Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 3-

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 3-

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 3-

AYAT 4

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4)

 

As-Saadi

Maksudnya: Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir, yang meminta pertolongan dari sihir mereka dengan hembusan pada ikatan; yang mereka menyimpulkannya untuk tujuan sihir.

 

Al-Waseet

Dan Asal ‘النفاثات’ adalah jama’ kepada ‘نفاثة’, dan ia adalah hembusan bersama sedikit air liur yang keluar dari mulut. Dan ‘العقد’ jamak ‘عقدة’ dan membawa maksud yang berlawanan dengan perkataan terurai (terbuka), dan ia adalah nama bagi setiap apa yang terikat. Dan apa yang dikehendaki dengan;

النفاثات فى العقد؛

Perempuan-perempuan tukang sihir, yang menyimpulkan ikatan-ikatan pada benang-benang dan menghembus-hembus ke atasnya kerana sihir. Dan datang dalam susunan kata yang menunjukan perempuan pada lafaz ‘النفاثات’ kerana majoriti dari ahli sihir adalah kaum wanita. Dan yang benar bahawa adalah ‘النفاثات’ itu sifat bagi angin yangr dihembuskan, maka jadilah lafaz ini meliputi bagi lelaki dan perempuan.

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Falaq -Siri 2-Trek 3-

Sesungguhnya, telah diperkatakan oleh para Ulamak secara panjang lebar di sisi pentafsiran mereka tentang firman Nya taala;

وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثاتِ فِي الْعُقَدِ

…berkenaan sihir. Di antara nya mereka yang pergi kepada bahawa sihir itu tiada haqiqatnya. Sesungguhnya ia bayangan atau khayalan.

Jumhur dari mereka, menetapkannya. Bahawa bagi sihir itu bekas atau jejak. Tukang sihir datang dengan sesuatu yang lain dari kebiasaan, sedangkan hakikat yang melakukannya adalah Allahu ta’ala.

Sesungguhnya telah kami luaskan perkataan di dalam masalah ini di dalam kami menafsirkan bagi firman Allah di dalam surah al-Baqarah;

وَاتَّبَعُوا ما تَتْلُوا الشَّياطِينُ عَلى مُلْكِ سُلَيْمانَ، وَما كَفَرَ سُلَيْمانُ وَلكِنَّ الشَّياطِينَ كَفَرُوا، يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ

Kita memohon kepada Allah ta’ala agar memelihara kita dari kejahatan makhluknya.

Dan apa yang dikehendaki dengan;

النفثات في العقد؛

Tukang fitnah yang mengusahakan kerosakan di antara manusia, sebagai mana Firman Allah;

وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ

“Dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.” (Al-Baqarah 27)

 

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ke ayat 5 (siri 1);

Video, kuliah maghrib, Bacaan TAFSIR, Ayat 5 (Siri 1), S. AL-FALAQ, oleh ustaz Hishamuddin Abdul Aziz…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment