من شر الوسواس الخناس
Al-Qurtubi:
Dikatakan: Sesungguhnya al-waswas al-Khannas, anak lelaki Iblis, dia datang dengannya kepada Hawa, dan meletakkannya diantara dua tangan Hawa, dan berkata: Dukunglah dia. Datang Adam – a.s – berkata: Apa ini Hawa? Hawa berkata: Telah datang musuh kita dengan ini dan berkata kepada aku: Dukunglah ia. Berkata Adam: Bukankah telah aku katakan kepada mu jangan menurutinya dalam apa pun, dialah yang menggelincirkan kita hingga kita jatuh dalam kesilapan?
Dia memotongnya kepada empat bahagian, dan menggantung setiap suku pada pokok, marah kepadanya; Datang iblis dan berkata: Wahai Hawa, mana anak ku? Maka dia memberitahunya apa yang Adam – a.s – telah lakukan terhadap anaknya. Iblis berkata: Wahai Khannas, hiduplah, maka dia memenuhinya. Iblis datang dengan anaknya itu kepada dan berkata: Dukunglah ia; datang Adam – a.s – membakarnya dengan api dan menaburkan abunya di laut; maka datang iblis yang dilaknat ke atasnya kepada Hawa dan berkata: Wahai Hawa, mana anak ku? Maka diberitahu tentang perbuatan Adam; maka dia pergi ke laut dan berkata: Wahai Khannas, hiduplah, maka memenuhinya, maka dia datang kepada Hawa kali ke tiga dan berkata: Dukunglah ia. Maka Adam melihat kepadanya, dia menyembelihnya dan memanggangnya dan memakannya semuanya, menaburkan saki baki abunya dilaut; maka datang Iblis yang ke atasnya laknat dan berkata: Wahai Hawa: Di mana anak ku? Maka Hawa memberitahu kepadanya apa yang telah dilakukan Adam (a.s); maka dia pergi ke laut dan berkata: Wahai Khannas, hiduplah, maka dia memenuhinya. Dia pergi dengannya kepada Hawa kali ke tiga dan berkata: Dukunglah dia. Adam melihat kepadanya, maka dia menyembelihnya dan memanggangnya dan mereka berdua memakan semuanya.
Iblis datang dan bertanya kepada Hawa dan diberitakan oleh Hawa. Iblis berkata: Wahai Khannas, hiduplah maka dia memenuhinya dan Iblis datang dengannya dari rongga perit Adam dan Hawa. Berkata Iblis: Inilah yang aku kehendakki, dan ini tempat kamu di dalam dada anak Adam; maka dia menyuap hati anak Adam selama lalai dan dia membisikkan, bila ingat akan Allah dalam hatinya, dia mundur.
Khabar ini disebut at-Turmuzi al-Hakim di dalam Nawadirul Usul dengan isnad dari Wahab Bin Munabbih. Aku tidak fikir ia sahih. Dan Allah ta’ala lebih mengetahui.
Disifatkan dengan al-Khannas (sifat datang dan pergi; ada dan hilang) kerana banyak tersembunyi atau terpendam: darinya firman Allahu ta’ala:
فلا أقسم بالخنس
“Oleh itu, Aku hersumpah dengan bintang yang tenggelam timbul…”
Maknanya bintang-bintang yang tersembunyi selepas kemunculannya.
Berkata Ibrahim at-Taimi: Seawal-awal apa yang diwas-waskan adalah tentang wudhuk.