Tafsir Al-Quran

Tafsir Surah At-Takwir: Ayat 15 hingga 21

Surah Takwir Ayat 15 hingga 21

فَلَاۤ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ

15. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

وهي النجوم السبعة السيارة: الشمس، والقمر، والزهرة، والمشترى، والمريخ، وزحل، وعطارد… ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ

16. Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya; Ianya adalah bintang-bintang yang tersembunyi pada siang hari dan muncul pada waktu malam. Ini telah diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas dan Mujahid.

وَٱلَّیۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ

17. Dan malam, apabila ia hampir habis, Apabila ia berlalu dan tidak ada yang tinggal daripadanya melainkan sedikit sahaja

وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

18. Dan siang, apabila ia mulai terang;

أَقْبَلَ وَبَدَا أَوَّلُهُ، وَقِيلَ: امْتَدَّ ضَوْءُهُ وَارْتَفَعَ.

Kedatangan siang dan muncul permulaannya. Dikatakan: Cahayanya menyebar dan meninggi.

إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولࣲ كَرِیمࣲ

19. Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia [Sifat 1],

Wasit:-

إنه

Maksudnya: Al-Quran Al-Karim.

لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

Dan dia adalah Jibril alaihissalam yang diutus oleh Tuhannya kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam untuk menyampaikan wahyunya. Dan Allah subhanahu wata’ala bersumpah dengan perkara-perkara ini, kerana semuanya berada dalam pelbagai pergerakan, dari muncul dan terbit serta berpaling dan bersembunyi… Ia adalah petunjuk yang jelas tentang kuasa Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ciptaan-Nya yang sangat bagus dan indah. Dan Allah subhanahu wa Ta’ala menghubungkan dengan perkataan ar-Rasul dan dia adalah Jibril – kerana dia adalah perantara dalam menyampaikan wahyu kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam.

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menggambarkan kejujuran Jibril dalam menyampaikan wahyu dengan lima sifat: Yang pertama: Firman-Nya Karim, maksudnya: malaikat yang mulia, berakhlak baik, lagi bagus pandangan.

Saadi:- Ini adalah ayat-ayat yang agung, yang dengannya Allah bersumpah akan kelebihan dan keagungan rantaian perawi dan memeliharanya dari setiap syaitan yang direjam. FirmanNya;

إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

Dia adalah Jibril alaihis salam yang diutuskan Allah, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala;

وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). Dan Allah menyifatkannya sebagai malaikat yang mulia kerana kemuliaan akhlaknya dan banyak lagi sifat-sifatnya yang terpuji, Dia adalah sebaik-baik malaikat dan paling tinggi darjatnya di sisi Tuhannya.

ذِی قُوَّةٍ عِندَ ذِی ٱلۡعَرۡشِ مَكِینࣲ

20. Yang kuat gagah [Sifat 2],

lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy [Sifat 3],

Baghawi:-

ذِي قُوَّةٍ

Dan di antara kekuatannya, dia mencabut perkampungan kaum Lut dari dasarnya dan membawa mereka di atas sayapnya, mengangkatnya ke langit, kemudian membalikkannya.

Dan di antara kekuatannya lagi bahawa dia melihat Iblis berkata-kata kepada Isa di Tanah Suci (al-Muqaddis), dan dia meniupnya dengan sayapnya, suatu tiupan yang melemparkannya ke Jabal Hind (Jabal al-Hind ialah gunung berapi yang tidak aktif yang terletak di Arab Saudi. Ketinggian gunung adalah kira-kira 1405 m. [Wikipedia.org]).

Dan di antara kekuatannya lagi, dia menjerit kepada kaum Tsamud, lalu mereka tunduk membongkok.

وَأَخَذَ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ ٱلصَّیۡحَةُ فَأَصۡبَحُوا۟ فِی دِیَـٰرِهِمۡ جَـٰثِمِینَ

Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Dan di antara kekuatannya lagi bahawa ia turun dari langit ke bumi dan naik lebih cepat daripada [burung].

Wasit:-

عند ذى العرش مكين

Salah satu sifat Jibril alaihis salam ialah dia mempunyai kedudukan yang tinggi, dan darjat yang tinggi di sisi Allahu Subhanahu wa Ta’ala.

مُّطَاعࣲ ثَمَّ

21. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat) [Sifat 4],

Wasit:-

Dia ditaati di langit di sisi Tuhan Arasy…

Saadi:-

Maksudnya: Jibril ditaati di sisi kelompok yang tertinggi, dia mempunyai tentera dari kalangan malaikat; yang dikuatkuasakan arahannya ke atas mereka dan dipatuhi pendapatnya.

Baghawi:-

وَمِنْ طَاعَةِ الْمَلَائِكَةِ إِيَّاهُ أَنَّهُمْ فَتَحُوا أَبْوَابَ السَّمَاوَاتِ لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ بِقَوْلِهِ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَفَتَحَ خَزَنَةُ الْجَنَّةِ أَبْوَابَهَا بِقَوْلِهِ…

Qurtubi:-

مطاع ثم…

أي في السموات، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: مِنْ طَاعَةِ الْمَلَائِكَةِ جِبْرِيلَ، أَنَّهُ لَمَّا أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ قَالَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ لِرِضْوَانٍ خَازِنِ الْجِنَانِ: افْتَحْ لَهُ، فَفَتَحَ، فَدَخَلَ وَرَأَى مَا فِيهَا، وَقَالَ لِمَالِكٍ خَازِنِ النَّارِ: افْتَحْ لَهُ جَهَنَّمَ حَتَّى يَنْظُرَ إِلَيْهَا، فَأَطَاعَهُ وَفَتَحَ لَهُ.

أَمِینࣲ ۝

lagi dipercayai [Sifat 5].

Wasit:-

Dia menunaikan apa yang telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya tanpa sebarang tambahan atau kekurangan

Saadi:-

Maksudnya: Dia amanah dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan kepadanya, tidak menambah dan tidak mengurangkan, dia tidak melampaui batasnya;

Ini (semua) menunjukkan kemuliaan al-Quran di sisi Allah Ta’ala, kerana dia disampaikan oleh malaikat yang terhormat ini; yang diterangkan dengan sifat-sifat yang kamil itu.

Menjadi kebiasaan bahawa raja-raja tidak akan mengutus orang yang mulia, kecuali untuk tugas yang paling penting dan risalah yang mulia.

Ash-Shawkani berkata: Dan ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ar-rasul adalah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Ertinya: Dia memiliki kekuatan untuk menyampaikan risalah kepada ummah sehingga dia ditaati oleh sesiapa yang mentaati Allah, dia juga amanah di dalam menyampaikan wahyu.

Surah Takwir Ayat 15 hingga 21

………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Beliau boleh dihubungi di: 014-7067175. [Akaun Maybank: 164799034703 @ Bank Islam 12168020073576 untuk usaha perkongsian Ilmu & Dakwah]

_muiz@admin: 0107954182_

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment