بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاس (٦)
Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia [1]. Raja manusia [2]. Sembahan manusia [3]. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi [4]; yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia [5]; dari (golongan) jin dan manusia [6].
…………………………………..
Ini, tiga sifat dari sifat-Sifat Tuhan Azza wa Jalla: Ar-Rububiyyah, al-Mulkiyah dan al-Uluhiyyah; maka Dia Rabb setiap sesuatu dan Pemerintah dan Tuhannya, maka setiap sesuatu adalah ciptaanNya, hamba-hamba yang dimilikiNya, maka Dia memerintahkan orang-orang yang meminta perlindungan bahawa mintalah perlindungan dengan apa yang disifatkan dengan sifat-sifat ini.
من شر الوسواس الخناس
Dan ianya adalah syaitan yang diwakilkan kepada setiap manusia, maka sesunguhnya tidak seorang pun dari anak Adam melainkan baginya qarin yang menghias-hiaskan baginya perbuatan yang keji.
Sesungguhnya telah sabit di dalam hadis sahih bahawasanya:
” ما منكم من أحد إلا قد وكل به قرينة ” . قالوا : وأنت يا رسول الله ؟ قال : ” نعم ، إلا أن الله أعانني عليه ، فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير “
“Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan diwakilkan dengan qarinah”. Sahabat bertanya: “Dan kamu, wahai Rasulullah”? Baginda menjawab: “Ya, melainkan bahawa Allah menolong ku ke atasnya, maka dia menjadi Islam, maka dia tidak menyuruh ku melainkan yang baik-baik”.
Apa itu Qarin
Imam as-Saadi ada menyebutkan bahawa Qarin adalah syaitan yang derhaka, yang sepadan, yang menemani, yang berlawanan, yang berfikir, yang memberi motivasi untuk melakukan kejahatan dan seumpamanya.
Al-Wasit Li Tantawi pula menyebutkan bahawa Qarin itu adalah syaitan yang menjadi penghalang dan yang menggoda ke atas hati dan aqal. Syaitan yang melekat; yang tidak berpisah; dan yang menemani seseorang manusia yang berpaling dari al-Quran.
Al-Baghawi menyatakan bahawa Qarin adalah syaitan yang tidak meninggalkan (pasangannya). Memperindahkan kepadanya kebutaan dan membayangkan kepadanya bahawa dia itu berada di atas petunjuk.
Al-Qurtubi menyebut bahawa Qarin adalah syaitan yang dijadikan Allah untuk setiap manusia.
Menghalangnya dari yang halal, menghasut dan mengilhamkannya ke atas yang haram, mencegahnya dari ketaatan, menyuruhnya dengan maksiat. [Ibnu Abbas]
Orang kafir apabila keluar dari kuburnya, berpasangan dengan syaitan, sentiasa bersama hingga keduanya masuk neraka. Orang mukmin berpasangan dengan malaikat hingga Allah menetapkan di antara makhluqnya. [Al-Mahdawi]
Sedikit Kesimpulan Tentang Qarin
Qarin ialah makhluk Allah dikenali sebagai jin yang sentiasa mendampingi setiap manusia dimuka bumi ini. Jin ini mempunyai rupa yang betul-betul sama dengan rupa kita. Apa yang ada pada muka kita, semuanya ada padanya. Tiada satu pun yang tertinggal. Pakaian apa yang kita pakai, ia akan pakai. Sama sahaja.
Qarin ini sifatnya jahat. Mempunyai agama tetapi bukan agama islam. Qarin ini kafir. Qarin inilah yang sentiasa menghasut kita melakukan perkara yang ditegah oleh Allah (s.w.t); iaitu membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan. Apa yang kita lakukan selama ini, berkaitan dengan hasutan si qarin ini. Tetapi Allah Maha Adil. Bagi mengimbangi kehidupan kita ini, Allah telah mengutuskan malaikat untuk setiap manusia.
Jika qarin menghasut kita membuat kejahatan, malaikat pula mendorong kita membuat kebaikan. Jadi, manusia mempunyai pilihan antara mengikuti kata Qarin atau Malaikat.
Sekian, sedikit penjelasan tentang qarin.
_____________________________________________________
Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703