Tafsir Ayat 3 Surah Al-Falaq – Bahaya Malam
Ayat 3
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3)
As-Saadi:-
Kemudian mengkhususkan selepas menyebut secara umum, maka Allah berfirman:
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
Maksudnya: Dari kejahatan apa yang ada di waktu malam, ketika mana manusia tidak sedarkan diri, dan tersebar padanya ramai dari roh-roh yang jahat, haiwan-haiwan yang berbahaya.
Al-Wasit:-
Kemudian Allah ta’ala berfirman:
وَمِنْ شَرِّ غاسِقٍ إِذا وَقَبَ
Dan ‘الغاسق’: Malam ketika bersangatan gelapnya, dan darinya firman Nya ta’ala:
أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلى غَسَقِ اللَّيْلِ….
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam…
Perkataan ‘غسق اليل’ maksudnya: hingga kepada gelapnya.
Dan firmanNya: ‘وقب’ dari perkataan ‘الوقوب’, dan ianya adalah kemasukan.
Maksud (ayat): dan katakanlah aku mohon perlindungan dengan Nya, dari kekahatan malam bila ia bersangatan gelap, dan menerjunkan tirainya ke atas tiap-tiap sesuatu dan hilang di bawah sayapnya, apa yang sebelumnya kelihatan. Di dalam kegelapan yang seperti itu, boleh sahaja ada bahaya yang tersembunyi.
Al-Qurtubi:-
Firman Allah ta’ala:
ومن شر غاسق إذا وقب
Berselisih padanya; maka dikatakan: Ianya adalah malam. Dan ‘الغسق’: Awal kegelapan malam. Berkata Ibnu Abbas: Bacaan-bacaan mentera.
Dan ‘وقب’: Menjadi gelap; mengatakannya Ibnu Abbas. Dan Adh-Dhahhak: Memasuki. Qatadah: Telah pergi. Yaman bin Ri Ab: tenang. Dan dikatakan: Turun.
Berkata Az-Zajjaj: Kerana pada waktu malam keluar binatang liar dan orang-orang yang keji dari tempatnya, dan ahli kejahatan mengeluarkan kerosakan.
Dan dikatakan: Ia adalah matahari apabila ia terbenam (disebelah barat); mengatakannya Ibnu Syihab. Dan dikatakan: Ia bulan. Berkata ‘القتبى’: Apabila masuk pada (waktu) sahurnya, dan ia umpama penutup baginya, dan yang demikian itu apabila hilang dengannta. Dan setiap sesuatu yang menghitamkan maka ia adalah ‘غسق’.
Berkata Qatadah: Apabila menghilang (dari penglihatan). Dan ia yang lebih sahih; kerana dalam Turmuzi dari Aishah:
أن النبي – صلى الله عليه وسلم – نظر إلى القمر، فقال: “يا عائشة، استعيذي بالله من شر هذا، فإن هذا هو الغاسق إذا وقب.”
Bahawa Nabi (s.a.w) melihat ke arah bulan, maka baginda bersabda: “Wahai Aishah, minta perlindunganlah dengan Allah dari kejahatan ini, maka sesungguhnya, ia ini adalah:
الغاسق إذا وقب.
Berkata Abu Isa: Hadis ini Hassan Sahih.
Dan dikatakan: ‘الغاسق’: Ular apabila ia menyengat. Seolah-olah ‘الغاسق’ itu, gigi taringnya; kerana masuk daripadanya; maksudnya menyembur. Dan ‘وقب’ gigi taringnya: Bila masuk ke dalam sengatan. Dan dikatakan: ‘الغاسق’: Tiap-tiap serangan yang memudharatkan, umpama bisul apabila mengalir nanahnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Ke ayat 4 (Siri 1);