Tafsir surah Al-Ikhlas
Pendahuluan
Di dalam tafsir al-Baghawi ada dibekalkan beberapa riwayat sebagaimana berikut…
وروى أبو ظبيان، وأبو صالح، عن ابن عباس: أن عامر بن الطفيل وأربد بن ربيعة أتيا النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال عامر: إلام تدعونا يا محمد؟ قال: إلى الله، قال: صفه لنا أمن ذهب هو؟ أم من فضة؟ أم من حديد؟ أم من خشب؟ فنزلت هذه السورة فأهلك الله أربد بالصاعقة وعامر بن الطفيل بالطاعون، وقد ذكرناه في سورة الرعد.
Dan diriwayatkan oleh Abu Zbyan dan Abu Saleh, dari Ibnu Abbas: Amir bin Tfail dan Arbad bin Rabi’ah mendatangi Nabi (s.a.w) – maka berkata Amir: Sehingga mana kamu seru kami wahai Muhammad? Nabi bersabda: kepada Allah, dia (Amir) berkata: Sifatkan Dia untuk kami apakah dari emas? Atau dari perak? Atau dari besi? Atau dari kayu? Maka turunlah surah ini, maka Allah membinasakan Arbad dengan petir dan Amir bin at-Tfail dengan ta’un. Dan kami telah menyebutkannya di dalam surah ar-Ra’d.
وقال الضحاك وقتادة ومقاتل : جاء ناس من أحبار اليهود إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقالوا : صف لنا ربك يا محمد لعلنا نؤمن بك ، فإن الله أنزل نعته في التوراة ، فأخبرنا من أي شيء هو ؟ وهل يأكل ويشرب ؟ ومن يرث منه ؟ فأنزل الله هذه السورة .
Dan berkata adh-Dhahhak, Qatadah dan Muqatil: Telah datang manusia dari pendeta Yahudi kepada Nabi – s.a.w – maka mereka berkata: Sifatkan kepada kami Tuhan engkau wahai Muhammad semoga kami beriman dengan engkau, maka sesungguhnya Allah telah menurunkan sifat-sifatNya di dalam Taurat, maka beritakan kepada kami sesuatu darinya? Adakah Dia makan dan minum? Siapa yang mewarisinya? Maka Allah menurunkan surah ini.
قل هو الله أحد
Maknanya ‘واحد’ (satu), dan tiada beza antara الواحد dengan أحد, menunjukkan ke atasnya bacaan Ibnu Mas’ud:
قل هو الله الواحد
Sebagai muqaddimah bagi surah ini, al-Wasit Li Tantawi ada menyebut…
1- Surah Al-Ikhlas dari surah yang mempunyai nama-nama yang berbagai-bagai, dan sesungguhnya menyebut baginya 20 nama yang indah-indah, darinya dipanggil surah At-Tafrid, At-Tajrid, At-Tauhid, An-Najah (النجاة), Al-Wilayah, Al-Ma’rifah, As-Somad, Al-Asas, Al-Mani’ah, Al-Bara-ah (البراءة)…
2- Sesungguhnya telah disebutkan tentang kelebihannya oleh hadis yang berbagai-bagai, darinya apa yang mengeluarkannya oleh Bukhari dari Abi Said al-Khudri bahawa seorang lelaki mendengar seorang lelaki membaca surah ini, dan dia mengulangnya, maka ketika telah pagi dia menyebut yang demikian itu kepada Nabi (s.a.w) maka baginda bersabda:
والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن…
Berkata sebahagian ulama, dan makna hadis: Sesungguhnya al-Quran diturunkan di atas 3 bahagian: sepertiga darinya adalah hukum-hukum, sepertiga lagi adalah janji dan ancaman, dan sepertiga yang akhir adalah nama-nama dan sifat-sifat, dan surah ini adalah menghimpunkan nama-nama dan sifat-sifat.
3. Telah disebut pada sebab nuzulnya beberapa riwayat darinya:
أن المشركين قالوا: يا محمد، انسب لنا ربك، فأنزل الله- تعالى- هذه السورة الكريمة … .
Dan jumhur ulama ke atas bahawasanya surah yang ke 22 pada susunan penurunan. Dan memikirkan sebahagian mereka bahawa ianya madaniyah, dan yang pertama lebih rajih, kerana menghimpunkan usul at-Tauhid, dan ini bermakna yang biasa pada surah makkiyah. Dan bilsngan ayat-ayatnya 5 ayat pada al-mashaf al-hijazi dan asy-Syami, dan 4 ayat pada al-Kufi dan al-Basori.
Sesungguhnya dibuka dengan fi’el amr; قل , untuk menzahirkan pertolongan denfan apa yang selepas perintah ini dari perintah-perintah yang bijaksana. Dan jawapan bagi Rasulullah (s.a.w) di dalam menolak musyrikin yang bertanya kepadanya tentang menisbahkan (membuat perbandingan) kepada mereka akan Tuhannya.
Dan ‘الأحد’: Dia bersendirian pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya, dan pada setiap perkara (yang terjadi) adalah dari urusan-urusanNya. Dan Dia yang mensucikan dirinya dari susunan; dari asas yang berbagai-bagai, atau dari unsur yang berbagai jenis, sebagai mana bahawasanya Dia – azza wa jalla – mensucikan dirinya dari jisim, gabungan dan yang menyerupainya selainnya.
هو الله الأحد،
Bermaksud, penetapan bahawa Dia sendirian pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya… Dan menafikan apa yang didakwa oleh musyrikin dan selain mereka, dari bahawa Dia – Ta’ala – tersusun dari asas-asas benda atau bukan benda, atau dari bahawa Dia bagiNya sekutu pada kerajaanNya.
___________________________________________________
Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703