Tafsir Al-Quran

MANUSIA LEBIH JAHAT DARI JIN… [Tafsir Surah An-Nas (Volum 7)]

Firman Allah pada ayat 6, surah an-Nas;

من الجنة و الناس

Ibnu Kasir, di dalam mengulas tentang ayat ini ada mwnyebut bahawa Allah (s.w.t) berfirman:

من الجنة والناس

Ini menguatkan qaul yang kedua. Dikatakan firmanNya:

من الجنة والناس

Tafsir bagi ayat:

الذي يوسوس في صدور الناس

“Yang membisik-bisikkan dalam dada manusia…”

…Dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا شياطين الإنس والجن يوحي بعضهم إلى بعض زخرف القول غرورا…
[ الأنعام:112]

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya…

Al-Wasit Li Tantawi dalam menghurai ayat di atas menulis: Kemudian Allah menghibur Nabinya dari sikap keras kepala qaum musyrikin dan sikap melampau dalam kebatilan dengan menerangkan bahawa setiap Nabi ada bagi mereka musuh-musuh yang berbuat jahat kepadanya dan mengadakan halangan pada jalan dakwahnya.

Maka Allah berfirman:

وَكَذلِكَ جَعَلْنا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَياطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ

Sebagaimana apa yang Kami jadikan bagi engkau wahai Muhammad, musuh-musuh yang menyanggahi engkau, kami jadikan juga bagi tiap-tiap Nabi sebelum engkau, musuh-musuh, maka janganlah itu menyedihkan kamu.
Berfirman Allah Ta’ala;

ما يُقالُ لَكَ إِلَّا ما قَدْ قِيلَ لِلرُّسُلِ مِنْ قَبْلِكَ إِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ وَذُو عِقابٍ أَلِيمٍ

Berfirman Allah Ta’ala;

وَكَذلِكَ جَعَلْنا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ وَكَفى بِرَبِّكَ هادِياً وَنَصِير

Dan yang dikehendakki dengan syaitan-syaitan manusia dan jin, dua;

Asy-Syaitan: Tiap-tiap yang angkuh menderhaka dari manusia dan jin. Ayat;

وَكَذلِكَ جَعَلْنا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا إلخ

Membaharui dalam menghiburkan Nabi (s.a.w) dari apa yang disaksikannya dari permusuhan Quraisy baginya.

FirmanNya;

يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوراً.

Al-Wahyu: Maklumat tentang sesuatu dari jalan tersembunyi secara halus dan pantas.

Zukhrufal Qauli: Kepalsuan yang dihiaskan dengan kedustaan. Asal makna az-Zukhruf: perhiasan yang dihiaskan.

Al-Ghurur: Penipuan, pura-pura, licik… Diambil ketika polos dan lalai.

Makna ayat: melempar sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain dengan jalan halus tersembunyi perkataan hiasan dan kesamaran yang elok zahirnya tetapi keji batinnya supaya dapat menipu dengannya orang-orang yang dhaif dan mengendalikan mereka dari kebenaran kepada kebatilan.

Sesungguhnya telah disebutkan bahawa Nabi (s.a.w) memerintahkan mengikutnya dalam memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan-syaitan manusia dan jin, maka dari Abi Zar dia berkata:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في مجلس. قد أطال فيه الجلوس فقال: «يا أبا ذر هل صليت؟ قلت: لا يا رسول الله. قال: قم فاركع ركعتين قال: ثم جئت فجلست إليه فقال: يا أبا ذر، هل تعوذت بالله من شياطين الجن والإنس؟ قال: قلت لا يا رسول الله، وهل للإنس من شياطين؟ قال: نعم، هم شر من شياطين الجن.

Dari Abi Zar, dia berkata: Aku mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan baginda di masjid, kemudian aku duduk, Radulullah bersanbda: “Wahai Abu Zar, adakah kamu sudah solat?” Aku berkata: “Tidak.” Baginda bersabda: “Bangunlah dan solatlah.”Abu Zar berkata: “Aku bangun dan bersolat, kemudian aku duduk.” Baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, mintalah perlindungan dengan Allah dari kejahatan syaitan-syaitan manusia dan jin.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, ada manusia syaitan?” Baginda bersabda: “Ya. Mereka itu lebih jahat dari syaitan jin.”

Sesungguhnya telah menyampaikan Imam Ibnu Kathir beberapa riwayat-riwayat dari Abi Zar pada memaknakan ayat ini, kemudian dia berkata pada penghujungnaya: maka ini jalan bagi hadis ini dan jumlah kesemuanya memberi faedah kekuatannya dan kesahihannya.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment