Tafsir Al-Quran

LAGI, FADHILAT SURAH AN-NAS [Tafsir Surah An-Nas (Volum 8)]

Al-Wasit Li Tantawi (sambungan):-

Sebagaimana berkata Imam Ahmad:

حدثنا وكيع، حدثنا المسعودي، حدثنا أبو عمر الدمشقي، حدثنا عبيد بن الخشخاش، عن أبي ذر قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو في المسجد، فجلست، فقال: “يا أبا ذر، هل صليت؟”. قلت: لا. قال: “قم فصل”. قال: فقمت فصليت، ثم جلست فقال: “يا أبا ذر، “تعوذ بالله من شر شياطين الإنس والجن”
قال: قلت: يا رسول الله، وللإنس شياطين؟ قال: “نعم”.

Dari Abi Zar, dia berkata: Aku mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan baginda di masjid, kemudian aku duduk, Radulullah bersabda: “Wahai Abu Zar, adakah kamu sudah solat?” Aku berkata: “Tidak.” Baginda bersabda: “Bangunlah dan solatlah.”Abu Zar berkata: “Aku bangun dan bersolat, kemudian aku duduk.” Baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, mintalah perlindungan dengan Allah dari kejahatan syaitan-syaitan manusia dan jin.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, ada manusia syaitan?” Baginda bersabda: “Ya.”

Al-Baghawi :-

( من الجنة والناس )

Maknanya, ia masuk ke dalam diri jin, sebagaimana ia masuk de dalam diri manusia, dia membisik-bisikkan kepada jin sebagaimana dia membisikkan kepada manusia. Mengatakannya, al-Kalbi.

FirmanNya:

فى صدور الناس

Menghendakki dengan “الناس”; apa yang telah disebut sebelum ini, iaitu meliputi jin dan manusia. Digelar jin dengan manusia, sebagaimana digelar mereka dengan lelaki (رجالا), sebagai mana firmanNya:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن
( الجن – 6 )

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa ‘rijal’ (orang) dari manusia, meminta pertolongan kepada beberapa ‘rijal’ dari jin…”

Sebahagian dari mereka berkata: Mensabitkan bahawa bisikan kepada manusia dari syaitan adalah seumpama bisikan kepada syaitan, maka jadilah bisikan itu pekerjaan yang dilakukan oleh ke dua-dua jin dan manusia, sebagaimana firmanNya:

وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شياطين الإنس والجن
( الأنعام – 112 )

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin…”

Seolah-olah diperintahkan kepada kita memohonkan pertolongan dari ke dua-dua syaitan jin dan manusia.

Memberitakan kepada kami Ismail [bin Abdul Qadir, memberitakan kepada kami Abdul Ghafar] bin Muhammad, memberitakan kepada kami Muhammad bin Isa;

حدثنا إبراهيم بن محمد بن سفيان، حدثنا مسلم بن الحجاج، حدثنا قتيبة بن سعيد، حدثنا جرير عن بيان عن قيس بن أبي حازم، عن عقبة بن عامر، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : “ألم تر آيات أنزلت الليلة لم ير مثلهن قط: ” قل أعوذ برب الفلق” و “قل أعوذ برب الناس”.

Dari ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: Bersabda Rasulullah (s.a.w): “Adakah kamu melihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini yang tidak aku lihat ayat sepertinya;

قل أعوذ برب الفلق

…dan;

قل أعوذ برب الناس

أخبرنا أبو سعيد محمد بن إبراهيم الشريحي، أخبرنا أبو إسحاق أحمد بن محمد بن إبراهيم الثعلبي، أخبرنا أبو الحسن عبد الرحمن بن إبراهيم العدل، حدثنا أبو العباس محمد بن يعقوب، حدثنا أبو العباس بن الوليد بن مرثد، أخبرني أبي، حدثنا الأوزاعي، حدثني يحيى بن أبي كثير، حدثني محمد بن إبراهيم بن الحارث التيمي، عن عقبة بن عامر الجهني أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال له: “ألا أخبرك بأفضل ما تعوذ المتعوذون؟” قلت: بلى، قال: “قل أعوذ برب الفلق” و “قل أعوذ برب الناس”.

Dari ‘Uqbah bin Amir al-Juhani bahawa Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam bersabda kepadanya: “Mahukah aku beritahu kamu dengan apa yang lebih afdhal memohonkan perlindungan dengannya?” Aku berkata: Bahkan. Baginda bersabda: “قل أعوذ برب الفلق” dan “قل أعوذ برب الناس”.

أخبرنا أبو محمد عبد الله بن عبد الصمد الجوزجاني أخبرنا أبو القاسم علي بن أحمد الخزاعي أخبرنا أبو سعيد الهيثم بن كليب الشاشي، أخبرنا أبو عيسى الترمذي، حدثنا قتيبة، حدثنا المفضل بن فضالة عن عقيل، عن الزهري، عن عروة، عن عائشة قالت: كان رسول الله (صلى الله عليه وسلم) إذا أوى إلى فراشه كل ليلة جمع كفيه فنفث فيهما، فقرأ فيهما: “قل هو الله أحد ” و ” قل أعوذ برب الفلق ” و ” قل أعوذ برب الناس” ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده، يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسده. يفعل ذلك ثلاث مرات.

Dari Aisyah, dia berkata: “Adalah Rasulullah (s.a.w) apabila berada pada tikarnya setiap malam dia menghimpunkan dua tapak tangannya, kemudian dia meniup pada keduanya, maka dia membaca pada keduanya:

“قل هو الله أحد”
“قل اعوذ برب الفلق”
“قل أعوذ برب الناس”

…kemudian dia menyapu dengan keduanya, apa yang mampu dicapai dari tubuhnya, memulakan keduanya atas kepalanya dan mukanya dan apa yang dapat dicapai dari tubuhnya. Dia melakukan begitu, tiga kali.”

عن عروة بن الزبير، عن عائشة رضي الله عنها أن النبي (صلى الله عليه وسلم) كان إذا اشتكى يقرأ على نفسه بالمعوذات وينفث، فلما اشتد وجعه كنت أقرأ عليه وأمسح عنه بيده رجاء بركتهما.

Dari Aisyah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w), apabila baginda kesakitan, membaca atas dirinya dengan “al-ma’uzat” dan meniup, ketika bersangatan sakitnya aku membacakan atasnya dan menyapu darinya dengan tangannya mengharapkan keberkatan keduanya.

___________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment