Tafsir Al-Quran

SYAITAN JIN & MANUSIA [Tafsir Surah An-Nas (Volum 6)]

  (5)الذى يوسوس فى صدور الناس

Al-Qurtubi

Sesungguhnya suyaitan di dalam rupa khinzir, mengalir dalam diri anak Adam tempat mengalirnya darah dalam pembuluh darah, Allah yang memberinya kemampuan begitu; maka kerana itulah Allah berfirman:

الذي يوسوس في صدور الناس .

Di dalam sebuah hadis yang sahih dari Nabi (s.a.w):

إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri anak Adam ditempat mengalirnya darah.

Ini sahih, sebagai yang dikatakan oleh Muqatil.

Meriwayatkan Syahar bin Hausyab dari Abi Sa’labah al-Khusyani berkata: Aku minta Allah perlihatkan kepada ku syaitan dan tempatnya dalam diru anak Adam maka aku dapat melihatnya, tangannya (syaitan) ke dua tangannya pada tangan manusia itu, kedua kakinya pada kedua kaki manusia itu, dan berbagai-bagai rongga dalam jasad manusia; selain dari baginya muncung umpama muncung anjing, bila ingat Allah dia undur dan berulang alik, dan bila hati diam dari mengingati Allah syaitan mengambil tempat dihatinya.

Di atas apa yang disifatkan Abu Sa’labah bahawa ia bercabang-cabang di dalam jasad; maksudnya di dalam setiap anggota atau organ badan terdapat cabang.

ووسوسته…

Ia adalah seruan untuk mematuhinya dengan perkataan tersembunyi, sampai apa yang difahami kepada hati tanpa mendengar suara.

من الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Qurtubi:-
Memberi tahu bahawa yang melakukan pekerjaan membisik-bisik itu adalah termasuk daripada manusia.

Berkata al-Hassan: kedua-duanya syaitan; adapun syaitan jin membisik-bisik dalam dada manusia, dan adapun syaitan manusia datang secara terang-terangan.

Berkata Qatadah: Sesungguhnya dari jin ada syaitan-syaitan, dan sesungguhnya dari manusia juga ada syaitan-syaitan; maka kamu mohonlah penjagaan dari syaitan jin dan manusia.

Riwayat daripada Abi Zar bahawa dia berkata kepada seorang lelaki: Adakah engkau mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan-syaitan manusia? Lelaki itu bertanya: Adakah dari kalangan manusia itu ada syaitan-syaitan? Baginda menjawab: Ya; kerana firmanNya ta’ala:

وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شياطين الإنس والجن…(الآية)

Ada satu golongan berpendapat bahawa yang dikehendaki dengan manusia di sini adalah jin. Menyebutnya manusia sepertimana mereka menyebutnya lelaki pada firmanNya;

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن – وقوما ونفرا .

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

فعلى هذا يكون ( والناس ) عطفا على الجنة ، ويكون التكرير لاختلاف اللفظين .

Sebahagian orang Arab menyebut: Telah datang satu golongan dari jin. Maka ditanya: Siapa kamu? Mereka menjawab:

ناس من الجن…

Ia adalah perkataan dari al-Farra’ (الفراء).

Dikatakan: Al-Waswas adalah syaitan. FirmanNya:

من الجنة

Penjelasan bahawa ia dari jin dan manusia yang meliputi ke atas al-waswas.

Maksud;

قل أعوذ برب الناس من شر الوسواس

Yang ia itu adalah dari jin, dan dari manusia yang jahat. Atas keadaan ini, mohonlah perlindungan dari kejahatan manusia dan jin. Dan الجنة: kata jama’ dari perkataan jinniy (جنى); sebagai mana dikatakan إنس dan إنسى.

Dikatakan: Sesungguhnya Iblis membisik-bisik dalam dada jin, sebagaimana dia membisik-bisik dalam dada manusia. Maka dalam keadaan ini, dalam dada manusia itu umum kepada semua. Dan من الجنة و الناس, penjelasan untuk apa yang dibisikkan dalam dadanya.

Dikatakan: maksud من شر الوسواس adalah bisikan yang datang dari jin dan manusia, dan ianya adalah kata-kata dalam jiwa (batin).

وقد ثبت عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن الله – عز وجل – تجاوز لأمتي عما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم به. رواه أبو هريرة، أخرجه مسلم

Sesungguhnya telah Sabit dari Nabi (s.a.w) bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla melepaskan bagi umat ku dari apa yang diucap dengannya dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau mengatakannya.

Riwayat Abu Hurairah, mengeluarkan-nya, Muslim.

Maka Allah Ta’ala lebih mengetahui dengan yang dikehendaki dari demikian itu…

———————————–

Hishamuddin Bin Abdul Aziz

BIMB – 12168020073576

Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment