Sesungguhnya para pentafsir berbeza pendapat tentang huruf-huruf yang terputus-putus, yang terdapat di awalan beberapa surah. Dikalangan mereka ada yang berkata: Ianya adalah dari ilmu yang menjadi kepunyaan Allah semata-mata, maka mereka mengembalikan ilmunya kepada Allah dan tidak menafsirkannya. Menyebutnya al-Qurtubi di dalam tafsirnya dari Abi Bakar, Umar, Usman, Ali dan Ibnu Mas’ud (r.a.h) besertanya. Amirusy Sya’bi, Sufyan as-Sauri dan ar-Rabi’bin Khaosan. Memilihnya Abu Hatim bin Hibban.
Ada pula dari kalangan mereka yang menafsirkannya. Namun mereka berbeza-beza pendapat dalam memaknakannya.
Berkata Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam bahawa adalah ia nama-nama dari surah-surah. Berkata al-‘Allamah Abul Qasim Mahmud bin Umar as-Zamkhusyairi di dalam tafsirnya: “Dan atasnya keterangan yang banyak dan dia menyalinnya dari Sibawaih dan dia menyandarkan kepadanya. Di sana terdapat apa yang telah disebutkan di dalam as-Sohihain, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam membaca pada solat subuh di hari Jumaat: Alif Lam Min as-Sajdah dan Hal Ata Alal Insan.
Berkata Sufyan as-Suri, dari ibnu Abi Najih, dari Mujahid: Bahawasanya dia berkata: Alif Lam Mim, Ha Mim, Alif Lam Mim Sa’d, Sa’d; adalah pembukaan-pembukaan yang Allah membuka dengannya Al-Quran. Begitulah juga perkataan selainnya. Inilah juga perkataan Qatadah, Zaid bin Aslam dan barangkali ini merujuk kepada faham dari perkataan Qatadah Abdur Rahman bin Zaid: Bahawasanya ia nama-nama dari surah-surah.
Dikatakan: Ia nama dari nama-nama Allahu Ta’ala. Berkata asy-Sya’bi: Pembukaan-pembukaan surah-surah dari nama-nama Allahu Subhanahu wa Ta’ala. Demikianlah perkataan Salim bin Abdullah, Ismail bin Abdur Rahman as-Sudiyyul Kabir.
Berkata Syu’bah dari as-Sudiyyi: Telah sampai kepada aku, bahawasanya Ibnu Abbas berkata: Alif Lam Mim, nama dari nama-nama Allah yang al-A’zam. Ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dari Hadis Syu’bah. Meriwayatkannya Ibnu Jarir dari Bundar.
Dari Ibnu Mahdi, dari Syu’bah, dia berkata: Aku bertanya kepada as-Sudiyyi tentang Ha Mim, To Sin Mim, dan Alif Lam Mim, maka berkata Ibnu Abbas: Ia adalah nama Allah yang paling Agung.
Berkata Ibnu Jarir:
وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ السُّدِّيِّ، عَنْ مُرَّة الْهَمْدَانِيِّ قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ، فَذَكَرَ نَحْوَهُ وَحُكِيَ مِثْلُهُ عَنْ عَلِيٍّ وَابْنِ .عَبَّاسٍ
Berkata Ali bin Abi Talhah, dari Ibnu Abbas: Ia adalah sumpah yang Allah bersumpah dengannya dan ia adalah dari nama-nama Allahu Subhanahu wa Ta’ala.
Meriwayatkan Ibnu Abi Hatim, Ibnu Jarir dari hadis Ibnu Ilyah dari Khalid al-Haza’, dari Ikrimah bahawasanya dia berkata: Alif Lam Mim, persumpahan.
Riwayat lain, dari hadis Syarik bin Abdillah, dari Ato’ bin as-Saib, dari Abidah Dhuha dari Ibnu Abbas dia berkata maksudnya: Alif Lam Mim, maksudnya, Aku Allah yang Lebih mengetahui.
Berkata Said bin Jubair, berkata as-Sudiyyi dari Abi Malik dari Abi Saleh, dari Ibnu Abbas, dari Murrah al-Mahzani dari Ibnu Mas’ud dan dari beberapa orang sahabat nabi sallallahu alaihi wa sallam: Ada pun Alif Lam Mim, ia adalah huruf-huruf pembukaan dari huruf-huruf hija-iyyah yang membina nama-nama Allah.
Berkata Abu Ja’far Ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin Anas, dari Abil Aliyah pada firman Allahu Subhanahu wa Ta’ala: الم; Ketiga-tiga huruf ini dari dua puluh sembilan huruf yang terhasil oleh gerakan-gerakan lidah. Ia adalah huruf-huruf yang menjadi pembukaan nama dari nama-namanya.
Berkata Isa Ibnu Maryam alaihis salam: Menghairankan! Mereka berkata-kata dengan nama-nama Nya, mereka hidup dengan rezekinya, maka mereka boleh mengkufurinya.
Alif, huruf permulaan dari kata nama Allah. Lam, huruf permulaan dari kata nama Latif. Mim, permulaan bagi kata nama Majid.
Alif dari perkataan; آلاء الله Maksudnya, nikmat-nikmat Allah. Lam dari perkataan; لطفُ الله Maksudnya, kelemah-lembutan Allah. Mim, dari perkataan nama; مجدُ الله Maksudnya, kemuliaan Allah. Ini adalah perkataan Ibnu Abi Hatim.
Ia adalah nama-nama surah; dari nama-nama Allahu Subhanahu wa Ta’ala yang dimulakan surah-surah dengannya. Setiap huruf darinya menunjukkan kepada nama dari nama-nama Allah, sifat dari sifat-sifat Nya, sebagai mana banyak surah-surah yang dibuka atau dimulakan puji-pujian, penyucian dan pengagungan terhadapnya.
Tidak diragukan bahawasanya huruf-huruf ini tidak diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sia-sia. Disebutkan sebahagian daripada mereka: Disebutkan (huruf-huruf yang terputus-putus itu) adalah untuk kita mengetahui awalan surah-surah dengannya. Ini perkataan Ibnu Jarir dan ianya adalah dha’if; kerana batasan atau pemisahan surah-surah berhasil tanpanya; dengan menyebut padanya dengan basmalah secara bacaan atau penulisan. Berkata yang lain: Bahkan dimulai dengannya untuk membuka pendengaran kaum musyrikin. Sebagaimana mereka berpesan-pesan agar berpaling dari al-Quran. Menyebutnya Ibnu Jarir, juga dha’if; kerana jika demikian, itu pasti berlaku pada seluruh surah dan tidak sebahagian daripadanya sahaja. Bahkan pada umumnya bukan begitu. Sedangkan surah-surah dipermukaan al-Quran, sebagaimana surah al-Baqarah dan berikutnya Ali Imran adalah Madaniyyah, bukanlah ditujukan kepada kaum musyrikin. Berkata sebahagian yang lain: Memang, huruf-huruf ini disebutkan di awal surah di mana huruf-huruf ini disebutkan untuk menzahirkan keajaiban Al-Qur’an. Bahawasanya manusia, lemah dalam menentang atau mengatasi yang sepertinya.
Dek kerana inilah setiap surah yang dibuka dengan huruf-huruf yang terputus-putus ini, tidak boleh tidak disebut padanya tentang keunggulan al-Quran dan penjelasan tentang mukjizat, keajaiban dan keagungannya. Ini diketahui dengan penelitian. Ianya berada pada dua puluh sembilan surah. Oleh kerana inilah Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الم ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ
الْبَقَرَة: ١-٢
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ الۤمۤ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَیُّ ٱلۡقَیُّومُ نَزَّلَ عَلَیۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقࣰا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیل
[Surah Aal-E-Imran 1 – 3]
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ الۤمۤصۤ كِتَـٰبٌ أُنزِلَ إِلَیۡكَ فَلَا یَكُن فِی صَدۡرِكَ حَرَجࣱ مِّنۡهُ لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِینَ
[Surah Al-A’raf 1 – 2]
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ الۤرۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰطِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَمِیدِ
[Surah Ibrahim 1]
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ الۤمۤ تَنزِیلُ ٱلۡكِتَـٰبِ لَا رَیۡبَ فِیهِ مِن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ
[Surah As-Sajdah 1 – 2]
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ حمۤ تَنزِیلࣱ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ كِتَـٰبࣱ فُصِّلَتۡ ءَایَـٰتُهُۥ قُرۡءَانًا عَرَبِیࣰّا لِّقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ
[Surah Fussilat 1 – 3]
FirmanNya lagi;
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ حمۤ عۤسۤقۤ كَذَ ٰلِكَ یُوحِیۤ إِلَیۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكَ ٱللَّهُ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ
[Surah Ash-Shura 1 – 3]
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Sejak jatuh pada April 2020, keadaan ustaz bertambah uzur dari sebelumnya. Andai sudi menyumbang, salurkanlah ke no akaun 12168020073576 (Bank Islam Malaysia Berhad); atau no akaun 164799034703 (Maybank); atas nama Hishamuddin bin Abdul Aziz bagi membantu beliau sebagai warga OKU dalam usaha pengembangan ilmu² agama & lain² keperluan. [muiz@admin]