Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 1 Surah Al-Falaq -Trek 1 dari 2-

Tafsir Ayat 1 Surah Al-Falaq -Trek 1 dari 2-

Tafsir Ayat 1 Surah Al-Falaq -Trek 1 dari 2-

AYAT 1

Firman Allah;

قل أعوذ برب الفلق

Al-Wasit:-

Perkataan al-falaq: asalnya membawa makna membelah sesuatu dari sesuatu, memisahkan sebahagian dari sebahagian yang lain.

Apa yang dikehendakki dengannya di sini: (Waktu) Subuh. Digelar فلقا kerana pembelahan malam pemisahan antara keduanya, sebagaima tersebut di dalam firmanNya: فالق الإصباح, maknanya; yang membahagi di antara gelap akhir malam dari cerah fajar. Termasuk juga yang dikehendaki di sini adalah setiap apa membelahnya akan Allah ta’ala dari makhluq-makhluq seperti bumi (tanah) yang membelahnya akan tumbuh-tumbuhan. Dan bukit-bukit yang terbelah oleh mata-mata air.

Makna ayat: Katakanlah – wahai Rasul yang mulia – aku mohon perlindungan, pemeliharaan, penjagaan dengan Allah – ta’ala – yang membelah malam, memisahkan darinya subuh, dan Dia Tuhan segala yang ada, dan yang menciptakan setiap makhluq…

Tafsir Ayat 1 Surah Al-Falaq -Trek 1 dari 2-

Al-Qurtubi :-

Dan ia (surah al-Falaq) ada lima ayat. Dan ia adalah ‘makkiyah’ pada perkataan al-Hassan, Ikrimah, ‘Attok dan Jabir; ‘madaniyyah’ pada salah satu perkataan Ibnu Abbas dan Qatadah.

وفي صحيح البخاري ومسلم عن عائشة أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا اشتكى قرأ على نفسه بالمعوذتين وينفث، كلما اشتد وجعه كنت أقرأ عليه، وأمسح عنه بيده، رجاء بركتها.

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim dari Aisyah bahawa Nabi (s.a.w) apabila merasa sakit, baginda membaca atas dirinya dengan al-ma’uzatain (surah al-Falaq dan an-Nas) dan menghembus, setiap kali bersangatan sakitnya adalah aku bacakan atas dirinya, kemudian aku menyapu darinya (bacaan) dengan kedua tangannya, mengharapkan keberkatannya.

Kata النفث (hembusan): meniup (النفخ) yang tiada bersamanya air liur.

ثبت في الصحيحين من حديث عائشة أن النبي – صلى الله عليه وسلم – سحره يهودي من يهود بني زريق، يقال له لبيد بن الأعصم، حتى يخيل إليه أنه كان يفعل الشيء ولا يفعله، فمكث كذلك ما شاء الله أن يمكث – في غير الصحيح: سنة – ثم قال: “يا عائشة أشعرت أن الله أفتاني فيما استفتيته فيه. أتاني ملكان، فجلس أحدهما عند رأسي، والآخر عند رجلي، فقال الذي عند رأسي للذي عند رجلي: ما شأن الرجل؟ قال: مطبوب. قال ومن طبه؟ قال لبيد بن الأعصم. قال في ماذا؟ قال في مشط ومشاطة وجف طلعة ذكر، تحت راعوفة في بئر ذي أروان ” فجاء البئر واستخرجه. انتهى الصحيح .

Ke ayat 1 (Trek 2 dari 2);

Video, kuliah maghrib, bacaan tafsir ayat 1 (trek 2 dari 2), surah Al-Falaq; oleh ustaz Hishamuddin Abdul Aziz…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment