Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 1-

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 2-

.

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 1-

AYAT 4

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4)

As-Saadi

Maksudnya: Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir, yang meminta pertolongan dari sihir mereka dengan hembusan pada ikatan; yang mereka menyimpulkannya untuk tujuan sihir.

Al-Waseet

Dan Asal ‘النفاثات’ adalah jama’ kepada ‘نفاثة’, dan ia adalah hembusan bersama sedikit air liur yang keluar dari mulut. Dan ‘العقد’ jamak ‘عقدة’ dan membawa maksud yang berlawanan dengan perkataan terurai (terbuka), dan ia adalah nama bagi setiap apa yang terikat. Dan apa yang dikehendaki dengan;

النفاثات فى العقد؛

Perempuan-perempuan tukang sihir, yang menyimpulkan ikatan-ikatan pada benang-benang dan menghembus-hembus ke atasnya kerana sihir. Dan datang dalam susunan kata yang menunjukan perempuan pada lafaz ‘النفاثات’ kerana majoriti dari ahli sihir adalah kaum wanita. Dan yang benar bahawa adalah ‘النفاثات’ itu sifat bagi angin yangr dihembuskan, maka jadilah lafaz ini meliputi bagi lelaki dan perempuan.

Sesungguhnya, telah diperkatakan oleh para Ulamak secara panjang lebar di sisi pentafsiran mereka tentang firman Nya taala;

وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثاتِ فِي الْعُقَدِ

…berkenaan sihir. Di antara nya mereka yang pergi kepada bahawa sihir itu tiada haqiqatnya. Sesungguhnya ia bayangan atau khayalan.

Jumhur dari mereka, menetapkannya. Bahawa bagi sihir itu bekas atau jejak. Tukang sihir datang dengan sesuatu yang lain dari kebiasaan, sedangkan hakikat yang melakukannya adalah Allahu ta’ala.

Sesungguhnya telah kami luaskan perkataan di dalam masalah ini di dalam kami menafsirkan bagi firman Allah di dalam surah al-Baqarah;

وَاتَّبَعُوا ما تَتْلُوا الشَّياطِينُ عَلى مُلْكِ سُلَيْمانَ، وَما كَفَرَ سُلَيْمانُ وَلكِنَّ الشَّياطِينَ كَفَرُوا، يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ

Kita memohon kepada Allah ta’ala agar memelihara kita dari kejahatan makhluknya.

Dan apa yang dikehendaki dengan;

النفثات في العقد؛

Tukang fitnah yang mengusahakan kerosakan di antara manusia, sebagai mana Firman Allah;

وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ

“Dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.” (Al-Baqarah 27)

Maksudnya: Dan katakanlah (juga) aku merayu pertolongan dengan Allah ta’ala dari kejahatan-kejahatan ahli sihir dan pengadu domba, dan dari setiap yang melakukan kerosakan di bumi dan bukan memperbaik-pulih.

Qurtubi

FirmanNya ta’ala:

ومن شر النفاثات فى العقد

Maknanya tukang-tukang sihir yang menghembus pada ikatan benang ketika mereka melakukan jampi ke atasnya.

وروى النسائي عن أبي هريرة قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من عقد عقدة ثم نفث فيها، فقد سحر، ومن سحر فقد أشرك، ومن تعلق شيئا وكل إليه.

Dan An-Nasai meriwayatkan dari Abi Hurairah, dia berkata: Bersabda Rasul Allah (s.a.w): siapa yang menyimpulkan simpulan kemudian menghembus padanya, maka sesungguhnya dia telah melakukan perbuatan sihir, dan siapa yang melakukan sihir, maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik, dan siapa yang bergantung kepada sesuatu dia telah bertawakkal kepadanya.

Dan mereka berselisih pada hembusan di sisi jampi (membaca ayat-ayat Quran dan doa-doa yang ma’tsur), maka satu qaum menegahnya dan mengharuskannya yang lain-lain.

Berkata Ikrimah: Tidak seharusnya bagi orang yang menjampi (membaca ayat-ayat Quran dan doa-doa yang ma’tsur) bahawa dia menghembus, dan tidak menyapu dan tidak menyimpul. Berkata Ibrahim: Adalah mereka membenci hembusan pada bacaan.

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 2-

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 2-

Adapun apa yang diriwayatkan dari Ikrimah dari firmanNya: Tidak harus bagi yang membaca jampi, melakukan hembusan, kerana seolah-olahnya Allah ta’ala menjadikan hembusan pada simpulan dari apa yang dimintakan pertolongan dengannya, bukanlah dirinya yang menjadi tempat memohonkan perlindungan; dan tidaklah persoalan ini sebagaimana yang telah; kerana apabila hembusan pada simpulan itu keji, maka tidak semestinya hembusan dengan tiada simpulan itu keji. Ada pun hembusan pada simpulan itu, menghendaki dengannya sihir yang memudaratkan kepada ruh. Ada pun hembusan ini (hembusan di atas bacaan) untuk memulihkan badan. Maka tidak boleh mengqias apa yang memberi manfaat dengan apa yang memudaratkan.

Qurtubi membawakan satu riwayat;

اشتكيتُ فأتاني النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وأنا أقولُ: اللهم إنْ كان أَجَلِي قد حَضَر فأرِحْني وإنْ كان متأخِّرًا فاشفِني أو عافِني وإنْ كان بلاءً فصبِّرْني فقال النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: كيفَ قلتَ قال: فأعدتُ عليهِ قال: فمسَح بيدِه ثم قال: اللهم اشفِه أو عافِه قال: فما اشتكيتُ وجَعي ذاكَ بعدُ

الراوى: على بن أبى طالب، المحدث: أحمد شاكر، المصدر: مسند أحمد، الجزء أو لبصفحة: ٢/٢٣٥، حكم الحديث: إسناده صحيح.

Dalam hadis di atas, Saidina Ali mendatangi Nabi (s.a.w) untuk mengadu kesakitannya dan dia berkata: Ya Allah, jika adalah ia ajalku yang telah tiba maka rehatkanlah aku; jika belum masanya lagi sembuhkanlah aku; jika ia ujian, maka sabarkanlah aku. Maka Nabi (s.a.w) berdoa untuknya dengan sabdanya: Ya Allah sembuhkanlah dia. Kemudian baginda mengusap dengan tangannya. Kemudian Saidina Ali berkata bahawa dia tidak pernah lagi merasa atau mengadu kesakitan selepas itu.

Ibnu Kasir

وفي الحديث الآخر: أن جبريل جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اشتكيت يا محمد؟ فقال: ” نعم “. فقال: بسم الله أرقيك، من كل داء يؤذيك، ومن شر كل حاسد وعين، الله يشفيك.

الراوي: أبو سعيد الخدري، المحدث: مسلم،

المصدر: صحيح مسلم، الجزء أو الصفحة: 2186

 حكم المحدث:صحيح

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Ke ayat 4 (siri 2/ trek 2);

Video, kuliah maghrib, Bacaan TAFSIR, AYAT 4 (Siri 2; Trek 2), S AL-FALAQ, oleh ustaz Hishamuddin Abdul Aziz…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment