عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلي الله عليه و سلم: إذا اقترب الزمانُ لم تكدْ رؤيا المؤمنِ تكذبُ وأصدقُهم رؤيًا أصدقُهم حديثًا ورؤيا المسلمِ جزءٌ من ستةٍ وأربعينَ جزءًا من النبوةِ والرؤيا ثلاثٌ فالرؤيا الصالحةُ بُشرى من اللهِ والرؤيا مِن تحزينِ الشيطانِ والرؤيا مما يُحدثُ بها الرجلُ نفسَه فإذا رأى أحدُكم ما يكرهُ فليقمْ وليتفلْ ولا يحدثْ به الناسَ قال وأحبُّ القَيدَ في النَّومِ وأكرهُ الغُلَّ القيدُ ثباتٌ في الدينِ. (حسن صحيح)
Bukhari mengeluarkannya dalam sahihnya pada bab ta’bir. Muslim mengeluarkan dalam sahihnya pada bab mimpi (الرؤيا).
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلي الله عليه و سلم: إذا اقترب الزمانُ
Apabila berhampiran masa (hampir qiyamat)…
لم تكدْ رؤيا المؤمنِ تكذبُ
Nescaya tiada hampir mimpi orang mukmin itu bohong (hampir-hampirlah tiada bohong, mimpi seorang Islam yang mimpi; boleh jadi berlaku mimpi itu sebagaimana ta’birnya)
وأصدقُهم رؤيًا أصدقُهم حديثًا
Dan yang terlebih benar mimpi dari kalangan mereka adalah yang terlebih benar perkataannya… Maka dengan kerana tidak dia pernah berbuat bohong pada cakapnya; baik pun dengan bergurau atau tidak; terhadap kawan atau tidak; semua cakapnya dengan tidak bohong.
ورؤيا المسلمِ جزءٌ من ستةٍ وأربعينَ جزءًا من النبوةِ
Mimpi seorang Islam itu satu juzuk daripada empat puluh enam juzuk Nubuwwah. Iaitulah, enam bulan sebelum menjadi Nabi; kerana dalam tempoh itu, telah turun wahyu dalam bentuk mimpi. Selepas itu, menjadi Nabi dan menerima wahyu selama 23 tahun.
والرؤيا ثلاثٌ فالرؤيا الصالحةُ بُشرى من اللهِ
Mimpi yang benar dan ia merupakan penyukaan dari Allah sebab bagus ta’birnya. Contoh bermimpi;
• Melihat dan mencium tangan Nabi (s.a.w).
• Melihat ibu atau bapaknya atau yang telah mati, di dalam tidurnya dengan memakai pakaian putih. Memakai putih itu adalah alamat orang syurga.
Hakikat mimpi: Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, telah berkata Imam al-Mazari: Bermula mazhab ahlus-Sunnah pada hakikat mimpi itu bahawa Allah ta’ala jadikan di dalam hati orang yang mimpi itu beberapa i’tiqad.
والرؤيا مِن تحزينِ الشيطانِ
Mimpi duka dari syaitan; atau disertai syaitan. Mimpi segala perkara yang ditakuti. Misalnya; kena ditekan atau dicekik atau dicekak hantu. Mimpi yang tiada berketentuan. (Jalan cerita atau mesejnya). Syaitan datang dari kiri semasa kita tidur dan mengusik hati kita. Mempertakutkan kita.
والرؤيا مما يُحدثُ بها الرجلُ نفسَه
Mimpi yang amat disukai oleh hati. Dinamakan mimpi kosong. Tiada ta’birnya.
فإذا رأى أحدُكم ما يكرهُ فليقمْ وليتفلْ
…dan meludah (ke sebelah kiri)…
Mimpi Syaitan, apa yang hendak kita lakukan?
• Bangun dari tidur
• Beralih ke tempat lain
• Ludah ke sebelah kiri 3 kali
• Ucapkan;
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ومن شر ما رأيت…
• Bangkit solat 2 rakaat Mengapa suruh bangkit?
Menurut Imam Nawawi di dalam syarah Muslim, semua amalan di atas dihimpun antara segala riwayat Nabi (s.a.w). Boleh buat semua yang di atas atau sebahagiannya sahaja.
Mengapa ludah sebelah kiri? Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim: Berkata al-Qadhi: Untuk menghalau syaitan dan menghinakannya. Ditentukan di sebelah kiri, kerana sebelah kiri itu, tempat-tempat kotor. Sebelah kanan tempat yang baik dan suci…
ولا يحدثْ بها الناسَ
Jangan ceritakan mimpi kita kepada orang lain, samada yang baik atau tidak, kecuali kepada kekasih yang beraqal; seperti bapak atau nenek atau isteri yang menyimpan rahsia dan bukan jenis mulut tempayan; dan kepada ahli aqal dan orang alim.
Jangan tanyakan ta’bir mimpi kepada mereka yang jahil.
قال وأحبُّ القَيدَ في النَّومِ
…diikat kaki
وأكرهُ الغُلَّ
o Ta’birnya bagus. (Menunjukkan dua tangannya menolak bala).
o Dia bakhil.
o Hajat tak kesampaian.
Wallahu a’lam. ..
[Sumber rujukan: Kitab Bahrul Mazi…]
………………………………………………….
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Beliau boleh dihubungi di: 014-7067175. [Akaun Maybank: 164799034703 @ Bank Islam 12168020073576 untuk usaha perkongsian Ilmu & Dakwah]
_muiz@admin: 0107954182_