Sekilas Renungan

Ayah bimbang, jika tak berkesempatan

Dengar sini isteri, anak² & menantu ayah…

Ayah rasa di dalam hati ini bahawa ayah, sudah tidak ada masa yang panjang lagi di dunia ini.

Ayah bimbang, jika ianya adalah benar.

Jadi, ketika masih ada kesempatan lagi ini, ayah nak menjemput Alang & Atih; untuk sambung mengaji Quran lagi dengan ayah sehingga ayah benar² puas-hati dengan bacaan ke dua²nya…

Abang Long; kalau tak pun, tak per. Tapi sependengar ayah ada juga bacaan dia yang perlu diperbetulkan.

Kak Ngah; tak payah lah, sebab ayah dah puas hati dengan bacaan dia.

Ibu & Kak Long; ayah tak pernah dengar lagi bacaan masing-masing.

Selalu, ayah minta ibu baca pada ayah, tetapi asyik bertangguh sahaja.

Kalau memang dah boleh baca dengan betul, tak payah lah. Tapi kalau rasa bahawa bacaan masih perlu dibaiki, datanglah kepada ayah. Ayah bantu.

Ayah nak selesaikan kewajipan. Tak nak Allah tanya lagi nanti di sana.

Semoga ayah dapat mati dengan tenang…

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تهتم علينا يا الله بحسن الخاتمة

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment