Sirah Nabi Tafsir Al-Quran

Nabi Musa a.s. meninju lelaki Qibti… (Al-Qasas-15)

Nabi Musa a.s. Membunuh (Al-Qasas-15)

Firman Allah:-

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ ۖ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ قَالَ هَٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ

[Al-Qasas 15]

“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: “Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) “.

Al-Wasit:-

Kemudian Allah menceritakan sebahagian peristiwa-peristiwa yang memaparkan baginya Musa a.s pada masa itu dari umurnya. Allah berfirman:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِها

Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya. Dan pengertian yang dikehendakki dengan perkataan المدينة: adalah Mesir.

Dan frasa;

عَلى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِها

Keadaan dari perbuatan. Maksudnya: Dia memasukinya dalam keadaan bersembunyi. Dikatakan sebab dia memasukkinya dalam keadaan ini, bahawa dia telah berterus terang terhadap fir’aun dan pengikutnya dengan apa yang tidak disukai oleh mereka. Maka dia takut kepada mereka dan mereka takut kepadanya. Dia menghilangkan diri. Dia memasukinya dalam keadaan menyamar.

Pada satu hari dari beberapa hari. Selepas sampai Musa a.s. usia dewasa, dia memasuki bandar yang menetap di dalamnya firaun dan kaumnya. Dia memasuki di dalam keadaan bersembunyi pada waktu penduduk bandar itu leka. Ada pun dia berjalan di dalam bandar mereka dari beberapa ketika dengan sebab mereka selesa di rumah mereka masing-masing pada waktu tengahari yang biasanya mereka tidur atau apa yang seperti itu.

Nabi Musa a.s. mendapati di bandar itu; رجلين يقتتلانى; dua lelaki yang berkelahi dan bertempur dari sesuatu perkara.

هذا من شيعته

Maksudnya: Salah seorang dari dua lelaki itu adalah dari puaknya atau qabilahnya. Maknanya: Dari Bani Israel.

وهذا من عدوه

Maksudnya: Lelaki ke dua adalah dari musuhnya dan mereka itu adalah puak Qibti yang menindas Bani Israel dengan sejahat-jahat penindasan.

فَاسْتَغاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ

Maksudnya: Lelaki Bani Israel menuntut dari Musa a.s. agar menolongnya ke atas lelaki Qibti. Kata الإستغاثة membawa makna: menuntut dilepaskan dan pertolongan.

فَوَكَزَهُ مُوسى فَقَضى عَلَيْهِ

Kata الوكز membawa makna: memukul dengan keseluruhan (tapak) tangan. Berkata Qurtubi: الوكز, اللكز dan اللهز dengan makna yang sama; dan ia adalah memukul dengan seluruh tapak tangan. Maka Nabi Musa a.s. memenuhi permohonan orang yang meminta tolong kepadanya. Maka dia menumbuk si lelaki Qibti. Dia memukulnya dengan tangannya yang menghimpunkan seluruh jari-jarinya di dadanya.

فَقَضى عَلَيْهِ

Maksudnya: Maka dia membunuhnya, sedangkan dia tidak mahu membunuhnya. Apa yang dia mahu adalah menolak dan mencegahnya dari menzalimi lelaki Bani Israel. Pengajaran dari firmanNya ta’ala:

فَوَكَزَهُ مُوسى فَقَضى عَلَيْهِ

Mengisyaratkan kepada bahawasanya adalah Nabi Musa a.s. di pihak yang hebat dari segi kekuatan tubuh badan, sebagaimana dia mengisyaratkan juga kepada bahawasanya Nabi Musa a.s. itu memiliki maruah yang tinggi. Terisi di dalam dirinya sikap mahu menolong orang yang dizalimi tanpa ragu-ragu atau teragak-agak. Namun Nabi Musa a.s., selepas dia melihat si Qibti menjadi mayat yang tidak bernyawa, dia terkedu dan menyesal. Dia berkata:

هذا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطانِ

Pembunuhan ini berpunca dari syaitan kepada ku bahawa dia menggoda kemarahan ku hingga memukul lelaki ini maka dia binasa dari pukulan ku.

Ibnu Asyur:-

Kata-kata yang diucapkan di dalam hati. Hikayat itu, menunjukkan bahawa Nabi Musa a.s. tidak terlintas di hatinya pada masa itu melainkan melihat akibat ke atas agama. Ini pengisyaratan kepada pukulan kuat yang jadi penyebab kepada mautnya lelaki Qibti itu. Maknanya: Bahawa syaitan menyalakan kemarahannya hingga menyampaikannya kepada tumbukan yang bersangatan kuat. Ketika Nabi Musa a.s. berkata demikian kerana membunuh jiwa keji pada syari’at kemanusiaan. Maka sesungguhnya, penjagaan nyawa terpelihara dari asas agama keseluruhannya.

———————–

At-Tobari:-

Adalah Musa a.s. ketika dia telah dewasa, dia menunggang tunggangan fir’aun. Dia memakai pakaian dari jenis yang dipakai oleh fir’aun. Dia dipanggil Musa bin Fir’aun. Kemudian, sesungguhnya fir’aun menunggang tunggangan; dan tiada di sisinya Musa. Ketika datang Musa, dikatakan kepadanya: Sesungguhnya fir’aun telah pergi, maka dia menunggang mengikut bekas-bekasnya. Waktu mendekati tenghari ketika dia sampai ke Manaf (منف). Telah tutup pasar-pasarnya. Tiada di jalan-jalannya, seorang pun. Itulah yang Allah firmankan:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا

Berkata yang lain: Bahkan dia memasukinya dalam keadaan bersembunyi dari fir’aun dan kaumnya kerana berselisih dengan mereka pada agama mereka.

حدثنا يونس, قال: أخبرنا ابن وهب, قال: قال ابن زيد؛

Pada firman Allah:

( عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا )

Berkata (Ibnu Zaid): Bukanlah غقلة itu dari persoalan masa, tetapi غفلة dari mengingati Musa a.s. dan perkaranya. Berkata fir’aun kepada isterinya: “Aku keluarkannya dari ku”, ketika dia memukul kepalanya dengan tongkat. Berkata isterinya: “Dia masih kecil. Begitulah dia. Bawakan bara api. Maka didatangkan bara api. Maka dia mengambil bara api dan memasukkan ke dalam mulutnya. Jadilah lidahnya tersimpul. Oleh kerana lidahnya yang tersimpul itulah, dia berdoa kepada Allah;

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي

Berkata firaun: “Aku keluarkan dia dari ku”, maka dia mengeluarkan. Maka dia tidak masuk kepada mereka sehingga dia dewasa. Dia masuk kepada mereka, ketika mereka lalai dari mengingatinya.

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment