Sambungan Tafsir Ayat 3 Surah An-Nasr
As-Saadi
Ada pun suruhan, selepas berhasil pertolongan dan pembukaan, maka Allah memerintah Rasulullah (s.a.w) bahawa bersyukur kepada Tuhannya atas yang demimian itu. Bertasbih memujinya dan beristighfar kepadanya. Maka sesungguhnya pada yang demikian itu ada dua isyarat: Isyarat bahawa Dia meneruskan pertolongan bagi agama ini, dan menambah ketika berhasil, bertasbih dengan pujian kepada Allah dan beristighfar kepadanya dari RasulNya, maka sesungguhnya inilah dari kesyukuran,
Dan Allah berfirman:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Sesungguhnya mendapati yang demikian itu di zaman Khulafa Rasyidin dan selepas mereka pada umat ini masih pertolongan Allah itu berterusan, hingga sampailah kepada zaman di mana umat Islam menyalahi perintah Allah, maka Allah menguji mereka dengan perpecahan kalimah, tercerai berai urusan, maka berlakulah apa yang berlaku.
Adapun isyarat yang kedua, maka ia adalah isyarat kepada bahawa ajal Radulullah (s.a.w) sesungguhnya telah hampir.
Maka Allah memerintahkan RasulNya dengan tahmid dan istighfar dalam keadaan ini, isyarat kepada bahawa ajalnya telah tiba. Maka bersiap sedia dan mengatur bagi pertemuannya dengan Tuhannya.
Adalah Rasulullah (s.a.w) memperbanyakan menyebut di dalam rukuk dan sujudnya:
“سبحانك اللهم وبحمدك، اللهم اغفر لي”
Qurtubi
FirmanNya ta’ala:
فسبح بحمد ربك واستغفره
Maksudnya bila kamu bersolat maka perbanyakan yang demikian itu. Dikatakan: makna (سبح): (صل). Dari Ibnu Abbas:
بحمد ربك
Maksudnya memuji kepadaNya atas apa yang dia datangkan dari kejayaan.
Dan beritighfar kepadaNya, maksudnya: mintalah kepada Allah keampunan. Dikatakan;
فسبح
Yang dikehendaki dengannya: penyucian; mensucikannya dari apa yang tidak boleh ke atasnya bersama syukur engkau baginya.
واستغفره
Maksudnya: Mohonkanlah kepada Allah pengampunan bersama pengekalan zikir.
Meriwayatkan imam-imam (dan lafaz dari Bukhari) dari Aisyah (r.a) dia betkata: Tidak solat Rasulullah (s.a.w) suatu solat selepas turun ke atasnya surah:
إذا جاء نصر الله والفتح،
…melainkan dia berkata:
سبحانك ربنا وبحمدك، اللهم اغفر لي
Dan darinya juga dia berkata: Adalah Rasulullah (s.a.w) membanyakkan menyebut dalam rukuknya dan sujudnya
سبحانك اللهم ربنا وبحمدك، اللهم اغفر لي
Berkata Abu Hurairah: Berusaha keras Nabi (s.a.w) selepas penurunannya, sehingga bengkak kakinya, berat badannya menurun, sedikit senyumnya dan banyak tangisnya.
Berkata Ikrimah: Tidak adalah Nabi (s.a.w) sama sekali lebih bersungguh-sungguh dalam urusan akhirat apa yang telah ketika turunnya surah ini.
Berkata Muqatil: Ketika turun, Nabi (s.a.w) membacanya (surah an-Nasr) kepada para sahabatnya, dari mereka, Abu Bakar dan Umar dan Sa’ad bin Abi Waqas, maka gembiralah mereka, tetapi Abbas menangis; maka berkata kepadanya Nabi (s.a.w): Apa yang engkau tangiskan wahai pakcik ku? Dia berkata: Engkau telah sampaikan berita kematian untuk diri mu. Nabi (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya bagi kamu, apa yang kamu kata. Maka baginda hidup selepasnya enam puluh hari, tidak aku lihat ia ketawa.
Dikatakan: Surah ini turun di Mina selepas hari-hari tasyriq, semasa haji wada’, maka menangis Umar dan Abbas, maka dikatakan kepada keduanya: Sesungguhnya hari ini, hari kegembiraan, maka kedua-duanya berkata: Bahkan padanya berita kematian Nabi (s.a.w). Bersabda Nabi (s.a.w): Kamu berdua benar, aku menyampaikan berita kematian ku.
Di dalam riwayat Bukhari dan selainnya dari Ibnu Abbas, ada menyebut bahawa
Umar pernah bertanya tentang surah ini. Lalu dijawab bahawa Allah memerintahkan NabiNya (s.a.w) beristighfar dan bertaubat kepadanya ketika ‘dibukakan kepadanya jalan kemenangan’. Maka dia berkata: Apa yang kamu katakan wahai Ibnu Abbas? Bukan begitu, tetapi Allah mengkhabarkan bahawa ajal NabiNya (s.a.w) telah hadhir.
Dikatakan: Adalah Nabi (s.a.w) berkata di dalam doanya:
رب اغفر لي خطيئتي وجهلي، وإسرافي في أمري كله، وما أنت أعلم به مني…
Tuhan, ampunkanlah bagi ku kesalahan ku, kebodohan ku, kesia-siaan ku di dalam seluruh urusan ku; dan tidaklah kamu lebih mengetahui dengannya dari ku…
اللهم اغفر لي خطئي وعمدي، وجهلي وهزلي، وكل ذلك عندي…
Ya Allah ampunkanlah bagi ku kesalahan ku, niat ku yang menyimpang, kejahilan ku, senda gurau ku dan setiap dari yang demikian itu di sisi ku..
اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت، وما أعلنت وما أسررت، أنت المقدم وأنت المؤخر، إنك على كل شيء قدير.
Ya Allah, ampunkanlah bagi ku kesalahan ku yang telah lalu dan akan datang, kesalahan ku yang terang dan tersembunyi, Kamulah yang terawal dan terakhir, sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu…
Maka adalah Nabi (s.a.w), melihat kerdil dirinya di depan kebesaran ni’mat yang telah Allah kurniakan ke atasnya dan terlihat rasa kerdilnya itu pada kegigihannya dalam mengibadahi Allah.
Di dalam ayat ini, terkandung makna: Jadilah kamu bergantung dengan Nya, meminta-minta, menghara-harap, merasa hina diri kerana melihat betapa lalainya diri pada menunaikan haq.
Dikatakan: beristighfar adalah ibadah, bukan untuk memohon ampun (semata-mata). Dikatakan: Itu, peringatan bagi umatnya, agar tidak meninggalkan istighfar. Dikatakan: (واستغفره) maksudnya dia beristighfar untuk umatnya.
إنه كان توابا
Maksudnya, atas orang-orang yang bertasbih dan beristighfar, Allah beri taubat ke atas mereka dan mengasihani mereka.
وإذا كان – عليه السلام – وهو معصوم يؤمر بالاستغفار، فما الظن بغيره؟
روى مسلم عن عائشة قالت: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يكثر من قول: سبحان الله وبحمده، أستغفر الله وأتوب إليه. فقال: “خبرني ربي أني سأرى علامة في أمتي، فإذا رأيتها أكثرت من قول سبحان الله وبحمده، أستغفر الله وأتوب إليه، فقد رأيتها: إذا جاء نصر الله والفتح – فتح مكة – ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا “.
وقال ابن عمر: نزلت هذه السورة بمنى في حجة الوداع؛ ثم نزلت اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي فعاش بعدهما النبي – صلى الله عليه وسلم – ثمانين يوما.
ثم نزلت آية الكلالة، فعاش بعدها خمسين يوما.
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ ۚ إِنِ امْرُؤٌ هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ فَلَهَا نِصْفُ مَا تَرَكَ ۚ وَهُوَ يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ ۚ فَإِنْ كَانَتَا اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ ۚ وَإِنْ كَانُوا إِخْوَةً رِجَالًا وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۗ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [Surat An-Nisa’ 176]
ثم نزل لقد جاءكم رسول من أنفسكم فعاش بعدها خمسة وثلاثين يوما.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [Surat At-Taubah 128]
ثم نزل واتقوا يوما ترجعون فيه إلى الله فعاش بعدها أحدا وعشرين يوما. وقال مقاتل سبعة أيام. وقيل غير هذا مما تقدم في ( البقرة )بيانه والحمد لله
(Kutipan penyusun dari sumber lain) Ibnu Juraij mengatakan, “Ayat ini turun enam malam sebelum Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, setelah itu Allah tidak menurunkan satu pun ayat lagi kepada Nabi.” Menurut Ibnu Jubair dan Muqatil tujuh malam sebelum Nabi wafat. Ada pula yang menyatakan tiga hari bahkan beberapa saat sebelum Nabi wafat.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan para sahabat mencatatnya dalam Alquran antara ayat riba dan utang. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jibril datang kepadaku dan memerintahkan agar meletakkan ayat tersebut di awal ayat 280.”
Ibnu Abbas mengatakan, “Ayat Alquran yang paling terakhir diturunkan adalah
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. [Surat Al-Baqarah 281]
Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr
Nasr