Muqaddimah
Surah Al-Jin adalah Makiyyah. Jumlah ayat, dua puluh lapan.
Antara tujuan surah, membenarkan bahwa al-Qur’an diturunkan dari Allah, melalui kepercayaan jin padanya dan membatalkan tuduhan orang-orang musyrik.
Ayat 1
قُلۡ أُوحِیَ إِلَیَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرࣱ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوۤا۟ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبࣰا
Katakan – Wahai Rasul – kepada umatmu: Tuhan mewahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan bacaan Al-Quran ku di Nakhlah. Maka ketika mereka kembali kepada kaum mereka, Mereka berkata kepada kaum mereka: Kami telah mendengar bacaan yang mengesankan dalam gaya bahasanya yang baik dan kefasihannya. [mtr]
قُلْ
Katakanlah wahai Rasul kepada manusia…
أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ
Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), Tuhan mengutus mereka [yakni: jin-jin itu kepada Rasul-Nya] untuk mendengar ayat-ayat-Nya sehingga bukti-bukti itu dapat didirikan ke atas mereka [dan disempurnakan ke atas mereka nikmat] dan mereka akan menjadi peringatan bagi umat mereka. Dan Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk memberitahu berita mereka kepada manusia kerana ketika mereka menghadirinya, mereka berkata: Diam lah kamu semua (dan dengarkan lah)! Apabila mereka mendengar, mereka memahami maksudnya Kebenarannya sampai ke hati mereka.
فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
“Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!” Maksudnya: Keajaiban yang amat tinggi, dan tuntutan yang luhur. [s]
Para penafsir, ketika menafsirkan ayat-ayat ini, telah menyebutkan beberapa riwayat tentangnya, termasuk yang diriwayatkan oleh dua syeikh dan at-Tirmizi.
___________
Salah satu riwayat:-
عن ابن عباس أنه قال: “انطلق رسول الله صلى الله عليه وسلم فى طائفة من أصحاب، عامدين إلى سوق عكاظ بنخلة،
Dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu berkata: Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam keluar dengan segerombolan sahabatnya menuju pasar Ukaz di Nakhlah,
وقد حيل بين الشياطين وبين خبر السماء، وأرسلت عليهم الشهب،
…dan sungguh telah di halangi antara syaitan dan berita langit, dan telah di hantar ke atas mereka panah api,
فرجعت الشياطين إلى قومهم، فقالوا: مالكم؟
Kemudian syaitan-syaitan itu kembali pada kaumnya dengan tangan kosong tampa khabar apapun. Maka bertanyalah kaum mereka. Apa yang terjadi pada kamu semua?
قالوا: حيل بيننا وبين خبر السماء، وأرسلت علينا الشهب،
Mereka menjawab: “Telah di halang antara kami dan kabar langit, dan di hantar ke atas kami panah api.
قالوا: ما ذاك إلا لشئ حدث، فاضربوا مشارق الأرض ومغاربها، فانظروا ما هذا الذى حال بيننا وبين خبر السماء؟
Maka kaum mereka berkata: “Tidak di halang antara kamu dan khabar langit kecuali sesuatu telah terjadi. Maka pergilahlah oleh kamu timur bumi sampai barat. Dan carilah apa penyebab kamu terhalang dari kabar langit ”.
فانطلقوا يضربون مشارق الأرض ومغاربهما،
…kemudian mulailah mereka mengelilingi bumi dari hujung timur sampai hujung barat mencari penyebab tersekatnya utusan mereka dari kabar langit.
فمر النفر – من الجن – الذى أخذوا نحو تهامة، عامدين إلى سوق عكاظ، فوجدوا الرسول صلى الله عليه وسلم بنخلة يصلى بأصحابه صلاة الصبح،
Sehingga ketika hendak manuju Tihamah mereka terserempak dengan segerombolan sahabat yang ketika itu sedang solat subuh berjemaah dengan Rasulullah di nakhlah,
فلما سمعوا القرآن، استمعوا إليه
Ketika mereka terdengar Al-Quran, mereka pun mendengarkan dengan teliti…
وقالوا: هذا الذى حال بيننا وبين خبر السماء”.
…dan berkatalah mereka: “Inilah yang menghalangi kita dari khabar langit”.
فرجعوا إلى قومهم فقالوا: يا قومنا،
Maka ketika mereka kembali pada kaumnya mereka berkata “ wahai kaumku…
إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
-الجن : 1-
“Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan”, artinya: mereka takjub akan kefasihan bahasanya dan kepadatan makna-makna yang dikandungnya, serta hal-hal lainnya.
وأنزل الله – تعالى – على نبيه
Dan Allah Ta’ala menurunkan ke atas nabi-Nya sallallahu alaihi wa sallam…
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استمع نَفَرٌ مِّنَ الجن
__________
Abu Dawud meriwayatkan dari Alqamah dari Ibn Mas’ud dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam bahawa dia bersabda:
أتانى داعى الجن، فذهبت معهم، فقرأت عليهم القرآن
“Datang kepada aku penyeru dari kalangan jin, maka aku pergi bersama mereka dan aku membacakan kepada mereka al-Quran.”
___________
Di sana ada riwayat ketiga oleh Ibn Ishaq yang diringkaskan:
أنه لما مات أبو طالب، خرج النبى صلى الله عليه وسلم إلى الطائف يلتمس النصرة من أهلها ويدعوهم إلى الإِيمان فأغروا به سفهاءهم، يسبونه ويستهزئون به. فانصرف صلى الله عليه وسلم عنهم، حتى إذا كان ببطن نخلة -هو موضع بين مكة والطائف- قام يصلى من الليل، فمر به نفر من جن نصيبين -وهو موضع قرب الشام- فاستمعوا إليه، فلما فرغ من صلاته، ولوا إلى قومهم منذرين، قد آمنوا وأجابوا إلى ما سمعوا، فقص الله – تعالى – خبرهم عليه
Ketika Abu Talib meninggal dunia, Nabi sallallahu alaihi wa sallam pergi ke Taif, meminta pertolongan dari penduduknya dan memanggil mereka untuk beriman. Mereka menipu orang-orang bodoh dari kalangan mereka. Mereka menghina dan mengejeknya. Maka Nabi sallallahu alaihi wa sallam berpaling dari mereka, sehinggalah Nabi sallallahu alaihi wa sallam berada di Nakhlah (satu tempat antara Mekah dan Taif), dia bangun dan bersolat pada waktu malam. Sekumpulan jin dari Nusaybin (sebuah tempat berhampiran Syam), melintasinya sehingga mereka mendengarkannya. Ketika selesai solatnya, dan kembali kepada kaum mereka, mereka memberi amaran: Sesungguhnya mereka telah beriman dan menerima apa yang mereka dengar. Kemudian Allah Ta’ala menceritakan kepada mereka tentang hal itu…
___________
Di sana, terdapat riwayat lain, mengenai jumlah jin ini dan di tempat-tempat di mana mereka bertemu dengan Nabi sallallahu alaihi wa sallam ketika Nabi sallallahu alaihi wa sallam membacakan al-Quran kepada mereka dan mereka yang bersamanya dari para sahabat semasa pertemuan itu…
Nampaknya, bagi kita dari jumlah keseluruhan riwayat-riwayat pertemuan Nabi sallallahu alaihi wa sallam dengan jin itu, berbagai-bagai (banyak). Kadang-kadang mereka mendengarkan dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam tanpa Nabi sallallahu alaihi wa sallam melihat mereka. Kadang-kadang dia bertemu mereka dan membacakan Al-Quran kepada mereka.
Berkata al-Alusi: Hadis-hadis menunjukkan kedatangan jin, enam kali dan menggabungkan riwayat-riwayat yang berbeza tentang bilangan mereka dan selainnya.
Ibn Mardawaih menyebutkan dari Ibnu Abbas bahawa dia berkata: Kedatangan jin kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, dua kali.
Berkata Qurtubi: Para ulama berbeza mengenai asal usul jin. Diriwayatkan oleh Al-Hasan Al-Basri: Jin adalah anak Iblis, manusia anak Adam, dan dari kedua-duanya ada yang beriman dan ada yang kafir.
Diriwayatkan oleh Al-Hasan Al-Basri: Jin adalah anak Iblis, manusia anak Adam, dan dari kedua-duanya ada yang beriman dan ada yang kafir.
Dari Ibnu Abbas: Bahawasanya jin adalah dari keturunan jin, mereka bukan syaitan, ada yang beriman dan ada yang kafir. Syaitan adalah anak Iblis. Mereka tidak mati, melainkan mati bersama kematian Iblis.
Berkata sebahagian ulama: Dunia jin dari alam ghaib, seperti alam malaikat.
Allahu Ta’ala telah memberitahu kita bahawa Dia menciptakannya (jin itu) dari lidah api yang menjulang-julang atau nyala api tanpa asap. Maksudnya: Unsur api di dalam kejadian jin itu adalah menguasai (dominan). Jin dapat melihat manusia tetapi manusia, tidak dapat melihat jin. Jika pun boleh dilihat adalah ketika ia membentuk dirinya ke dalam bentuk lain. Sebagaimana Jibril dapat dilihat ketika dia berada dalam bentuk manusia.
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan bahawa jin mampu melakukan kerja-kerja yang kasar. Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menundukkan syaitan kepada Nabi Sulaiman alaihis salam, mereka melakukan untuknya apa sahaja yang dia mahukan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menyatakan bahawa di antara jin ada yang beriman dan di antaranya ada syaitan yang menentang. Di antaranya ialah Iblis yang terkutuk.
Banyak perkara dalam hidup ini yang diakui ada tetapi hakikatnya masih belum diketahui. Rahsianya tersembunyi dan kebanyakan darinya tidak dilihat dengan pancaindera.
Bukankah anda melihat ruh? Bukan keraguan bahawa ia pasti ada pada manusia dan haiwan. Namun, tidak ada yang mengetahui apa dia, dan tidak ada seorang pun yang melihatnya. Akhirnya apa yang diketahui mengenainya adalah dari beberapa ciri dan kesannya.
Nabi sallallahu alaihi wa sallam diutuskan (juga) untuk golongan jin, sebagaimana dia juga dibangkitkan kepada umat manusia. Dia menyeru mereka kepada tauhid dan peringatkan mereka dan bacakan kepada mereka Al-Quran. Mereka (jin) akan dihisab atas perbuatan mereka pada Hari Qiyamat sebagaimana manusia dihisab. Oleh itu, jin yang beriman itu seperti manusia yang beriman, dan jin yang tidak beriman adalah seperti manusia yang tidak beriman, dan semua itu dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membuka surah yang mulia dengan memerintahkan Nabi sallallahu alaihi wa sallam menjelaskan kepada manusia Apa yang terjadi atau dikatakan oleh atau pada jin ketika mereka mendengar Al-Qur’an? Maka Allah berfirman:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استمع نَفَرٌ مِّنَ الجن
Dalam hal ini, adalah menjadi petunjuk bahawa apa yang diperintahkan dengannya adalah sesuatu yang penting. Para pendengar terpanggil untuk memberikan tumpuan dengan penuh perhatian. Mematuhi terhadap apa yang diperintahkan dengannya. Mempercayai Nabi sallallahu alaihi wa sallam dalam apa yang diberitahu kepadanya.
Perkataan -النفر-: membawa maksud, kumpulan dari satu hingga sepuluh. Asalnya dalam bahasa, adalah kumpulan dari manusia. Jadi dia menyebut kelompok jin dan dengan analogi (persamaan/ kemiripan).
Maksudnya: Katakan lah – wahai Nabi yang mulia – kepada manusia, Allah Ta’ala telah memberitahu kamu melalui jalan yang dipercayai dan wahyu-Nya, Jibril: Sekumpulan Jin mendengarkan kamu semasa kamu membaca Al-Quran. Mereka berkata – kegembiraan dan kekaguman ketika mereka mendengar…
إِنَّا سَمِعْنَا
Sesungguhnya kami telah mendengar dari Rasul sallallahu alaihi wa sallam…
قُرْآناً عَجَباً
…al-Quran yang mulia, dengan gaya indah serta kualiti yang luar biasa. [w]
Allah mewahyukan kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam melalui lidah Jibril bahawa sekumpulan jin mendengarkan bacaan al-Qurannya, dan Nabi sallallahu alaihi wa sallam tidak mengetahuinya sebelum diwahyukan kepadanya. Ini apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas dan yang lain-lain. Diperselisihkan tentang apakah Nabi sallallahu alaihi wa sallam melihat mereka atau tidak? Maka apa yang jelas dari al-Quran menunjukkan bahawa dia tidak melihatnya, kerana firman Allahu Ta’ala ini:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استمع نَفَرٌ مِّنَ الجن
Di sana, ada satu riwayat yang dibawakan oleh Imam at-Tirmidzi dari Ibnu Abbas, menceritakan tentang kata-kata yang diucapkan oleh satu jin kepada kaum mereka: “Ketika Hamba Allah itu (Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain kerana mengerumuninya. Mereka melihat dia bersolat dan para sahabatnya bersolat, mereka (para sahabat) sujud dengan sujudnya. Mereka (para malaikat) kagum dengan ketaatan sahabat-sahabatnya kepadanya. Ini, ada dinyatakan pada ayat 19 surah Jin. Hadis yang tersebut adalah Hadis Hassan lagi Sahih. Hadis ini adalah dalil bahwa, Nabi sallallahu alaihi wa sallam, tidak melihat jin, tetapi mereka yang hadir kepadanya, dan mereka mendengar bacaannya. Dan padanya juga ada bukti bahawa jin bersama-sama dengan syaitan ketika mereka mengintip berita. Mereka dipanggil syaitan, sebagaimana firman Allahu Ta’ala:
شَياطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ
الأنعام ١١٢
Sesungguhnya, syaitan itu adalah setiap yang menentang dan di luar dari ruang ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam al-Tirmidzi, dari Ibn Abbas, dia berkata: Jin biasa naik ke langit mendengarkan wahyu. Apabila mereka mendengar satu perkataan, mereka menambahkan sembilan perkataan lagi. Perkataan itu asalnya benar, namun apa yang mereka tambahkan padanya, itu menjadikan ia kepalsuan. Ketika Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, dibangkitkan, mereka ditegah dari tempat duduk mereka Mereka beritahu kepada Iblis, bintang-bintang tidak dilontarkan sebelum itu. Iblis berkata kepada mereka: Ini tidak lain hanyalah kerana ada sesuatu yang telah terjadi di bumi. Jadi dia mengirim tentaranya, dan mereka menemukan Rasulullah, sallallahu alaihi wa sallam, berdiri dan bersolat di antara dua gunung. Hadis ini, Hassan Saheh. Hadis ini menunjukkan bahawa jin dilontarkan sebagai syaitan.
26/8/21-8:30AM…
Dalam riwayat as-Suddiyyi: Ketika mereka dilontar, mereka menemui Iblis, mereka memberitahunya tentang perkara yang berlaku. Dia berkata: Bawakan lah kepadaku dari setiap negeri, segenggam tanah, aku mahu menghidunya. Jadi, dibawakan kepadanya, lantas dia menghidunya. Dia berkata: Sahabat kamu itu berada di Mekah. Maka dia mengirim sekelompok jin, dikatakan: Ada tujuh orang. Dikatakan: Sembilan. Dari kalangan mereka itu ada angin puting beliung. Asim menceritakan dari Zarrin, yang mengatakan: Bangsa puting beliung (salah satu kluster dari jin) dan para sahabatnya datang sebelum Nabi sallallahu alaihi wa sallam. Ats-Tsumali berkata: Mereka berasal dari Bani asy-Shaysoban, dan mereka adalah jin yang paling ramai. Dan yang paling kuat dari mereka adalah Syaukah, dan mereka semua pada umumnya adalah tentera Iblis.
Asim juga menceritakan daripada Zirin: bahawa mereka adalah tujuh, tiga dari Harran dan empat dari Nasibin. Dan Juwaiber menceritakan dari ad-Dahhak: mengatakan bahawa mereka adalah sembilan dari Nasibin (sebuah kampung di Yaman, bukan yang di Iraq). Dan dikatakan: Jin yang datang ke Mekah adalah jin Nasibin [2,416 km], dan mereka yang datang ke Nakhlah dari Ninawa (Iraq). [1,165 km]
Amer ash-Sha’bi meriwayatkan bahawa dia berkata: Saya bertanya kepada Alqamah, apakah Ibnu Mas’ud menyaksikan bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, pada ‘malam jin’ itu? Alqamah berkata: Saya bertanya kepada Ibn Masud dan saya berkata: Apakah ada di antara kamu yang menyaksikan dengan Rasulullah, sallallahu alaihi wa sallam? Dia (Ibnu Mas’ud) berkata: Tidak, tetapi suatu malam kami bersama Rasulullah, dan kami kehilangannya. Oleh itu, kami mencarinya di lembah dan di bukit. Jadi, kami menyangkakan dia dibunuh. Dia berkata: Kami bermalam… Ketika subuh, dia datang dari arah Hira. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Kami kehilangan kamu, dan mencari kamu, tetapi tidak menemui kamu, lalu kami bermalam. Dia berkata: [Penyeru dari kalangan jin datang kepada ku, dan aku pergi bersamanya dan membacakan al-Quran kepada mereka. Kemudian itu, dia pergi bersama kami dan menunjukkan kepada kami jejak mereka dan kesan dari kebakaran mereka. Mereka meminta bekal kepadanya, dan mereka berasal dari Jazirah. Kemudian Nabi sallallahu alaihi wa sallam menyatakan bahawa untuk mereka setiap tulang yang disebutkan atasnya nama Allah dan kotoran haiwan adalah makanan untuk haiwan ternakan mereka. Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:
فَلَا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا، فَإِنَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَانِكُمُ الْجِنِّ
Dan dikatakan: Jin datang kepada Rasulullah, sallallahu alaihi wa sallam, dalam dua kelompok: Salah satunya adalah di Makkah, sebagai yang disebut oleh Ibn Mas’ud, dan yang kedua adalah di Nakhla, sebagai yang disebut oleh Ibn Abbas. Berkata Al-Baihaqi: yang di ceritakan oleh Abdullah bin Abbas: Ini adalah pertama kalinya jin mendengar bacaan Nabi sallallahu alaihi wa sallam, dan mengetahui keadaannya. Dan pada waktu itu dia tidak membacakan kepada mereka, dan dia juga tidak melihatnya ketika dia menceritakannya. Kemudian penyeru dari jin datang kepadanya lagi, dan dia pergi bersamanya dan membacakan Al-Quran kepada mereka sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud.
Al-Bayhaqi berkata: Hadis-hadis yang sahih menunjukkan bahawa Ibnu Mas’ud tidak bersama Nabi, sallallahu alaihi wa sallam, sallam malam Jin. Dia hanya berjalan bersamanya ketika dia keluar, dan dia menunjukkan kepadanya kesan jin dan kesan api mereka. Dia berkata: Sesungguhnya telah diriwayatkan dari wajah yang lain bahawa dia bersamanya malam tadi.
Diriwayatkan dari Ibn Mas’ud bahawa Nabi, sallallahu alaihi wa sallam, bersabda: “Aku telah diperintahkan untuk membacakan al-Quran kepada jin, jadi siapa yang akan pergi dengan ku? Mereka terdiam, lalu baginda sallallahu alaihi wa sallam bertanya kali kedua, dan bertanya kali ketiga. Kemudian Abdullah bin Mas’ud berkata: Aku akan pergi bersamamu, ya Rasulullah. Oleh itu, dia pergi sehingga sampai ke al-Hajun berdekatan lembah Abi Dub, dan dia melorekkan (di tanah) suatu garisan, lantas bersabda; jangan melepasinya. Kemudian dia pergi ke Al-Hajun. (Di sini, Ibnu Mas’ud ada menggambarkan bagaimana jin-jin itu menyambut Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan pukulan-pukulan gendang – penyusun)
[Ibnu Mas’ud menyambung:] Sehingga pandangan terhadapnya agak terhalang, dan aku tidak dapat melihatnya, jadi aku bangun, dan dia memberi isyarat dengan tangannya agar aku duduk. Kemudian dia membaca Al-Quran. Suaranya masih meninggi, dan mereka menempel di tanah sehinggalah aku tidak dapat melihat mereka. Maka, ketika baginda sallallahu alaihi wa sallam berpaling kepada saya, baginda bersabda: “Kamu mahu datang kepada saya? Saya berkata: “Ya, ya Rasulullah.” (Sallallahu alaihi wa sallam) Baginda (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda: “Tiadalah itu untuk kamu, jin-jin ini datang untuk mendengarkan Al-Quran, lalu mereka pergi menyampaikan peringatan kepada umat mereka dari kalangan kaum mereka sendiri. Mereka meminta aku untuk memberi makanan, jadi aku menyediakan tulang dan rambut, dan anda berdua tidak sesuai untuk tulang atau kotoran haiwan. Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran binatang (tahi).
Ikrimah berkata: Mereka dua belas ribu dari Mausil (Iraq). Dalam satu riwayat: Dia sallallahu alaihi wa sallam pergi dengan ku sehinggalah ketika kami datang ke masjid berdekatan tembok Auf, dia membuat garisan untuk ku. Sekumpulan mereka datang kepadanya, dan sahabat-sahabat kami berkata wajah mereka, seolah-olah wajah (burung) al-Makaki. Mereka berkata: Apa kamu? Dia berkata: “Aku adalah Nabi Allah.” Mereka berkata: Siapa yang akan memberi kesaksian kepadamu tentang hal itu? Dia berkata: “Pokok ini”. Dia berkata: “Wahai, pokok.” Maka, ia pun datang sehingga menarik akar-akar serta ranting-rantingnya, berbunyi-bunyi, hingga ia berdiri dihadapannya.
Para ulamak berbeza pendapat mengenai asal usul jin. Ismail meriwayatkan daripada al-Hasan al-Basri: Jin adalah keturunan Iblis dan manusia adalah keturunan Adam. Di antara mereka ada yang beriman dan ada yang kafir. Mereka ada kewajipan yang sama dalam ganjaran dan hukuman. Kemudian Hassan al-Basri berkata:
فَمَنْ كَانَ مِنْ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ مُؤْمِنًا فَهُوَ وَلِيُّ اللَّهِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ كَافِرًا فَهُوَ شَيْطَان
Ad-Dahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas: Jin adalah keturunan jin. Mereka bukan syaitan dan mereka beriman. Dan syaitan adalah keturunan syaitan. Mereka tidak mati kecuali dengan matinya Iblis. Para ulamak berbeza pendapat mengenai masuknya jin-jin yang beriman ke dalam Syurga, sesuai dengan perbezaan asal usul mereka. Maka para ulamak yang mendakwa bahawa jin berasal dari keturunan jin, bukan dari keturunan Iblis, dia berkata: mereka akan memasuki syurga kerana iman mereka. Dan para ulamak yang mengatakan: Jin berasal dari keturunan Iblis, para ulamak mempunyai dua pendapat mengenainya. Pertama dan ia adalah perkataan yang al-Hassan bahawa mereka memasukinya. Kedua dan ini adalah riwayat Mujahid, mereka tidak akan memasukinya (walau pun mereka dibebaskan dari api neraka). Diriwayatkan oleh al-Mawardi. Itu telah disebutkan dalam Surat Ar-Rahman ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لَمۡ یَطۡمِثۡهُنَّ إِنسࣱ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَاۤنࣱّ
“(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin…” [Surah Ar-Rahman 74] Menunjukkan bahawa mereka memasukinya. Al-Bayhaqi mengatakan dalam riwayatnya: Mereka yang meminta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bekalan (makanan) adalah berasal dari jin semenanjung Arab. Baginda (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda:
لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ
[Untuk kamu semua tulang] adalah bukti bahawa mereka makan dan memberi makan. Tidak dihalang bagi Nabi sallallahu alaihi wa sallam untuk melihat jin dalam rupa mereka, sebagai mana Nabi sallallahu alaihi wa sallam melihat malaikat. Kebanyakannya, jin itu digambarkan kepada kita dalam rupa ular. Di dalam kitab al-Muwatta: (Ada hadis yang menyatakan) bahawa seorang lelaki yang baru menempuh alam perkahwinan meminta izin kepada Rasulullah, sallallahu alaihi wa sallam, untuk kembali ke keluarganya tengah hari… Al-Hadis. Pada hadis itu ada disebutkan;
فَإِذَا حَيَّةٌ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ، فَأَهْوَى إِلَيْهَا بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا…
Dalam hadis yang sahih bahawa Nabi, sallallahu alaihi wa sallam, bersabda:
إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا، فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ
Segolongan, mengatakan bahawa ini khusus untuk Madina, kerana sabdanya dalam hadis yang sahih:
إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا
Maksudnya: “Di Madinah, beberapa jin telah memeluk agama Islam.” Lafaz ini adalah khusus untuknya, maka ia mengkhususkan hukumnya.
Kami berkata: Ini menunjukkan bahwa rumah-rumah yang lain pun sama. Hal ini tidak ada hubungan dengan kesucian Madinah, sehingga hukumnya jadi khusus untuknya sahaja…
[q]
………………………………………………….
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Beliau boleh dihubungi di talian: 014-7067175. [Akaun Maybank: 164799034703 untuk usaha perkongsian Ilmu & Dakwah]
_muiz@admin: 0107954182_