnya dengan doa; dan bukanlah dia subhanahu wa ta’ala yang berdoa atas selainnya. Sebagaimana yang telah di maklumi juga; doa dari segi adatnya, datang dari pihak yang lemah dan Allah itu suci dari kelemahan.

Berkata Sahibul Kasyaf:

قتل الإنسان ما أكفرة

Adalah doa ke atasnya. Dan ianya adalah yang paling kejam doa mereka, kerana ‘القتل’ itu, kekurangan dunia yang bersangatan dan kekejamannya.

Frasa ‘ما أكفره’ itu, menunjukkan kehairanan dari sikap berlebihannya di dalam mengkufuri nikmat Allah, dan tidak nampak cara yang lebih keras darinya, dan tiada yang lebih kasar, dan tiada yang lebih menunjukkan rasa geram.

Qurtubi:-

Perkataan قتل membawa makna لعن yang bermaksud dilaknat. Dikatakan: عذب yang bermakna diazab.

Perkataan الإنسان di sini, merujuk kepada الكافر.

Adh-Dhahak meriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata: Turun pada Utbah bin Abi Lahab; adalah dia beriman, maka ketika turun surah ‘والنجم’, dia murtad. Dia berkata: “Aku beriman dengan al-Quran seluruhnya, kecuali (surah) an-Najm”, maka Allah menurunkan ‘pujian’nya padanya;

قتل الإنسان

Maksudnya, telah dilaknat Utbah, di mana dia telah kufur dengan al-Quran. Rasulullah berdoa ke atasnya, maka baginda bersabda;

اللهم سلط عليهم كلبك أسد الغاضرة

“Ya Allah, tumpahkan ke atasnya anjing Mu, singa al-Ghadhirah.”

Maka dia keluar dari tempatnya untuk berniaga ke Syam. Setelah selesai ke al-Ghadhirah, dia mengingati doa Nabi. Maka dia menjadikan bagi sesiapa yang mengawal bersamanya seribu dinar agar dia terus hidup sehingga esok paginya. Mereka menjadikan dia tengah-tengah kafilah dan menyediakan peralatan disekelilingnya. Ketika mereka dalam keadaan yang demikian itu, tiba-tiba mereka di datangi seekor singa, ketika dalam perjalanan dan ia menerkam. Maka apabila singa berada di atas Utbah, maka dia merobeknya. Bapa Utbah membunuh singa itu dan menangisi kematian Utbah. Dia berkata: “Tiada sekali-kali Muhammad berkata sesuatu melainkan ia berlaku.”

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment