Sirah Nabi Tafsir Al-Quran

Perang Hunain [ A-Taubah: 25: (T02) ]

قَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ (25)

Maksudnya: ” Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”

Huraian

Dan adalah kejadian Hunain selepas pembukaan Mekah pada Syawal tahun 8 dari hijrah: Dan itu bahawa ketika selesai Nabi (s.a.w) dari pembukaan Mekah, segala urusan berjalan lancar, memeluk Islam sebahagian besar penduduknya, sampai kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa puak Hawazin berhimpun untuk memeranginya, bersama mereka Bani Saqif dengan sempurnanya dan Bani Saad bin Bakar.

Maka Rasulullah (s.a.w) keluar kepada mereka dalam tenteranya yang telah datang untuk pembukaan Mekah dan ia sepuluh ribu dari Muhajirin dan Ansar dan qabilah-qabilah Arab, dan bersamanya mereka yang (baru masuk) Islam dari penduduk Mekah dan mereka pada umumnya dua ribu orang.

Maka berjalan Rasulullah (s.a.w) bersama mereka kepada musuh, maka mereka bertemu dengan satu lembah di antara Mekah dan Taif yang dipanggil Hunain, maka adalah padanya pertempuran diawal hari pada hambar subuh. Mereka turun dalam lembah dan puak Hawazin bersembunyi padanya, maka ketika saling berhadapan, pihak muslimin tidak menyedari melainkan mereka sudah mula bertindak, mereka melemparinya dengan anak panah, maka ketika itu berpaling muslimun ke belakang, dan Rasulullah (s.a.w) tetap, dan tetap bersamanya dari sahabat-sahabat yang dekat kira-kira seratus orang.

Kemudian Nabi (s.a.w) memerintahkan bapa saudaranya Abbas – dia mempunyai suara yang kuat – menyeru dengan suaranya yang kuat wahai ashabusy-syajarah – maksudnya pohon bai’atur Ridhwan yang pihak muslimun telah berbaiah di bawahnya bahawa mereka tidak akan lari darinya – maka jadilah dia memanggil mereka… Maka mereka berkata: Labbaik. Labbaik.

Mereka berpusing semula… Maka Rasulullah (s.a.w) memerintahkan mereka membalas serangan, dan Baginda mengambil segenggam tanah kemudian melemparkannya, maka tidaklah berbaki manusia dari mereka melainkan menimpanya darinya pada matanya dan mulutnya apa yang menyukarkannya untuk berperang, kemudian mereka dikalahkan maka tentera muslimin mengekori mereka membunuh mereka dan menangkap mereka, dan tidak undur manusia yang selebihnya melaiankan tawanan.

Ini, kesimpulan bagi perang Hunain yang bergabung padanya bagi pihak muslimin – pertamanya – tentera yang bilangannya dua belas ribu, maka ketika mereka kagum dengan bilangan yang ramai dan kuat ini… jadilah mereka kalah pada awal pertempuran… agar mereka tahu bahawa ramainya mereka tiada berguna sedikitpun, jika tidak ada pertolongan Allah bersama mereka.

Maka firmanNya – ta’ala -:

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَواطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئاً

Sebagai peringatan kepada mukminin dengan sebahagian nikmat Allah ke atas mereka hingga mereka akan tetap mentaati dan mengasihiNya dan hingga tidak tertipu dengan kekuatan mereka sebanyak mana sekali pun.

Dan yang dikehendakki dengan المواطن di sini: adalah tempat-tempat yang terjadi padanya peperangan-peperangan di antara muslimin dan musuh mereka.

Dan firmanNya:

إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ

Dengan menunjukkan kepada hari peperangan Hunain.

وأعجبتكم:

…Dari kekaguman dengan makna kegembiraan dengan apa yang mereka kagum dengannya. dan sebab kekaguman ini adalah bilangan tentera muslimin dua belas ribu dan bilangan tentera musuh, empat ribu.

Dan firmanNya:

فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئاً

Pemakluman bagi kesan buruk yang akan menimpa ke atas mereka yang kagum dengan jumlah yang ramai, dan bahawa kegembiraan mereka dengan jumlah yang ramai ini tidak akan berpanjangan, bahkan akan diikuti dengan duka-cita dan kekalahan.

Dan firmanNya:

تُغْنِ

 

Dari perkataan الغناء dengan makna النفع (manfaat).

Dan firmanNya:

وَضاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِما رَحُبَتْ

 

Keterangan bagi bersangatan takutnya mereka.

Dan makna: Ingatlah – wahai mukminin – nikmat Allah ke atas kamu, dan peliharanya atasnya dengan rasa syukur dan ketaatan yang bagus, dan dari nikmat yang nyata bahawa – Allah subhanahu wa ta’ala – telah menolong kamu terhadap musuh kamu ketika sedikitnya kamu di medan-medan perang yang banyak seperti perang Badar, perang Bani Qainuqa’ dan perang Bani Nadhir… Sebagaimana Dia juga menolong kamu dalam perang Hunain, dan ia adalah hari yang kamu kagum padanya akan ramainya bilangan kamu, maka kamu bersandar atau bergantung kepadanya hingga berkata sebahagian dari kamu:

لن نغلب اليوم من قلة

 

Tetapi bilangan ramai yang kamu kagum dengannya tidak berguna kepada kamu sedikit pun pada menghadapi musuh bahkan telah menyebabkan kamu kalah pada awal pertempura, dan sempit bumi ini pada wajah kamu sebab ketakutan kamu,

Dan firmanNya:

ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

Hina yang bersangatan berbanding sebelumnya, dan itu adalah kerana bersangatan takut.

ووليتم:

Dari perkataan التولى dengan makna berpaling.

ومدبرين:

Dari perkataan الإدبار dengan makna belakang atau punggung; yang membawa pengertian, menuju atau pergi ke belakang atau mundur.

Dan beginilah, kami melihat ayat mulia menggambarkan apa yang terjadi kepada orang-orang mukmin di dalam perang Hunain… Maka ia adalah perubahan dari gambaran kegembiraan mereka dengan bilangan yang ramai, kepada gambaran ketiadaan gunanya bagi mereka dengan bilangan yang ramai itu, kepada gambaran ketakutan mereka yang amat sangat sehingga bumi jadi sempit bagi mereka, kepada gambaran pergerakan mereka yang ghairah yang diwakili pada berpaling ke belakang…

_____________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment