Soal & Jawab

Hukum berselawat di antara solat-solat tarawih…

Penjelasan Dr. Nouh al-Qudhah (Mantan Mufti Jordan):-

Sahabat-sahabat kita umat Islam semuanya berniat baik insya-Allah.

Ulamak berbeza pendapat, adakah kita boleh amalkan satu amalan baik yang tidak diamalkan oleh para sahabat; ataupun semua amalan yang baik kita boleh amalkan walaupun tidak diamalkan oleh para sahabat.

Contohnya, solat Tarawih (secara berjamaah) sabit daripada Saidina Umar radhiallahu anhu. Sadina Umar menghimpunkan umat Islam untuk solat Tarawih secara berjemaah di Madinah.

Penduduk Mekah apabila mereka menunaikan solat tarawih antara setiap empat rakaat, empat rakaat (mereka berehat); solat tarawih dinamakan tarawih kerana mereka berehat antara setiap empat rakaat solat, solat empat rakaat kemudian berehat.

Kita agak pelik apabila membicarakan hal ini.

Ada yang mengatakan bahawa apabila ingin membaca surah al-Baqarah, Ali Imran dan an-Nisa pada rakaat pertama, mereka berkata: “Cepat sikit Imam. Cepat sikit imam…”

Ada di antara mereka yang menggunakan tongkat supaya dapat menunaikan solat tarawih. Tempoh solat panjang jadi perlukan masa untuk berehat. Apa yang penting mereka berehat antara setiap empat rakaat.

Ahli Mekah pada setiap kali rehat (4 rakaat), mereka mengerjakan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dan perkara ini tidak ada pada zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam, dan juga tidak ada pada zaman Saidina Umar yang mana ketika itu baru bermula solat tarawih secara berjamaah.

Tidak ada seorang pun yang berkata kepada mereka: “Dari mana kamu ambil amalan tawaf ini?”

Penduduk Madinah, apabila mereka lihat penduduk Mekah tawaf 7 pusingan antara setiap empat rakaat, mereka bimbang jika penduduk Mekah dapat mengalahkan mereka dalam mengejar pahala kerana mereka tiada kaabah untuk melakukan tawaf. Lalu mereka solat 4 rakaat, antara setiap empat rakaat. Jadi, mereka solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan ditambah 16 rakaat menjadikan jumlahnya 36 rakaat….

وفى ذلك فليتنفس المتنفسون

“Dan untuk yang demikian itu hendaklah berlumba-lumba…” (Miraffifin 26)

Tidak ada seorang pun yang mempersoalkan kepada mereka, dari mana kamu ambil ataupun cipta solat-solat ini, dan tidak ada seorangpun yang mempersoalkan dari mana kalian ambil amalan tawaf ini.

Amalan baik diserikan lagi dengan tambahan amalan yang baik. Percampuran antara yang baik dengan yang baik.

Ada pun kalau ada yang bertanya: “Kenapa kamu baca, Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syai-in Qadir, antara setiap empat rakaat,” demi Allah, ini soalan yang tidak patut. Ataupun dia bertanya; “Kenapa kamu baca surah al-Ikhlas antara setiap empat rakaat…” (Ini adalah soalan yang tidak patut).

Sebaliknya, kalau ada yang mengkhususkan surah al-Ikhlas dalam solat tarawih, maka kita katakan, tidak boleh! Atau yang mengkhususkan zikir tertentu dalam solat tarawih, maka kita kita katakan, tidak boleh!

Kita biarkan perkara ini seperti kebiasaan. Sesiapa yang baca maka dia dapat kebaikan. Sesiapa yang tidak baca, maka dia tidak rugi apa-apa.

Beginilah cara berlapang dada antara satu sama lain. Tidak perlu kita datangkan masalah di masjid hanya kerana si fulan baca surah al-Ikhlas, atau si fulan berselawat, atau si fulan bertahlil.

Bagaimana kita boleh sanggup untuk menghalang seseorang yang berzikir lailahaillallah.

Biarkan manusia seperti kebiasaan mereka.

Setiap negara ada budaya masing-masing dan semuanya ada kebaikan insya-Allah…

…………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU di talian: 0147067175.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment