Uncategorized

Kekejian Homoseksual Menurut Al-Quran

Kekejian Homoseksual Menurut al-Quran

Firman Allah;

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. [Surat Al-A’raf 80 – 81]

Di dalam ayat di atas, Allah subhanahu wa Taala merakamkan kata-kata Nabi Lut alaihis salam terhadap kaumnya. Nabi Lut alaihis salam menegaskan bahawa kaumnya itu telah menyimpang daripada tabi’e manusia diciptakan. Mereka mendatangi lelaki yang Allah ciptakan agar mendatangi wanita dalam memenuhi tuntutan syahwat (Tentunyalah setelah berlakunya proses pernikahan), Tidaklah yang membawa mereka kepada yang demikian itu selain dari syahwat yang keji dan kotor. [2]

Perkaaan (الإتيان) adalah kata-kata gantian bagi perbuatan bersetubuh. Berkata pengarang al-Kasyaf: Tiada yang membawa mereka kepada rasa keinginan kepada sesama lelaki, selain dari syahwat semata-mata tanpa dorongan-dorongan yang lain. [2]

Tidak ada kecelaan yang lebih besar dari syahwat terhadap sesama jenis itu, kerana ia menyamai binatang. Juga kerana tiada pendorong bagi mereka dari sudut aqal; umpamanya dorongan untuk mendapatkan zuriat dan sebagainya. Juga kerana terlalu mengikutkan keinginan syahwat sehingga terbabas dari batas-batas keluhuran budi. [2]

Nabi Lut menegaskan lagi kepada kaumnya bahawa meletakkan kesyahwatan di tempat sepatutnya; di kemaluan atau rahim perempuan (setelah dinikahi) adalah tabi’at yang selamat atau sejahtera serta akhlak yang betul (lurus). [2]

Berkata al-Jaml: Sesungguhnya mereka sangat tercela dan terhina dengan perbuatan ini, kerana Allah ta’ala menciptakan manusia dan memasangkan padanya keinginan (syahwat) perkahwinan untuk mengekalkan keturunan dan peradaban dunia. Menjadikan perempuan tempat bagi syahwat dan keturunan. [2]

Apabila manusia (kaum lelaki) meninggalkan dan berpaling dari mereka (kaum wanita) kepada selain mereka (lelaki), maka sesungguhnya itu suatu pemborosan, menyeberangi dan melanggar batas, sebab mereka telah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya yang diciptakan baginya. Dubur lelaki bukanlah tempat untuk kelahiran yang ianya menjadi tujuan diciptakan syahwat bagi manusia. [2]

Dalam ayat di atas, Nabi Lut alaihis salam menegaskan bahawa kaumnya itu bukanlah kaum yang terlanjur berbuat kesalahan, kemudian bersedia untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, tetapi mereka adalah kaum yang telah melampaui batas pada perbuatan itu dan pada lain-lain perbuatan. mereka tidak akan berhenti. Sesungguhnya Quran telah menceritakan bahawa Lut alaihis salam berkata kepada kaumnya dalam surah an-naml bahawa mereka adalah orang-orang yang melanggar batas-batas fitrah dan batas-batas syariat. Mereka telah diliputi kejahilan yang kontra terhadap ilmu; dan kejahilan yang telah sampai ke tahap sembrono. [2]

Himpunan ayat menunjukkan mereka adalah golongan yang terjejas dengan kerosakan aqal, kemerosotan akhlak, kesesatan kecenderungan (kesukaan/kegemaran) dan musuh kepada petunjuk dan hidayah. [2]

Nabi Lut alaihi salam mempertikai kaumnya kerana meninggalkan perempuan yang Allah menciptakan untuk lelaki dan disisi mereka itulah tempat bersuka-suka yang sesuai dengan syahwat dan fitrah. Mendatangi dubur lelaki adalah kemuncak kekejian, dan tempat yang keluar darinya sesuatu yang busuk dan kotor. [1]

Mereka mendatangi lelaki-lelaki pada dubur mereka, sebagai memenuhi tuntutan syahwat mereka tanpa mempedulikan betapa kejinya perbuatan itu, meninggalkan apa yang Allah telah halalkan untuk mereka, iaitulah wanita. Mereka adalah kaum yang telah  melanggar batasan dan hukum Allah. Mendatangi lelaki selain wanita adalah dari perbuatan keji yang dimulakan oleh kaum Lut dan tiada sesiapa pun yang pernah melakukannya sebelum ini… [3]

Dalam ayat ini juga lut menegaskan bahawa perbuatan ini adalah perbuatan yang bodoh, zalim dan melampaui batas daripada mereka. Ini adalah kerana ia adalah perbuatan yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. [4]

……………………………………………………………………………….

Salurkan sumbangan anda untuk bersama membantu Warga OKU dalam perkongsian Ilmu dan Dakwah.

Nama: HISHAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ

Akaun No: 164799034703

Bank: Maybank

Telefon no: 017-3498466 / 014-7237351

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment